Written by anak_semenanjung | |
Apsal tetiba jer Tok Batin Sabah ni jadi pandai sejarah ngan segala “Meiji Restoration” nie? Mat Taib: Umno needs 'Meiji Restoration' Mar 21, 09 6:26pm Umno deputy president aspirant Muhammad Muhd Taib said the party must undergo restoration process in order to attract Malays back into its fold. MalaysiaKini.Com Hahaha, salam sumee. Apa kabar tetamu kadayanuniverse? Maaf kerana lama tak menjengah laman nie. Sekali tengok takder artikel baru pun. Jadi faham2 ler, saper-saper sedara kita yang biasanya rajin mengetuk keyboard tu tolong-tolong ler penuhkan semula ruangan kadayanchronicles.blogspot.com nie macam dulu. Ehh, apsal tetiba jer Tok Batin Sabah ni jadi pandai sejarah. Dengan segala “Meiji Restoration” nie, biar betul? Okey, Meiji pun Meiji ler. Tok Batin ni kan orang dalam Umno, jadi bila dia komen pasal Meiji, mesti ler dia tau apa yang berlaku dalam Umno. Seorang pemimpin tak cakap pasal sesuatu kalau dia tak tau betul tak. Jadi? Meiji ye…. Jaga enko Tok, aku nak tanya nie Meiji restoration adalah usaha memulihkan kuasa maharaja yang sebelum itu berada di tangan para bangsawan ketua-ketua perang (shogun-shogun) yang berpengaruh. Sehingga proses "restoration" mengambil tempat, maharaja tidak lebih dari hanya boneka yang dikutak-katikkan dan hanya berkuasa di dalam istana baginda. Jika keadaan ini dirujuk kepada hirarki Umno, 'maharaja' ialah Presidennya. Adakah Tok Batin mengaku secara sinis bahawa 'maharaja' Umno sekarang tidak berkuasa dan kuasa hanya terletak ditangan shogun-shogun beliau? Semua shogun sebelum proses 'restoration' mempunyai kumpulan elit yang dinamakan 'samurai'. Mereka hidup dengan kod 'Bushido'. Pedulikan dengan displin tinggi dan apa saja kod bushido ini. Aspek negatifnya ialah melahirkan manusia yang setia membuta tuli, sanggup melakukan apa saja untuk tuan mereka dan nyawa sendiri atau lawan tidak bernilai. Jadi Tok Batin, memang ada ler kumpulan kumpulan samurai dalam Umno nie? Meiji sanggup bertransformasi dan berubah serta bertoleransi tinggi terhadap pertembungan budaya yang sangat asing ketika itu iaitu budaya barat, jadi Umno macamana? Sekadar papan tanda plywood pun dikatakan berhala ….. Betul ke Tok batin nie, atau sesajer cakap macam biasa...
(Ehh Tok, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Sabah bila nak buat?)
|
Home »
News and Issues
» Meiji Restoration apanyer Tok ...
Meiji Restoration apanyer Tok ...
Written By Unknown on Sunday, 22 March 2009 | 09:33
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 comments:
Post a Comment