"Apabila timbangan BARISAN NAJIB sudah senget, ADUNnya mula lari lintang pukang"
Blog ini lebih menumpukan kepada isu-isu politik di Semenanjung dan Sabah. Bukan kerana tiada yang menarik di Sarawak sana, tetapi kerana di sebelah Borneo Utara pun tidak menang tangan. Kalau hendak diliputi semua lepas ni terpaksalah belajar menaip menggunakan kaki.
Apa yang jelas, ADUN Sarawak pun dah mula menyeberang. Satu petanda bahawa Pilihanraya Umum Ke 13 mungkin hanya akan diadakan setelah penggal parlimen tamat pada 2013.
MELUAN (BorneoPost) 25 Julai: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), salah satu sekutu BN di negeri itu mengumumkan akan keluar parti.
Menurutnya, tindakan itu dibuat secara rasmi hujung Julai ini. “Pada 30 Julai nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP), Sri William Mawan dan Timbalannya, Datuk Seri Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka.
“Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya (31 Julai). Bagaimanapun, hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya,” katanya, lapor Borneo Post.
Orang-orang politik, begitulah. Kata orang dulu-dulu, mereka adalah golongan yang hampir dengan malaikat. Mereka melihat apa yang kita tidak nampak. Mereka menyedut wang semasa kita menyedut debu. Mereka menghidu kuasa semasa kita menghidu bau tengik dan hamis keringat. Politik, sudah difahami berapa bucunya. Akan tetapi soal menyeberang dari satu pihak ke pihak yang lain, perkara ini lebih senang untuk ditebak.
Bak kata pepatah orang tua-tua, "Apabila kapal hendak karam, tikus lari lintang pukang".
Bak kata pepatah orang tua-tua, "Apabila kapal hendak karam, tikus lari lintang pukang".
Modify sikit, "Apabila timbangan BARISAN NAJIB sudah senget, ADUNnya mula lari lintang pukang".
0 comments:
Post a Comment