Home » , , , » Pakatan Rakyat Menang PRU 13, ADUN BN Sabah Melompat Parti

Pakatan Rakyat Menang PRU 13, ADUN BN Sabah Melompat Parti

Written By Unknown on Saturday, 12 May 2012 | 15:10

Pakatan Rakyat dijangka memenangi Pilihanraya Umum Ke-13 di Semenanjung. Ahli-ahli politik BN Sabah akan melompat parti.


Kesimpulan di atas adalah diperolehi berdasarkan satu siri tinjauan di Kota Kinabalu sepanjang minggu lepas.

Tinjauan berkenaan dibuat untuk mengetahui persepsi dan sentimen umum mengenai perkembangan politik semasa di negeri ini di ambang pilihanraya umum Ke-13. Penemuan-penemuan menarik lain adalah seperti yang diperincikan berikut.

1. Pakatan Rakyat (PR) dijangka memenangi Pilihanraya Umum Ke-13 di Semenanjung. 

Demikian berdasarkan pendapat 48% daripada responden yang terbabit. 32% yang lain berpendapat yang sebaliknya iaitu keputusan pilihanraya akan datang adalah memihak kepada Barisan Nasional (BN). Manakala 20%  adalah tidak pasti siapa yang bakal memenangi pilihanraya berkenaan. 


2. Ahli-ahli politik BN akan melompat parti selepas pilihanraya.

Majoriti responden yakni seramai 64% berpendapat bahawa ahli-ahli politik BN bakal melompat dan menyebelahi PR jika PR memenangi pilihanraya yang akan datang. 20% tidak pasti mengenainya manakala 16% mengatakan ahli-ahli politik BN tidak akan melompat parti.


3. BN Sabah akan memenangi pilihanraya di negeri Sabah.

Lebih separuh responden yakni 51% berpendapat BN Sabah akan memenangi pilihanraya di negeri ini. 30% responden berpendapat parti-parti Sabah seperti SAPP dan STAR akan memenangi pilihanraya manakala 19% berpendapat ianya akan dimenangi oleh PR.


4. SAPP adalah parti pembangkang dari Sabah yang paling menonjol.

43% responden berpendapat SAPP adalah parti pembangkang dari Sabah (Sabah-based opposition party) yang paling menonjol di negeri ini. 38% berpendapat STAR adalah yang menonjol manakala 19% berpendapat parti-parti kecil yang lain.


5. PKR merupakan parti gabungan PR yang paling popular di Sabah.

Majoriti responden iaitu 65% berpendapat Parti Keadilan Rakyat, dikenali  sebagai KeADILan dan masih dipanggil PKR di negeri ini, merupakan parti gabungan yang paling menonjol di dalam gabungan PR di Sabah. 30% berpendapat ia adalah DAP. Hanya 5% berpendapat Pas adalah parti gabungan PR  yang menonjol.


Kertas putih akademik lengkap tinjauan ini ada disediakan dalam bentuk e-book. Kertas ini turut memasukkan beberapa saranan strategik untuk memahami mobilisasi arah aliran sentimen umum yang perlu sebagai persediaan pilihanraya. Saudara-saudari boleh membuat pra-tempahan naskhah prima berkenaan dengan harga RM59.00 senaskhah  DI SINI


Artikel-artikel baru yang berkaitan:-

Calon PKR Ori dan PKR Umang Sabah~ Ala-ala Ibrahim Ali
Grand Design Anwar Ibrahim Untuk Sabah, Bidaknya Lajim dan Bumburing
Lajim Ukin Tajaan Umno, Anwar Ibrahim Sudah Kena Kencing

Share this article :

7 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Ini namanya kajian katun.katun sbb tidak dinyatakan sebenarnya berapa ramai responden,bagaimana sample diperolehi, bagaimana soal selidik dijalankan, bagaimana penyelidik melakukan proses pengutipan maklumat. Artikel ini sebenarnya hanyalah cuba untuk mempengaruhi persepsi orang, sebenarnya tidak wujud langsung kajian, penulis hanya berlakon seolah-olah kajian dijalankan. geli rasanay kalau tengok dapatan kajian yang katun ini, tolong la kalau nak kelentong orang pun biar betul. tidak ada alasan kukuh kenapa adun nak lompat parti, tidak ada alasan kukuh kenapa dikatakan sesuatu parti ini kuat dan boleh diterima oleh pengundi. kalau betul pun kajian ada dibuat hanya bawah pokok ceri atau pokok kelapa sawit duduk kat kedai kopi dengar org bercakap dan terus dapat dapatan kajian. he he sedih la wey....

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Terpijak ekor sudah.

    Setakat pandai mengeja 'sampel' dan 'responden' belum cukup untuk merendah-rendahkan hasil buah tangan orang lain.

    Sdr Abdul Karim belum pernah baca pasal kajian tinjauankah? Sebab orang yang tidak faham pasal kajian tinjauan saja yang TIDAK dapat membezakannya dengan kajian akademik. Ia merupakan cara yang dipopularkan oleh ahli sosiologi bernama Paul Lazarsfeld dari tahun 1930an dan 40an dan sekarang diikuti oleh semua badan penyiaran.

    http://www.socialresearchmethods.net/kb/survey.php
    http://en.wikipedia.org/wiki/Survey_research

    Ini merupakan contoh terkini kajian tinjauan oleh Majalah Time, Fox News dan New York Magazine.

    http://www.foxbusiness.com/investing/2012/06/13/putting-china-power-in-perspective/
    http://newsfeed.time.com/2012/03/29/survey-people-arent-happiest-until

    -they-reach-age-33/
    http://ideas.time.com/2012/03/14/why-are-obamas-numbers-falling/
    http://nymag.com/daily/intel/2012/03/gas-prices-up-obamas-approval-rat

    ing-way-down.html

    Cuba baca sikit-sikit semua artikel. Ada ka cerita sampel, saiz sampel atau berapa responden di dalam semua laporan di atas? TIADA.

    Tapi dalam mana-mana kajian tinjauan, perincian mengenainya sebenarnya ada jika diminta. Sama ada secara percuma atau kena bayar untuk mendapatkannya.

    Sdr ada bacakah sampai akhir artikel? Saya cadangkan sdr baca sampai habis. Sudah dikatakan kalau berminat mahu tahu, kertas putih akademik mengenainya boleh didapati dan sdr boleh menghubungi saya pada bila-bila masa

    ReplyDelete
  5. Redundant comments removed ~ ARIMI.

    ReplyDelete
  6. Hahaha.... Woit Karim.... Hand dok dlm gua ka apa. Org takde nak simpan berapa responden berapa sampel dalam artikel berita. Ni haa hang baca UMNO kata depa kekalkan 137 kerusi dlm PRU 13 http://www.theborneopost.com/2012/06/20/bn-likely-to-retain-137-parliamentary-seats-it-now-holds-new/

    ReplyDelete
  7. Hahaha lucu plak aku tgok karim kena hentam. hihi..mula2 nampak hebat sekali kena tembah. :D

    ReplyDelete

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger