Home » , , , , » Menyerang Lahirul Latigu (Pas Sabah) Akan Menjamin Kekalahan Umno Sabah

Menyerang Lahirul Latigu (Pas Sabah) Akan Menjamin Kekalahan Umno Sabah

Written By Unknown on Monday 12 November 2012 | 13:40

awang_tongkol via email


Seteruk-teruk anjing tidak menyalak orang yang memberinya makanan. Tetapi Umno Sabah hendak membakar rumah sendiri dengan mendedahkan asal usul penyokong mereka melalui RCI.

Timbul cerita di Sabah. Tiba-tiba belanga mengutuk kuali hitam legam. Yang mana satu hitam, yang mana satu legam cuma nenek kebayan yang tahu sebab si nenek menggunakan kedua-duanya sebagai tempat merenehkan ramuan mejik berkuasa ampuh menjaga kawasan.


ADUN Sekong (Umno), Samsudin Yahya menggesa RCI yang gah baru bermesyuarat sekali menyiasat asal usul Ketua Dewan Pemuda Pas Sabah, Lahirul Latigu.

Pas Sabah dalam kenyataan balas mencabar Samsudin mengulangi kenyataannya di luar dewan. Inilah juga masalahnya dengan Pas Sabah. Hampir semua kenyataan akhbar mereka di atas talian sermula dengan perkataan "cabar" sehingga ia menjadi perkataan tanpa makna. Cuba-cubalah mencari perkataan lain.

Sudahlah miskin penyokong, miskin pemimpin, perbendaharaan kata tu kaya-kaya kan lah sikit.



Kembali ke kisah Nenek Kebayan dengan belanga dan kualinya. 

Samsudin sukarela jadi belanga mengutuk Lahirul sebagai kuali yang hitam legam. Sedangkan sebenarnya, Umno adalah nenek kebayan, dalang yang menyebabkan kuali dan belanga yang hitam legam muncul di depan mata.

Apa lagi hendak dikatakan. Tiada ruang untuk menjadi patriotik melebihi pemimpin tersohor jika Dr. Mahathir sendiri mengaku terlibat dalam projek IC di Sabah.

Tak tumbuh tak melata. 

Tapi jika benar bagai dikata, Lahirul  tidak syak lagi adalah merupakan hasil tuaian polisi kerajaan UMNO yang memerintah negara ini sejak merdeka. Bukan sekadar  menuding menggunakan telunjuk, malah dengan sepuluh jari tangan dan kaki sekaligus wajib dihalakan kepada pemerintah yang menyebabkan kebocoran di dalam soal kerakyatan. 

Kes seperti Lahirul bukan timbul terpencil seorang diri. Malah asal usul kerakyatan Samsudin sendiri pernah dipersoalkan oleh Jimmy Wong, Adun Sri Tanjung (DAP) kerana dianggap meragukan, baca sini.

Pengundi Sabah sekarang berjumlah menghampiri 1 juta
Pengundi yang diragukan asal usul mereka konon melebihi 300 ribu.

Samsudin yang asal-usulnya juga pernah diragui oleh Jimmy sekarang mengutuk Lahirul konon mendapat kerakyatan dengan cara meragukan. Takkanlah RCI tajaan Umno ini hanya akan berhenti setakat mengenalpasti seorang dua rakyat 'baru'yang menyokong pembangkang. Bagaimana pula halnya dengan 300 ribu orang yang  konon juga meragukan selain tidak disangkal selama ini merupakan peti simpanan Umno?

Seteruk-teruk anjing tidak akan menyalak orang yang memberinya makanan. Tetapi Umno Sabah hendak membakar rumah dengan mendedahkan asal usul penyokong mereka melalui RCI. Menyerang Lahirul dan pengundi-pengundi 'Sabah Baru' ciptaan mereka jika benar-benar berlaku akan menjamin kekalahan Umno di Sabah.

Harapkan pagar, pagar makan padi. Umno selama ini ini mereka pangkah tanpa gagal setiap kali pilihanraya kerana 'menepati janji'. KIni melalui RCI rahsia kerakyatan mereka akan terbongkar sekaligus mencabut keselesaan dan kenikmatan yang diperolehi sebagai rakyat Malaysia. Itulah akibatnya bersyukur kepada Kerajaan BN. Oleh itu molek benarlah jika angkatan 300 ribu 'pengundi baru' ini mula beralih angin menyokong Pas untuk masa depan mereka sendiri kerana Pas memang boleh berkuasa di Pantai Timur Sabah.

Berani kalah ker?
Mungkin tidak.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger