Home » » Patrick Sindu dan Ca$h, pertubuhan pengguna haram

Patrick Sindu dan Ca$h, pertubuhan pengguna haram

Written By Unknown on Friday 17 July 2009 | 11:30

Written by Tasigung Tia

Rata-rata komuniti pengguna di Sabah mengenali Cash, iaitu nama singkatan bagi persatuan pengguna pengguna Negeri Sabah dan W.P. Labuan. Nampaknya setelah sekian lama, cerita sebenar mengenai Cash terbongkar jua. Persatuan ini tidak pernah berdaftar dengan pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).



persatuan pengguna sabah

Tidak syak lagi cerita ini merupakan berita yang menarik bagi orang Sabah.

Lain pertubuhan yang beliau pimpin, lain pula pertubuhan yang beliau perkenalkan di mata umum. Nama persatuan yang wujud ialah SCA, tetapi bagi masyarakat di sini, beliau adalah pemimpin CASH yang amat dikenali.

Pada tahun 1991 beliau pernah memohon untuk menukar nama SCA kepada CASH, tetapi tidak pula diketahui kenapa ianya tidak diluluskan oleh pihak RoS. Juga tidak diketahui kenapa RoS tidak pernah menyemak dan menjenguk dan meneliti kenapa Patrick Sindu mengelirukan masyarakat dengan memberi nama lain kepada persatuan beliau.

Hasilnya selama 20 tahun ini Patrick Sindu merupakan pemimpin "pertubuhan haram" yang agak berleluasa.

Dia berjaya membawa pertubuhan haramnya dikenali ramai sehingga beliau sendiri dianugerahkan gelaran Datuk dari kerajaan negeri.

Suratkhabar Daily Express hari ini mengesahkan bahawa Cash sebenarnya tidak pernah wujud. Sebaliknya Patrick menjadi presiden sebuah persatuan yang bernama SCA (Sabah Consumer Association) sejak tahun 1978. SCA ini pula telahpun dibatalkan pendaftarannya pada 7 Julai 2009.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger