Home » , , , , » Musa Aman, Kanang, Rasuah dan Cyber Trooper Paling Cikai di Planet Bumi

Musa Aman, Kanang, Rasuah dan Cyber Trooper Paling Cikai di Planet Bumi

Written By Unknown on Saturday 5 January 2013 | 12:52

"Jangankan nak berbahas, mengutuk pun tak pandai, asal dapat RM4 sekali posting"

Belasungkawa untuk Pahlawan Negara sebenar, Mendiang Datuk Temenggung Kanang Anak Langkau.

Antara anak Malaysia yang dibanggakan dan pewaris tradisi para pahlawan dayak yang terbilang. Beliau pernah meletakkan taruhan tertinggi miliknya untuk kepentingan negara. 

Mempertaruhkan nyawa. 


Berapa ramai yang sanggup seperti beliau? 

Yang ramai ada ialah mempertaruhkan harta negara untuk kepentingan peribadi. Contohnya cerita Deepak dan Raja Ropiaah. Pusing sana, pusing kini. Belok sana belok sini ceritanya macam filem hindustan yang lambat sungguh hendak tamat. Mentang-mentanglah heronya Deepak pun orang India, kebas harta negara pun mesti ikut plot cerita hindi. Tapi hujungnya tanah kepunyaan MINDEF sebanyak 223 ekar lesap. Tanah yang diamanahkan kepada organisasi yang sepatutnya menjaga kepentingan pahlawan-pahlawan negara seperti Mendiang Kanang.

Penamatnya Deepak dapat RM30 juta dan Raja Roopiah orang UMNO dapat RM196 juta seperti yang boleh dibaca di sini.

Lagi satu.

Tahun lepas, pemuda BN Sabah telah mengadakan 'Bengkel Cyber Troopers' kononnya bagi memantapkan persediaan menghadapi pilihan raya umum di 1Borneo, Kota Kinabalu. Disertai oleh 85 anggota Pemuda BN termasuk Pemuda Umno seluruh Sabah anjuran unit media baru pergerakan pemuda Umno Sabah.

Majlis penutupan disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada 27 Mei  2012.

Hendak tahu apa hasil Cyber Trooper Umno Sabah ni? 

Spam,  Spam,  Spam!

Punyalah teruk. Hendak mengutuk pun tidak pandai, mengarang dan berhujah apatah lagi. Oleh kerana hendak melayakkan dapat tuntutan RM4 untuk setiap posting yang dibuat, spam sajalah mana-mana posting yang mengkritik Musa Aman di internet. 

Nanti saya cerita lebih lanjut.

Sementara itu, Cyber Trooper paling cikai seentero dunia dan sungguh bikin kesian ini sudi-sudilah meneruskan spam di bawah posting ini atau mana-mana posting yang ada. Pada artikel yang sebelum ini, dengan 106 posting agak-agak masyuklah RM416 nanti.

P.S.  Ehmm boy... kalu sudah dapat nanti bagi-bagi la. Kalu bukan posting aku indak ko dapat tu duit.
Share this article :

3 comments:

  1. Semua dialu-alukan utk membuat posting komen. Terutamanya spammer Umno, silalah posting di sini. Kesian juga tu kalau teda posting nanti miss nda bole buat tuntutan. Akan dipublish sehingga bilangan posting 100 seja, jadi boleh claim RM400 kan?

    ReplyDelete
  2. Sangat setuju Mendiang Datok Kanang Anak Langkau adalah pahlawan sebenar, kerana pada masa beliau mempertaruhkan nyawa, dia tidak pernah atau tahu bahawa beliau akan diberi sebarang imbuhan.

    ReplyDelete
  3. Sangat setuju bahawa Mendiang Datok Kanang Anak Langkau adalah pahlawan sebenar kerana pada ketika beliau mempertaruhkan nyawa, beilau tidak pernah tahu akan diberi sebarang imbuhan, jadi mengapa ada lagi yang sanggup mempertikaikan?

    ReplyDelete

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger