Home » , , , » Jabatan Bekalan Air tidak cekap - Pemimpin UMNO Sindumin

Jabatan Bekalan Air tidak cekap - Pemimpin UMNO Sindumin

Written By Unknown on Friday 19 March 2010 | 22:58

"..ini adalah kelemahan Jabatan Air yang tidak cekap, sebab itu saya cadang lebih baik diswastakan saja macam di KL"

Written by Arimi Sidek


Rahman

Demikian menurut Abd Rahman Mohd Noh, Pemimpin Kemajuan Rakyat (UMNO-BN) DUN Sindumin. "Bro, tq atas ingatan... masalah air lah yg kami selalu suarakan bersama Ahli Yang Berhormat. Spt yg saya kata loji dekat Kg Ulau bernilai RM60 juta telah lama siap, tetapi penyaluran air dan piping masih bermasaalah..ini adalah kelemahan Jabatan Air yg tidak cekap, sbb itu saya cadang lebih baik diswastakan saja mcm di KL"

Kenyataan ini dipetik dari dinding halaman beliau di laman web rangkaian sosial Facebook.

Kenyataan yang amat tidak meyakinkan, umpama sekadar melepas batuk di Facebook.

Macamlah masyarakat di Sipitang tidak tahu tentang ketidakcekapan Jabatan Bekalan Air selama ini. Mereka tahulah. Sebenarnya lebih dari itu pun orang Sipitang tahu. Tahu betapa pemimpin masyarakat di Sipitang tidak mampu dan tidak cekap mengendalikan perkara ini yang sudah berlarutan selama berpuluh tahun. Dulu isunya ialah hendak membina loji yang kononnya canggih. Sekarang isunya paip pula. Nanti bila dah siap paip, isunya air lagi. Amat sukar untuk mengesan kecanggihan loji bernilai RM60 juta ini. Lagi pula, setelah menelan belanja RM60 juta timbul pula masalah paip.

Bagaimana satu perancangan peningkatan bekalan air di sebuah daerah tidak memasukkan belanja pempaipan? Takkanlah hendak menyuruh orang Sipitang membawa baldi masing-masing pergi ke Kampung Ulau untuk mengambil air.

Dalam masa-masa biasa di kebanyakan kampung di Sipitang ini, pancutan air kencing biasanya lebih deras daripada air paip yang mengalir keluar. Kemudian bekalan sering terputus. Terbaru 15 hari tanpa bekalan air bersih, ini sudah lebih.

Kita telah merdeka sejak 1963 tau....

Jabatan Air lagi yang beliau katakan sebagai tidak cekap. Siapa di atas jabatan air, bukan kerajaan Negerikah? Kerajaan Negeri bah! Semua jabatan di negeri Sabah ini tertakluk kepada kerajaan negeri melalui Dewan Undangan Negeri dan kuasa eksekutif YAB Ketua Menteri. YB pula adalah Ahli Dewan Undangan Negeri. Jadi apa saja tuduhan akan jadi ibarat meludah ke langit dan padahnya akan terkena muka sendiri. Ini sama macam orang tempang kaki kiri mengutuk orang tempang kaki kanan sebagai tempang, sedangkan kedua-duanya pun sama tempang juga.

Isu air di Sipitang telah meleret bertahun-tahun.

Fokus pihak berwajib ialah utk menyelesaikannya, bukan menimbulkan syor baru yang pelik-pelik supaya diswastakan. Sebagai contoh, apakah Sabah Electricity Board (SEB) telah menjadi semakin cekap setelah diswastakan? Tidak. Baca artikel ini untuk mendapat gambaran mengenai 'kecekapan' SESB. Bukan saya saja yang berpendapat begitu. Malah baru-baru ini Datuk Ghaffur Salleh pemimpin BN sendiri menjadi berang kerana ketidakcekapan pengurusan SESB!




Share this article :

1 comments:

  1. **sorry,offtopic**

    we cordially invite you to become part of Sasa Network

    http://sasasuperblog.blogspot.com

    tq

    ReplyDelete

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger