Tuesday, 09 December 2008
Pembangunan kelapa sawit di Sabah adalah BERTANGGUNGJAWAB.
Nasi dan CAPATI yang harus difikirkan terlebih dahulu – Datuk Sam Mannan
Datuk Sam Mannan
Capati banyak bagus untuk orang Sabah
Datuk Sam Mannan pegawai tertinggi Jabatan Perhutanan Sabah. Datuk Sam ni orang mana ya?
Pertama sekali, pembetulan datuk.
Capati bukan makanan ruji kami di negeri Sabah. Ini adalah perkara asas yang datuk mesti tahu, nampaknya datuk duduk di bilik berhawa dingin terlalu lama. Kami menghargai pembangunan di dalam apa jua bentuk sekalipun. Apa lagi jenis pembangunan yang dikatakan bertanggungjawab, sudah tentu rakyat Sabah akan menatangnya seperti minyak yang penuh.
KOTA KINABALU (Daily Express 05.12.08): Pengarah Jabatan Perhutanan, Datuk Sam Mannan berkata, tidak perlu dirisaukan tentang pembangunan kelapa sawit di Sabah kerana ia merupakan peluang yang mempunyai impak terbesar terhadap pembasmian kemiskinan di negara ini
"Nasi dan capati yang harus difikirkan terlebih dahulu" katanya di majlis menandatangani perjanjian antara kerajaan Sabah dengan Sime Darby plantation ...
Tetapi dalam soal kelapa sawit, siapakah pula Datuk Sam dari Jabatan Perhutanan yang boleh menjadi jurucakap kepada industri kelapa sawit? Datuk Sam seperti boleh menjadi penjamin kepada pembangunan bertanggungjawab perladangan kelapa sawit di negeri ini.
"Pembangunan yang bertanggungjawab", entah apakah maksud ungkapan beliau.
Nampaknya juga Datuk Sam sangat bertanggungjawab kepada syarikat Sime Darby. Lagi berita beliau dengan Sime Darby di sini dan sini.
Bertanggungjawab dalam aspek yang mana? Kawasan perladangan sawit hampir menelan semua kawasan pertanian di negeri ini, dan ini boleh dikatakan lebih dari bertanggungjawab.
Dominasi syarikat semenanjung termasuklah syarikat seperti Sime Darby terhadap perladangan kelapa sawit nampaknya juga melebihi dari apa yang dikatakan sebagai perladangan bertanggungjawab.
Anak-anak Sabah hanya bekerja sebagai tukang tombak kelapa sawit, itupun terpaksa bersaing dengan pekerja-perkerja asing.
Penumpuan berlebihan terhadap kelapa sawit mengarah kepada pengkhususan satu tanaman, KELAPA SAWIT. Pengurusan sisa pepejal sawit paling senang dibuang ke dalam sungai kinabatangan, ia boleh mengawal populasi buaya.
Jika datuk merujuk kepada impak pembangunan perladangan terhadap pembasmian kemiskinan di negeri ini secara tidak langsung melalui kerja memunggah kelapa sawit, baik datuk pigi tandas, kasi masuk kepala dalam lubang jamban, lepas tu flush. Semua pun tahu tentang peluang pekerjaan yang tidak seberapa ini.
Orang miskin dapat dua tiga ringgit, sebaliknya hasil sebenar beratus juta akan mengalir keluar ke semenanjung. Where got capati like this ehh ....

0 comments:
Post a Comment