Home » , , » PTI "Warga Kesultanan Sulu" dipenjara dan 3 sebatan

PTI "Warga Kesultanan Sulu" dipenjara dan 3 sebatan

Written By Unknown on Thursday 11 February 2010 | 14:23

Written by Arimi Sidek

Terkedu saya membaca berita di bawah. Langsung hati seperti digamit untuk menulis biar sedikit mana, sementelaah pula telah hampir setahun tidak mengisi halaman blog ini dengan sebarang artikel. Begini bunyi berita berkenaan

Titing bin Imam, 29, dari Kg. Tambalang dikenakan hukuman penjara dan tiga sebatan rotan kerana memasuki negeri ini secara haram di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu. Lelaki itu dihukum mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan, kecuali sekeping kertas yang menyatakan ia adalah warganegara Kesultanan Sulu ...



"Saya warganegara Sulu. Saya bukan rakyat Filipina atau Moro. Bahasa saya ialah Sulu, dan raja saya ialah Sultan Sulu"

Sebaik sahaja mendengar penyabitan daripada Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Zaini Fishir, Titing mencelah:

"Kenapa Yang Arif? Saya tidak bersalah. Saya telah tunjukkan semua yang saya ada. Kewarganegaraan saya ialah Tausuk" (Daily Express, 11.02.10.

Haru birulah kes ini, umpama sudah terang lagi bersuluh. Mengikut hukum negara Filipina sendiri, Sultan Sulu sudah lebih sekurun telah lenyap daripada menjadi sebahagian cabang eksekutif pemerintahan negara berkenaan.

Keturunan Sultan Sulu sudah tentu ada.

Namun mereka sendiri, yakni tidak kurang dari 13 orang kerabat, bercakaran sesama sendiri kerang semuanya merasa berhak untuk menaiki "takhta" sebuah kerajaan yang tidak wujud di peta dunia.

Tiada kerajaan yang bernama Kesultanan Sulu di dunia. Jadi tanpa entiti, kedaulatan dan pengiktirafan, bagaimana satu kerajaan hantu boleh mengeluarkan sebarang dokumen dan mempunyai rakyat?

Terlintas difikiran saya bahawa orang ini (Titing Imam) kurang waras.

Atau kerana ini merupakan keadaan di mana dia merasakan pasti kalah jadi terus dengan bersahaja dan sengaja memutus untuk melakukan sesuatu yang diluar dugaan untuk mewajarkan tindakannya.

A sure-lost case scenario that he is facing and he has nothing to lost afterall...


Bacaan Tambahan yang disarankan

1. Ketegangan di Lahad Datu: Teruskan Melayan Penyamun
2. Kesultanan Sulu ~ Berapa Lama Hendak Meneran
3. Sultan Sabah ke 23!
4. Negeri Termiskin Dengan 22 Orang Sultan



Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger