Luka lama berdarah kembali. Satu lagi Shahrizat Lembu.
Oleh Awang_Tongkol via email
Shahrizat yang imejnya terjejas teruk kerana isu National Feedlot telah sekali lagi diingatkan mengenainya oleh orang-orang Umno sendiri. Sekali baca dan sekilas pandang, tentu anda akan membaca "Datuk Seri Shahrizat Lembu".
Silap teknik? Mungkinlah. Mencetak banner memerlukan perancangan untuk memuatkan sebanyak mungkin maklumat pada ruang yang terhad. Jika tidak dilakukan dengan bijak, salah teknik seperti ini boleh membawa kepada publisiti yang salah.
Tapi Shahrizat pandai 'cover' menggunakan teknik bodoh-bodoh alang. Bila ditanya mengenainya oleh warga internet, Shahrizat mengesyaki bahawa banner ini dibuat oleh pembangkang. "Siapa lagi yang akan menggunakan nama saya? Ini normallah" kata beliau.
Sepatutnya lebih bijaklah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai banner berkenaan, terutamanya kepada pihak Umno Simpang 4 Abi yang dikatakan pembuat banner berkenaan daripada membuta tuli membuat kenyataan serkap jarang mengatakan ia adalah sabotaj pihak pembangkang.
0 comments:
Post a Comment