Home » , , , , » Sharifah Zohra Jabeen - Bukan Setakat Binatang, Engkau Pun Ada Masalah Besar!

Sharifah Zohra Jabeen - Bukan Setakat Binatang, Engkau Pun Ada Masalah Besar!

Written By Unknown on Tuesday, 15 January 2013 | 10:18

"Sharifah Zohra Jabeen samseng, pembuli dan menggasak Bavani siswi yang baru tumbuh akal fikiran kerana mengeluarkan pendapat"

Menonton klip video ini agak menyesakkan fikiran.

Klip video boleh didapati di akhir posting ini

Forum  "Seiringkah mahasiswa dan politik?'  di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah pada 8 disember 2012 anjuran Pertubuhan Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) yang hampir tidak dikenali langsung.

Sebelum itu 2,300 (?) para peserta yang terdiri dari siswa dan siswi (disuruh?) berikrar untuk menentang budaya songsang, 'Perosak Bangsa', 'Menentang demonstrasi jalanan', 'Penghancur keamanan' dan 'Menentang anasir luar yang menjadi barah perosak anak-anak bangsa'. Konon Samsung Galaxy juga ada disediakan sebagai cabutan bertuah.

Semua berjalan lancar sehingga seorang siswi menyuarakan pendapat. Di sanalah Presiden SW1M pecah tembelang; dia yang juga merupakan Timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan iaitu parti politik penyokong BN dan tidak kedengaran bertanding dalam mana-mana PRU.

Sharifah Zohra Jabeen mempunyai ciri-ciri samseng, pembuli dan menggasak seorang siswi yang baru tumbuh akal fikiran kerana perbezaan pendapat di kampus, tempat di mana perbezaan pendapat sepatutnya disemai, dihormati dan dibincangkan demi perkembangan minda dan keluasan ilmu pengetahuan.

Pendidikan tinggi yang diterima tidak mampu menjadikan Sharifah insan yang berhemah. Dia tidak faham bahawa 'perbandingan' adalah penting untuk membangunkan manusia. Di dalam Al-Quran Allah SWT membuat bermacam-macam perbandingan untuk menjadi iktibar kepada kita. Tanpa pertimbangan dan keinginan untuk membandingkan buruk baik sesuatu perkara dengan keadaan sekeliling, Sharifah tentunya akan merasa selesa bertelanjang atau bercawat semasa berceramah di UUM walaupun semua peserta pada masa itu lengkap berpakaian.

Lebih menyedihkan dengan hadirin malah bertepuk tangan apabila siswi berkenaan, Bavani KS diherdik dan dimalukan tanpa diberi peluang untuk menghabiskan pandangannya.

Teringat semasa di tingkatan enam dulu. Seorang pensyarah maktab memberikan kelas tambahan mata pelajaran geografi di sebelah malam untuk kami. Mungkin kerana jawatannya pensyarah dan kami hanya pelajar sekolah menengah, egonya juga setinggi langit. Saya telah lupa apa sebabnya, tetapi tiba-tiba dia naik angin di dalam kelas kerana seorang rakan pelajar dan menghamburkan kata-kata yang lebih kurangnya, 

"Siapa yang rasa tidak suka saya mengajar dan berminat untuk belajar di kelas saya, sila keluar ..."

Bukan ada kena-mengena dengan saya pun. Tetapi, toleh kiri kanan saya kemaskan buku dan terus keluar, tidak kembali ke kelas berkenaan sampai bila-bila.

Kena buli, dan perasaan yang timbul apabila rakan seperjuangan diperlakukan secara tidak wajar adalah berkenaan dengan suatu pendirian yang patut ada di dalam diri semua kita.

Oleh itu agak mengaibkan apabila 2,300 peserta majlis di mana kejadian ini berlaku malah bertepuk tangan apabila kejadian membuli terpampang di depan mata. Ia bukan sesuatu yang lucu atau menggembirakan untuk diiringi dengan sorak sorai. Klip video di bawah menerangkan sendiri peristiwa berkenaan. Memang menyesakkan fikiran.


Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger