Home » , , , , » Sharifah Zohra Jabeen, Kempitai Malang

Sharifah Zohra Jabeen, Kempitai Malang

Written By Unknown on Wednesday, 16 January 2013 | 10:30


"masukkan kempitai ke dalam karung guni dan meradak kempitai malang berkenaan dengan parang, tombak dan lembing sebelum menyangkam* jasad yang tinggal nyawa-nyawa ikan ke dalam paya"

awang_tongkol via emel

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi mempertahankan Bavani siswi yang dibuli oleh 'jurucakap hal ehwal binatang', Sharifah Zohra Jabeen.


Ketua Pemuda Umno dengan nada yang sama menafikan wanita ini adalah orang Umno/BN, mengikut beliau siapa-siapa pun boleh menggunakan perkataan 1Malaysia dan Sharifah tidak ada kaitan apa-apa dengan mereka.

Kemudian menyusul pengumuman Presiden KIMMA mengatakan bahawa Sharifah tidak lagi mempunyai kaitan apa-apa dengan mereka.

Pendek kata, sekarang Sharifah kesunyian dan ditinggal bersendirian tanpa sebarang perlindungan dari mereka. 'Mereka' yang dipertahankannya pada tahap separa dewa sehingga sanggup turun dari pentas, menghela mikrofon dan kemudian mengganyang siswi yang mengeluarkan pendapat yang patut dihormati di dalam dunia persejagatan ide (university), kini malah menafikan kewujudannya.


Sharifah akan kesunyian dan akan bernasib malang pada hari-hari mendatang. Keliru, terasa kesal dan merasa tertipu sendiri. Jelas  ditimpa keadaan yang menepati satu hadis riwayat Abu Daud, lebih kurang  bermaksud, " ... biri-biri yang bersendirian akan dimakan serigala". 

Nasib sial ini tidak ubah seperti apa yang terjadi kepada anak-anak tempatan yang dilantik menjadi Kempitai, mata-mata gelap yang bertindak sebagai polis rahsia di zaman pendudukan Jepun lebih kurang 70 tahun lampau.

Para Kempitai ini amat bersemangat dan patuh kepada Jepun, melapor dan ada kalanya mengambil tindakan sendiri ke atas mana-mana pihak yang dirasa boleh membahayakan kedudukan Jepun di tempat mereka walaupun ia melibatkan ahli keluarga terdekat.

Kempitai sangat digeruni dan lama kelamaan dianggap bersifat "lebih jepun dari orang jepun sendiri",  tepatnya "lebih sudu dari kuah".

Mereka bermaharaja lela, sehinggalah hari malang tiba iaitu apabila Jepun menyerah kalah. Kempitai-kempitai ini ditinggalkan bersendirian dan benar-benar menjadi biri-biri sesat bersendirian dan diratah oleh serigala. 

Di Malaya, Bintang 3 masuk kampung, dan orang pertama yang mereka cari ialah kempitai.

Di tempat tertentu di Borneo orang-orang kampung memasukkan kempitai ke dalam karung guni dan meradak kempitai malang berkenaan dengan parang, tombak dan lembing sebelum menyangkam* jasad yang tinggal nyawa-nyawa ikan dan mengerang kesakitan ke dalam paya berhampiran.

Pengajaran untuk kita semua, insiden Kempitai Malang boleh dielakkan. Jangan lebih sudu dari kuah.

Sila baca juga Sharifah Zohra Jabeen ~ Bukan Setakat Binatang, Engkau Pun Ada Masalah Besar!

* sangkam - membenam karung dan kemudian menyucuk dengan batang kayu bersilang dari sisi atas kiri dan kanan untuk tujuan menindih supaya manusia kempitai di dalamnya tidak berpeluang untuk timbul ke permukaan.
Share this article :

2 comments:

  1. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.Baca selanjutnya...



    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...



    Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...



    Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
    Baca selanjutnya...

    ReplyDelete
  2. Sharifah belajar dari Dr Mahathir. Bukan pula hendak meminta maaf atas kesalahannya, sebaliknya berkata dia memaafkan Bawani

    ReplyDelete

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger