RCI ini hanyalah suatu janji untuk dilaung-laungkan semasa tempoh kempen pilihan raya mengambilkira spekulasi mengenai PRU 13 bakal diadakan pada bulan September yang akan datang. Ia tidak bermakna langsung dan tiada akan apa-apa yang bakal dicapai dalam masa singkat sebelum pilihanraya.
Oleh Awang Tongkol - via emel
Najib membuat perkiraan di saat-saat akhir untuk mengembalikan carta populariti dirinya dan BN secara umumnya yang semakin merosot sejak akhir-akhir ini. Mengikut beberapa pihak, populariti Najib jatuh dengan teruk sejak pelbagai isu timbul termasuk cara kerajaan pimpinannya mengendalikan perhimpunan Bersih 3.0 untuk menuntut pilihanraya yang telus dan adil di negara ini pada 28 April yang lepas.
KUALA LUMPUR: (Borneopost) Kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja Siasatan (RCI) untuk menyiasat masalah yang berkaitan dengan pendatang tanpa izin di Sabah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Jumaat.
"Adalah diharapkan bahawa rakyat Sabah akan mengambil kesempatan ini RCI dan bersama-sama dengan Kerajaan mencari strategi dan pendekatan terbaik untuk menangani masalah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Najib berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dari semua pihak.
Beberapa langkah yang telah dibuat untuk memperbaiki semula imej kerajaan pimpinannya dilihat gagal dan tidak memberikan kesan yang sepatutnya. Ini termasuklah penubuhan Panel Penyiasatan bebas untuk menyiasat keganasan yang berlaku pada perhimpunan Bersih 3.0. Panel tersebut diabaikan oleh Majlis Peguam dan pihak-pihak lain terutamanya kerana kenyataan berat sebelah Tun Hanif sendiri yang menyebut Bersih dimasuki oleh golongan komunis.
Penubuhan RCI yang diumumkan kelmarin dilihat sebagai usaha terakhir untuk meraih simpati menjelang PRU ke 13. Menyedari kelemahan sokongan yang amat ketara di kawasan bandar dan pinggir bandar, kerajaan BN pimpinan Najib menumpukan perhatian khusus kepada kubu-kubu kuat terakhir yang masih ada iaitu kawasan-kawasan Felda semenanjunga dan luar bandar Sabah dan Sarawak. Habuan untuk komuniti Felda termasuklah 'durian runtuh' RM15,000 bagi setiap keluarga peneroka dan Tawaran Awam Permulaan (IPO) Felda Global Ventures Berhad sebanyak 2.19 billion saham kepada orang awam dan asing.
Jika spekulasi mengenai PRU 13 bakal diadakan pada bulan September yang akan datang benar-benar berlaku, maka RCI ini tidak lebih hanyalah suatu janji untuk dilaung-laungkan semasa tempoh kempen pilihan raya. Ia tidak bermakna langsung kerana tiada akan apa-apa yang bakal dicapai dalam masa singkat dua tiga bulan sebelum pilihanraya berlangsung. Ini tidak ubah seperti usaha Dr. Mahathir menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Sabah demi untuk memenangi hati Allahyarham Tun Datu Mustapha pada tahun 1994. Ditambah lagi dengan begitu besarnya kemungkinan BN akan kalah pada pilihan raya yang akan datang, RCI yang ditubuhkan secara tergesa-gesa hanya bakal akan menjadi beban yang perlu ditanggung oleh kerajaan baru.
0 comments:
Post a Comment