Home » » Kadayan Ultra!

Kadayan Ultra!

Written By Unknown on Thursday 14 June 2007 | 22:01

Written by KaaWai ^TaNaH^

Kedayan Ultra!

Chua dari chuascorner.blogspot.com siri 1

Hari ini saya menggunakan enjin carian Google berkenaan dengan kadayan. Kemudian secara tidak sengaja saya bertemu dengan laman menarik ini, Chua's Corner.

Beliau seorang blogger yang prolifik. Baginya laman blogspot merupakan Hyde Park bagi mengutarakan apa yang ingin diucapkan. Tulisan beliau menyentuh mengenai hampir ke semua aspek kehidupan seharian.

Siapakah Chua?




Saya tidak begitu berkesempatan mengikuti perkembangan blog dan blogger di Malaysia.

Kemaskini: Chua ialah seorang penulis berbangsa Tiong hua. Sila baca artikel kedua bertajuk "Rahsia Chua di bongkar"--Kaawai Tanah, 17 Jun 2007.



Tiada sebab tertentu kenapa saya tidak tertarik dengan laman blog, tetapi besar kemungkinan kerana saya sentiasa menjadi "banyak kerja" apabila berdepan dengan skrin PC; dari mengendalikan laman-laman web, mencari material / artikel / dokumen yang berkaitan dengan subjek kegemaran saya iaitu kadayan dan Borneo.

Berdasarkan nama beliau, tidak mungkin beliau seorang Kadayan, tetapi faham-faham sajalah di internet ni Mat Salleh pun boleh jadi Pak Arab,Pak Arab boleh jadi Indon dan Indon pula boleh Jadi Mat Bangla...

Jadi besar kemungkinan Chua adalah seorang Kadayan. Bukan setakat seorang Kadayan, tetapi seorang yang amat berbangga menjadi Kadayan. Lebih dari itu, beliau memandang dunia di sekelilingnya dengan mata dan bau Kadayan.




Nota: Klik gambar di atas untuk membaca satu artikel beliau dengan lebih terperinci.

Hampir apa saja yang beliau tulis akan dikadayankan, dan saya menganggap beliau adalah produk kadayan dari versi baru.


----------------
For Chua, in Borneo, almost everybody in Malaysia, so long they're famous, are kedayan. This is part of his long Kadayan list:



Sarawak's first governor Tun Abang Openg Abang Sapiee was a
Kedayan.



Adenan (Satem - Sarawak Leader is), of Indian,
Kedayan and Melanau ancestry.



Awang Tengah (Sarawak Minister) is of
Kedayan and Kelabit ancestry.



Musa (Hj Aman- Chief Minister of Sabah) is actually Kadazan-
Kedayan mixed.



The sultans of Brunei are the paramount chiefs of the
Kedayan tribe which is the only tribe in Borneo which speaks a dialect of Bahasa Malaysia.



Indonesian Borneo or Kalimantan which was formerly the
Kedayan kingdom of Banjarmasin, is predominantly Kedayan, too.



Hamzah Haz, vice-president to Indonesia's fifth president Megawati Sukarnoputri is a
Kedayan.



And believe me, for Chua...



Hang Tuah is of Bugis and
Kedayan.



But just for the record, Chua's proclaimation on Kedayan is incomparable to "Codec Cadaianicus", a Kadayanuniverse.com writer. Cadaianicus even claims that Atlantis was a Kedayan nation!

----------------

Sayangnya laman blog beliau tidak lagi dapat dicapai sekarang ini. Saya cuma boleh mendapati beberapa hasil "kerja tangan" beliau melalui google "cache". Tulisan terakhir beliau ialah pada 1 jun 2007.

Mungkinkah laman beliau telah disekat kerana "kelancangan" beliau dalam kebebasan bersuara dan chua's corner telah berakhir?

"Antam tia saja, Chua"

Kadayanuniverse.com mengucapkan selamat meneruskan usaha. Hubungi kami jika anda kebetulan melawati laman ini, untuk kita bertukar-tukar fikiran.

Comments

tuah - kadayan Ultra |2007-06-14 13:40:53
Atu bisai bila banaa uang kadayan ada "kedayan kingdom of Banjarmasin". Mengikut caita uang kadaian di Baunai, banyak uang kadaian yang tinggal di Banjarmasin sampai kaang ani. Wallahualam :grin

dealova - chuascorner.blogspot.com |2007-06-14 14:02:11
ya, ku cuba2 inda dapat lagi blogspotnya tu... kana banned ka ya? adihh... baik kamu contact emelnya kah, minta artikel ... siarkan aah laman kitani ani baik bah :grin

kadayan banaa - I know who chua is! |2007-06-17 14:57:11
His real name is Dennis Chua and he work with NST Entertainment Berhad. His blog site was shut down in June 2007.

He really promotes Kedayan, but I don't know what is his motives in promoting them. I think he wants to belittle Malays majority in Malaysia, as many people said.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger