Written by Amde Sidik
Tun Dr Mahathir pernah mengatakan bahawa orang Melayu mudah lupa.
Berdasarkan pendapat orang-orang yang cerdik pandai, kadayan adalah termasuk dalam kategori melayu.
Bagi saya pula, orang kadayan mudah tersinggung. Jadi kedua-dua ungkapan di atas itu maknanya adalah kait mengait di antara satu sama lain.
Namun perkara ini masih boleh diperbahaskan. Di Sabah dan Sarawak, soal sama ada anda berketurunan Melayu atau bukan, TIDAK merupakan satu isu panas seperti di Semenanjung.
Di Semenanjung, penyisihan ini adalah jelas diantara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India.
Melayu yang difahami di sana tidak semestinya terikat pada persamaan bentuk badan, rupa dan warna kulit. Misalnya, hidung samada mancung atau penyet tidaklah dikisahkan. Apa yang penting, asalkan menganut agama Islam dan mampu berbahasa melayu maka Melayulah insan berkenaan. Jadi kategori ini datang dari berbagai-bagai sumber seperti orang Bugis, Batak, Jawa, Aceh dan sebagainya; dan berdasarkan pengkategorian ini, mereka tetap merupakan orang Melayu.
Berbalik ke Sabah dan Sarawak, istilah Melayu tidak penting. Orang-orang di sini lebih selesa diperkenalkan melalui etnik mereka sendiri seperti, Dusun, Kadazan, Murut, Bajau, Kadayan, Bisaya, Berunai, Tidong, Iban, Kelabit, Kenyah, Melanau dan lainnya.
Anda tidak perlu bimbang akan menyinggung perasaan kerana menyebutkan asal usul mereka dari etnik mana pun. Malah mereka lebih senang memperincikan budaya masing-masing, bahkan mampu membuat jenaka memperolokkan etnik mereka sendiri.
Bayangkan jika ini berlaku di semenanjung, oloklah kalau berani. Tidak lama selepas tu anda akan dijenguk oleh FRU.
Dengan erti kata yang lain, orang-orang Sabah dan Sarawak tidak taksub dengan kedudukan bangsa mereka dan ini bukanlah sesuatu yang sengaja saya reka-reka.
Perkembangan taksub kebangsaan kebelakangan ini berpunca pertamanya kerana para pemimpin dari Semenanjung tidak menyelami keluhuran budaya dan adat resam yang diamalkan oleh rakyat Malaysia dari Sabah dan Sarawak. Adalah juga kemungkinan bahawa mereka sendiri yang memang sengaja tidak ingin faham dek ketaksuban fahaman Ketuanan Melayu yang dianuti.
Tetapi ia diburukkan lagi dengan adanya pemimpin dari Sabah dan Sarawak yang agak ‘dungu’ kerana kurang inisiatif untuk memberikan kefahaman yang diperlukan untuk kerukunan Negara. Di antara contohnya termasuklah keadaan di mana orang-oran Sabah yang bukan Islam telah lama menggunakan perkataan Allah Taala bagi merujuk kepada Tuhan. Apabila isu ini ditengahkan entah kenapa orang semenanjung menjadi haru biru? Yang peliknya hanya mereka yang becok sendiri. Sebenarnya mereka tidak tahu tentang keadaan yang berlaku di ceruk sendiri dan sekarang ingin pula berbahas tentang pagar orang lain. Lebih baik jaga tepi kain sendirilah.
Berbalik kepada orang kadayan pula, memang inilah yang berlaku sejak zaman berzaman. Barangkali inilah juga punca kenapa sehingga kini orang kadayan masih seperti tenggelam punca.
Di samping mudah tersinggung, mudah pula iri hati. Kemudian suka merendah-rendahkan orang lain seolah-olah hanya diri sendiri yang pandai. Lebih teruk, tidak akan mengaku kalah walaupun sedar akan kepaluian diri sendiri. Selain itu suka pula main belakang (kaunum-kaunum / talk to himself). Semua yang disebutkan ini merupakan antara ciri-ciri orang kadayan.
Jika dilihat dari sudut agama, perkara ini adalah sesuatu yang bersalahan. Misalnya, kenapa tidak saja memaafkan orang yang mungkin tersasul. Ataupun kalau kita ada membuat kesilapan, pohonkan saja kemaafan. Elakkan dari mencaci atau menuduh orang sembarangan.
Orang-orang dua alam. Yang baik dibuat, yang salah pun dibuat. Tetapi semasa ke masjid, wah, sangat hebat. Ditambah lagi dengan perilaku warak dan panampilan berserban bersongkok,berkopiah dan berjubah, mengalahkan orang Arab sendiri.
Setakat ini dahulu, rehat untuk sementara.

Thanks for your articles. I enjoy reading them.
ReplyDeleteAssalamualaikum... Bana tuk ujak tangah tuk... Akuk nik wang bakanu dari sibuti tangah nyak... Mulaik ayanik samak2 lah kitak bapikir dan bausahak mcm manak kan maju akan bangsa kadayan... Jaan main tatuan dr balakang atuk na baik... Samak samak lah ktk bajuang utk majukan bangsa kadayan... Jaan mudah tasinggung nih jamuk...
ReplyDelete///UNITED UNDER 1 FLAG///