Home » » Shafiee Apdal, jangan bikin orang Sabah langap-langap

Shafiee Apdal, jangan bikin orang Sabah langap-langap

Written By Unknown on Sunday, 30 August 2009 | 05:42

Written by Dusun-Non-Grata

Majoriti anggota Parlimen Barisan Nasinal (BN) Sabah dan Sarawak menyatakan pendirian kelmarin. Bilang, diorang tidak akan lompat, tiada cerita lompat, mana ada; Si Sapiee pula jadi tukang promote. Kunun la ...


Gerenti tidak lompat!

Kalau kamurang masih ingat, 1994 dulu bagitulah juga YB -YB PBS.

Diorang ba kampung, ba sumpah taat setia di rumah Katua Mintri Datuk Payrin. Lapas tu sama juga cukup dengan sain tanda tangan kio, macam bagus butul bah buat sandiwara. Tia lama lapas tu Lajim kaluar, kamudian saatu-satu kaluar, tinggal Payrin lugai-lugai. Dari jadi Katua Mintri, tinggal Katua Pambangkang.

This article is malaysiakini.com's friendly.

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Majoriti anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak menyatakan pendirian tidak akan lompat parti seperti yang diuar-uarkan pembangkang sebelum ini. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kenyataan yang dibuat pembangkang mengenai perkara itu merupakan suatu rekaan dan pembohongan semata-mata. "Sokongan anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak tidak berbelah bagi kepada pucuk pimpinan BN dan kita akan sentiasa bersama BN walaupun ada cerita di luar sana bahawa kononnya ada ura-ura anggota Parlimen dari kedua-dua negeri nak melompat (parti)," katanya yang mewakili anggota Parlimen kedua-dua negeri itu pada sidang media di lobi Parlimen di sini. Kira-kira 20 anggota Parlimen Sabah dan Sarawak hadir pada sidang media itu bagi menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan BN termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Unggah Embas dan anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin. Shafie yang juga anggota Parlimen Semporna berkata pendirian tidak akan berlaku lompat parti itu turut dinyatakan dua anggota Parlimen BN dari Sabah iaitu Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Chua Soon Bui (Tawau) yang sebelum ini didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat. " Saya telah bercakap dengan Eric Majimbun dan Chua Soon Bui pagi ini, saya berjumpa mereka dan mereka memberi jaminan kepada saya bahawa mereka masih kekal bersama BN," katanya. Shafie berkata satu surat yang mengandungi tandatangan semua anggota Parlimen dari kedua-dua negeri itu juga akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Jumaat sebagai tanda sokongan mereka. "Kami akan memberi jaminan kami dan akan menandatanganinya dan menyerahkannya kepada Perdana Menteri hanya untuk memastikan tiadanya spekulasi. "Pendirian kami sangat jelas jadi saya harap tiada spekulasi, jangan dengar spekulasi yang dibuat (Penasihat Parti Keadilan Rakyat) (Datuk Seri) Anwar Ibrahim atau sesiapa di luar (parti)," kata Shafie. -- BERNAMA

Biar orang Sabah pindik-pindik tagap, jangan kasi tunjuk pindik akal. Ada lagi, jangan pindik ingatan, nanti pindik umur.


Comments


Kadayan Indon - Katak |2008-09-01 23:02:27 biasak la itu kawan, diorang politik mimang itu masam, ini ari lain diorang sakap bisuk lain lagi, bukan kitaorang inda tau mainan urang politik, susa mau di pisaya bah,kalo bole sia cadang ah kawan kita rakyat biasa ini biar saja lah diorang itu, nda usah paduli lah itu,bikin sakit hati saja, bagus kita pikir saja masamana mau urus keluaraga kita, macamana mau kasi sikul anak2x supaya masa dapan diorang nanti lebih terjamin, paling tidak pun lebih bagus dari keadaan kita sekarang.jangan sampai nanti kita orang sabah ni langap-langap sampai ke anak cucu..@#$%&*????
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger