Home » » Politik Biut 6: "Tun" Lim Kit Siang

Politik Biut 6: "Tun" Lim Kit Siang

Written By Unknown on Wednesday 13 February 2008 | 12:42

Written by WaJiD Manis


Tun” Lim Kit Siang, “Tan Sri” Karpal Singh

Pengurniaan anugerah dan pingat kebesaran sentiasa bertambah saban tahun. Datuk Sri Panglima Salleh Tun Said (Salleh bin Said – nama asal) mantan Ketua Menteri Sabah pernah berseloroh bahawa di Sabah jika kita lontarkan sebiji batu dan terkena kepala seorang “Datuk”, ia akan melantun dan lantunan batu berkenaan akan terkena kepala seorang “Datuk” yang lain. Maksudnya ramai datuklah.



Tetapi, bagaimanakah kita mengukur sumbangan, jasa dan bakti seseorang pemimpin? Atau begini untuk lebih tepat. Bagaimana kita mengukur sumbangan seseorang pemimpin untuk menerima gelaran, darjah kebesaran serta pingat-pingat kebesaran di malaysia?

Perhatian: Kepada semua pembaca KadayanUniverse.Com, artikel ini ditulis dengan diselangselikan dengan beberapa perkataan Kadayan di mana-mana. Kesulitan untuk anda memahami adalah dikesali, tetapi ianya bukan dibuat dengan tujuan untuk menyukarkan pemahaman anda. Sebaliknya, perkara ini selaras dengan tema KadayanUniverse.Com untuk mengetengahkan kebudayaan dan bahasa Kadayan di mata masyarakat. Jika anda ingin mengetahui maksud perkataan-perkataan (selain dari bahasa Inggeris) yang diitalikkan, sila rujuk (dan anda dialu-alukan) ke laman web Kedayan.Org Wiki Apakian? Project di http://kedayan.org

Bagaimana dengan Lim Kit Siang, Karpal Singh dan yang lainnya?

Di dalam sejarah politik Malaysia, setahu aku hanya Tan Chee Koon (1919 – 1996) sahaja pembangkang yang mendapat gelaran gelaran setanding dengan P.Ramlee, iaitu “Tan Sri”.

Asri Hj Muda, Nik Aziz Nik Mat, Hadi Awang dan beberapa yang lain dari PAS dan Keadilan (Anuar Ibrahim - “Datuk Seri”) tidaklah terlalu “malang”; ada juga gelaran “Datuk”. Tetapi, mereka mendapat gelaran ini semasa menjadi anggota Pentadbiran (Executive), bukan kerana membangkang.

PAS terutamanya, lebih bernasib baik kerana mereka pernah menjadi anggota Pentadbiran (Executive) di negeri Kelantan dan Terengganu.
---------------------------------------------------------

Di Sabah jika kita lontarkan sebiji batu dan terkena kepala seorang “Datuk”, ia akan melantun dan terkena kepala seorang lagi “Datuk”.
---------------------------------------------------------

Kali ini aku akan meminta pendapat orang kampung, kerana selama ini kita cuma mendapat pandangan dari orang kota sahaja.

"Macam ani" pintas Si Umpang yang saabai-saabai di hujung tanjung.

Dia memang pintar, tapi terus teranglah, SRP pun dia inda pas. “Alaa, apa sangatlah SRP tu, pen aku lagi besar dari kamu punya bah”, katanya sambil menunjukkan pisau penoreh getah ketika ditanya tentang zaman persekolahannya.

"Untuk dapat gelaran Tun, Tan Sri, Datuk, kau mestilah jadi orang kerajaan. Mesti berkhidmat lama. Mesti ada sumbangan. Mesti buat kilang kereta. Mesti buat yang besar-besar seperti Menara Kembar Petronas. Mesti tolong orang kampung. Pembangkang mana ada kaki”, Ulas Si Umpang dengan penuh yakin.

Memang sahlah kenyataan Si Umpang ini biut.

Tetapi kita harus memahami kebiutan beliau, beliau orang kampung, penoreh getah dan pendidikan pun setakat ala kadar sahaja. Lagipun pendapat beliau bersandarkan kepada hakikat amalan pengurniaan yang boleh kita lihat selama gelaran-gelaran berkenaan diwujudkan oleh kerajaan Malaysia.

Tetapi pemikiran biut ini juga bersarang di kepala kebanyakan orang di Malaysia. Bagaimanapun, ianya tetap biut.

Ini kerana kerajaan Malaysia adalah terdiri dari tiga komponen. Tiga komponen berkenaan adalah Perundangan (Legislative), Kehakiman (Judiciary) dan Pentadbiran (Executive) yang masing-masing mempunyai autonomi dan *sepatutnya* terpisah dari pengaruh antara satu sama lain. Ketua ketiga-tiga entiti ini ialah DYMM Yang Di Pertuan Agong.

Apabila Si Umpang menyatakan “orang kerajaan”, kemungkinan beliau merujuk kepada komponen Pentadbiran (Executive) yang diterajui oleh Barisan Nasional – BN. BN pula didominasi oleh UMNO, MCA dan MIC.

Akan tetapi pendapat biut ini tidaklah betul.

Lim Kit Siang, Karpal Singh dan semua pembangkang sebenarnya ADALAH JUGA “orang kerajaan” seratus peratus.
----------------------------------------------------------------------

"Untuk dapat gelaran mestilah jadi orang kerajaan. Mesti berkhidmat lama. Mesti ada sumbangan. Mesti buat kilang kereta.Mesti buat yang besar-besar seperti Menara Kembar Petronas. Mesti tolong orang kampung. Pembangkang mana ada kaki"
----------------------------------------------------------------------

Pembangkang-pembangkang ini merupakan ahli kepada komponen Perundangan (Legislative) Kerajaan Malaysia. Dengan sendirinya kedudukan ini melayakkan menerima gelaran dan darjah-darjah kebesaran.

Jika diteliti, “kekananan” mereka di dalam kerajaan adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan para peniaga, aktivis NGO dan penyanyi serta pelakon yang menerima darjah kebesaran saban tahun.

Mengikut Si Umpang lagi, salah satu kriteria pengurniaan ialah penerima harus berkhidmat lama. Tetapi dalam contoh pembangkang, Karpal Singh (maklumat lanjut sila lihat sini) juga orang lama dalam politik walaupun beliau cuma menjadi “orang kerajaan” dari tahun 1995.

Lim Kit Siang, beliau menjadi Wakil Rakyat dari tahun 1969, sudah lebih kurang 39 tahun (sini ). Kalau tempoh ini belum dianggap lama, aku pun tidak tahu berapa lama lagi yang kita maksudkan dengan “lama”.

Si Umpang berpendapat seseorang harus membuat sumbangan yang besar-besar, mesti tolong orang kampung, barulah layak diberi anugerah.

Tetapi wakil rakyat bukanlah sesuatu yang kita boleh main-main lantik sahaja. Mereka harus dipilih oleh rakyat di kawasan masing-masing dan prestasi mereka akan dinilai setiap lima tahun.

Jadi jika seseorang wakil berkenaan boleh bertahan sehingga 39 tahun di dalam politik, maksudnya rakyat berpendapat mereka ada sumbanganlah. Tolong orang kampunglah tu.

Lagi, bagaimana kita hendak mengukur sumbangan dan jasa seseorang individu di dalam kes anggota Pentadbiran (Executive)? Individu dengan tulang empat keratnya hanyalah a drop in the [political] ocean.

Adakah berdasarkan hirarki di dalam jentera pentadbiran?

Atau tempoh berkhidmat?

Adakah kerana berkaitan dengan sumbangan idea, atau pun sumbangan kebendaan?
-----------------------------------------------------------------------

"Bangkangan" adalah sumbangan pembangkang kepada politik negara.
-----------------------------------------------------------------------

Maksud pertanyaan aku ialah katakan jika aku menjadi Perdana Menteri, dan aku berjaya membuat Jambatan terpanjang di dunia dari Kuching ke Johor Baru.

Kejayaan ini adalah sumbangan seluruh jentera pentadbiran yang aku ketuai. Sumbangan aku cuma dari ide saja, “air liur”. Wang yang digunakan untuk buat jambatan itu bukan wang aku. Itu adalah wang kerajaan.

Tulang empat kerat aku tidak pernah digunakan untuk mengangkut simen semasa membina jambatan berkenaan. Aku juga tidak perlu tahu bagai mana untuk membuat jambatan berkenaan. Malah ide untuk membuat jambatan itupun mungkin bukan idea aku sendiri. Jadi jika aku dikurniakan gelaran Tan Sri kerana kerajaan aku membina jambatan, itu samalah dengan Si Jalak menganggap kokoknyalah yang menyebabkan hari menjadi siang.

Jadi sumbangan material bukanlah sebagai kriteria pengurniaan pingat. Aku hanya individu di dalam parti. Sumbangan aku akan diukur berdasarkan buah fikiran, ide-ide bernas. Idelah sumbangan aku nombor wahid. Ini adalah kenyataan di dalam dunia politik. Sama ada “kerajaan” atau “pembangkang”, sumbangan “air liur” adalah sumbangan paling besar. Seterusnya, segala kemajuan yang aku buat di dalam pentadbiran adalah merupakan sumbangan jentera pentadbiran dari parti kami.

Jadi bagaimana dengan sumbangan “air liur” pembangkang selama 50 tahun?

Golongan pembangkang di Malaysia tidak pernah menjadi kuat sehingga membuatkan kerajaan tidak boleh meluluskan sebarang undang-undang selama kita merdeka.

Jadi, satu-satunya jalan ialah dengan mengkritik sebarang dasar kerajaan, itu adalah kerja yang diamanahkan oleh perlembagaan negara. Mereka juga boleh menyokong kerajaan kalau mahu, itu suka merekalah. Tetapi maksud aku, memandangkan golongan pembangkang Malaysia tidak kuat, kesan mereka terhadap kerajaan HANYALAH kesan positif.

Mereka hanya boleh berfungsi sebagai check and balance kepada kerajaan. Seteruk mana pun bangkangan mereka, ia boleh diabaikan. Kerajaan tetap boleh meluluskan apa-apa undang-undang tanpa mereka. Jadi selama ini fungsi mereka ialah membantu kerajaan supaya lebih berhati-hati di dalam tindakan, dan itu adalah merupakan sumbangan ide.

Kalau ada sumur di ladang, boleh kita tumpang mandi, kan negara ada pembangkang, pingat tu cuba la dibagi-bagi

Akan datang: Art of reasoning.

This is the personal view of the author and it does not necessarily reflect the official view of KadayanUniverse.Com on the matter – Kaawai Tanah.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger