Home » » Politik Biut 3: Berkuasa Resmi Hayam Laki

Politik Biut 3: Berkuasa Resmi Hayam Laki

Written By Unknown on Sunday, 13 January 2008 | 09:56

Written by WaJiD Manis


Memang benar bahawa semua hayam tuha yang gagal membuat reformasi akan tumbang.

Keadaan ini juga berlaku di dalam politik manusia. Soviet Union yang perkasa telah tumbang pada 1990. Chauchescu, Pol Pot tumbang. KMT di Taiwan tumbang. Congress di India tumbang. Tidak kiralah betapa perkasanya golongan old school ini. Sekuat manapun satu-satu parti, tetap tumbang jika tidak berjaya mengesan keinginan rakyat.


------------------------------------------------------------------------------------

Perhatian: Kepada semua pembaca KadayanUniverse.Com, artikel ini ditulis dengan diselangselikan dengan beberapa perkataan Kadayan di mana-mana. Kesulitan untuk anda memahami adalah dikesali, tetapi ianya bukan dibuat dengan tujuan untuk menyukarkan pemahaman anda. Sebaliknya, perkara ini selaras dengan tema KadayanUniverse.Com untuk mengetengahkan kebudayaan dan bahasa Kadayan di mata masyarakat. Jika anda ingin mengetahui maksud perkataan-perkataan (selain dari bahasa Inggeris) yang diitalikkan, sila rujuk (dan anda dialu-alukan) ke laman web Kedayan.Org Wiki Apakian? Project di http://kedayan.org)
-----------------------------------------------------------------------------------

Malangnya, bagi kebanyakan masa, mereka MEMANG tidak dapat mengesan perubahan keinginan rakyat.

Lihat apa yang terjadi dengan BERJAYA di Sabah pada tahun 1984?

BERJAYA adalah contoh yang ekstrim bahawa wang dan pembangunan tidak semestinya boleh membeli keinginan rakyat. Betapa kasihannya bangunan indah ibupejabat parti yang dahulunya begitu perkasa selama 8 tahun akhirnya tergadai, kerana tidak mampu membayar bil elektrik.


Selesakah anda di UMNO sekarang?

Secara jujur, anda harus menilai anda sedang berada dari golongan hayam yang mana satu. Adakah anda dari golongan hayam tuha atau hayam muda. Lebih dari itu anda juga harus menilai keinginan hayam muda di kawasan anda sendiri. Jika anda mendapati anda terdiri dari golongan old school, hubaya-hubaya lah, hayam muda pasti akan datang bertandang.

Mentor aku, hayam laki juga mengajar aku cara yang penting untuk mengekalkan kekuasaan. Entah benar, entah tidak. Tapi ia amat berkesan di dunia mereka. Menurutnya, jika hendak memerintah, perintahlah secara diktator. Apa kebebasan, apa penyayang, apa mesra rakyat, itu semua tahi lembu (bulls**t).

Pertama, usir semua penentang anda. Jika hendak memukul mereka, jangan alang-alang. Pukul sehingga mereka tidak mampu untuk bangkit semula. Jika tidak hayam-hayam ini akan kembali menghantui. Selain itu, hayam laki harus ingat juga. Padi yang ditaburkan oleh pemilik sebenarnya melimpah ruah. Tidak akan mampu tembolok kecil anda menghabiskannya seorang diri. Jadi biarkan mereka yang ikut tumpang makan. Alahh, itu kan rezeki mereka juga.



Nampaknya strategi ini juga boleh dilaksanakan juga. Negara China mengamalkan pemerintahan diktaktor. Diktator tetap diktator.

Namun begitu, dari tahun 1997 melalui Deng XiaoPeng Negara China mengalami pembaharuan yang drastik dengan membuka pintu ekonominya kepada dunia luar. Di dalam soal cari makan, kekayaan, rakyatnya boleh mengambil sebanyak mana yang mereka mahu.

Strategi hayam laki ini mengingatkan aku kepada stail pemerintahan (Tun) Dr. Mahathir dari tahun 1981-2002 dahulu. Kalau hendak pukul, pukul mati (lihat tindakan beliau terhadap penentang-penentang beliau seperti Tengku Razaleigh, (Tun) Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim). Tetapi soal ekonomi, segala-gala yang perlu diberikan harus diberi kepada rakyat anda. Bukan itu saja, beliau telah membuat sesuatu yang tidak pernah dibuat olah mana-mana hayam laki hatta oleh mentor aku sekalipun. Beliau tahu bila masa yang patut untuk beliau menyerahkan kekuasaannya tanpa perlu digulingkan. Beliau memang genius, lebih pintar dari mentor aku.



Soalnya bagaimana jika anda hanyalah seorang Wakil Rakyat dari parti kukuh yang memerintah?

Anda bukanlah genius seperti Dr. Mahathir. Maksudnya antara anda dengan mentor aku belum tahu siapa yang lebih pintar. Anda cuma diamanahkan menjaga satu kawasan mundur yang saiznya sekangkang kera. Di masa yang sama anda mengamalkan nepotisme yang keterlaluan di sepanjang penggal pemerintahan anda. Anda cukup selesa dengan dikelilingi oleh macai-macai politik anda, yang semuanya kurang pintar berbanding anda (anda rasa).

Pencapaian anda setakat ini pula hanya memajukan kampung anda sendiri dengan membiarkan kampung lain. Selain dari menurap jalan kampung, membaiki balairaya dan memberikan wang saku setahun sekali kepada penyokong, yang lain tu wallahu-'alam, entah ada entah tidak.

Semua program terbaik yang dilaksanakan di kawasan anda adalah bertempat tidak lain dari kampung anda sendiri. Di masa yang sama anda begitu kepingin untuk berkuasa penuh persis diktaktor sampai kiamat. Masalah anda ialah, selama beberapa penggal anda tidak mampu membawa perubahan ekonomi yang membolehkan rakyat kawasan anda ikut matuk padi!

Anda tidak akan mampu membendung perubahan yang melanda. Jangan bersandar selesa di belakang parti anda yang kukuh. Ingat tentang faktor masa, dengan parti-parti anda boleh tumbang sekali.


Terasa? Adehh, Jangan bah.


Fahaman politik aku memang biut. Maksud ku sebagai anak yang lahir dari zaman biut, apalah yang boleh anda jangka dari aku selain dari fahaman politik biut. Sekurang-kurangnya aku lebih celik dari kebanyakan orang. Aku sedar aku biut...

Akan datang. Ngundikah, Indakah?
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger