Home » » Stadium Terengganu baru 367 hari dah jadi Coloseum!

Stadium Terengganu baru 367 hari dah jadi Coloseum!

Written By Unknown on Thursday, 4 June 2009 | 09:10

Written by anak_semenanjung

Coloseum Boleh!

Malaysia Boleh!

Senibina Malaysia lebih cekap berbanding dengan orang-orang Rome. Coloseum (siap tahun 80A.D.) mengambil masa 1,896 tahun untuk mendapat rupa seperti sekarang ini. Sedangkan dalam masa 367 hari saja stadium Terengganu dah menyamai Coloseum.

Stadium Sultan Zainal Abidin, Terengganu

Lebih 67 peratus struktur bahagian atasnya bedebap jatuh menyembah bumi.

Coloseum, Rome, Italy

Sekarang Stadium Sultan sama rupanya dengan Coloseum. Bolehlah dijadikan pusat tarikan pelancong untuk datang ke Terengganu.

Untuk melihat runtuhan Stadium. Tiket RM5 sekali masuk...

Kira murahlah sebab baru jer runtuh. Saya difahamkan Coloseum sekali masuk tiketnya berharga RM25 (5 Euro).

KUALA TERENGGANU - Seluruh Negara di kejutkan dengan tragedi Stadium Sultan Zainal Abidin yang runtuh, walaupun baru berusia 367 hari setelah dirasmikan pada 11 Mei, 2008.

Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor, telah bergegas ke lokasi stadium yang terletak dalam kawasan Kompleks Sukan Gong Badak, sebuah kompleks yang penuh kontroversi sejak pembinaannya dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada era bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad pada 1995.

Shaziman berkata tragedi bumbung stadium runtuh itu memalukan Negara walaupun kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.Katanya ia menjejaskan imej negara kerana runtuhan itu membabitkan stadium baru yang belum sampai setahun digunakan. Artikel penuh

Comments


Hamba |2009-06-03 14:35:54
Malaysia Boleh....Hancurrr! Oleh kerana UMNO!!!

wahh |2009-06-03 19:49:34
hahaha kaw2 ler lawak korangg ne...

Sebab Stadium runtuh |2009-06-04 08:55:03
Ada pihak telah mempastikan sebab kenapa stadium ini runtuh. sila lawati (klik) link di atas atau lawati sini

http://kerabubersuara.blogspot.com/2009/06/dah-tau-dah-sebab-apa-stadium-runtuh.html
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger