Home » » Najib, shhh....

Najib, shhh....

Written By Unknown on Saturday, 9 May 2009 | 16:02

Written by WaJiD Manis

Guruku Machiavelli 1


Biadap.

Kasar

Menghina Institusi diraja.

Terbaru dari TV, Harrasment

Begitulah di antara komen yang terpapar di dada akhbar dan di kaca TV setiap saat di dalam mengulas apa yang berlaku di DUN Perak. Masyarakat kata begitu, kononnya.

Pemimpin-pemimpin negara juga berkata demikian termasuklah Muhyidin dan Hisyamuddin. “… enuf is enuf”, katanya.

Sepupunya Najib yang juga Perdana Menteri turut menyuarakan nada yang sama.

Kemudian mereka cuba mengikis label-label biadap, kasar menghina raja dan semua yang gasar ini jauh-jauh dari BN dengan menuding pembangkang sebagai puncanya.

Shhh….

Seperti biasa, bila kita menuding satu jari ke arah lawan, empat jemari yang lain akan menuding kepada diri kita sendiri. Pernah dengar peribahasa melayu?

Meludah ke langit terkena muka sendiri

Menepuk air tempayan terpercik muka sendiri

Mengata dulang paku serpih

Musang berbulu ayam

Jika benar-benar hendak mendengar denyut rakyat, ianya telah dan sedang kedengaran di mana-mana di serata negeri Perak. Malah denyut ini telahpun diterjemahkan ke dalam keputusan pilihanraya umum yang lepas dengan memilih PR. Punca sebenar biadap, kasar, menghina institusi raja tu agak-agak datang dari mana?

Malangnya Amno dari dulu hingga sekarang mempunyai keupayaan terunggul dalam menghidangkan berita-berita bodoh yang meloyakan dengan medium seperti Hasutan Melayu, Berita Hairan, dan TVTegak. Bodoh dan meloyakan kerana mereka sanggup menghidangkan berita bahawa dunia ini berbentuk empat segi jika perlu; walaupun mereka tahu dunia ini bulat, dan mereka tahu bahawa pembaca mereka pun tahu bahawa dunia ini bulat.

Pada tahun 1993 di Russia pernah berlaku berlaku krisis perlembagaan diantara speaker Parlimen Ruslan Kasbulatov dan Presiden Borris Yeltsin. Hanya setelah 10 hari, barulah Yeltsin mengarahkan tentera untuk menangkap Kasbulatov dan yang lainnya.

Kita selalu mengutuk komunis sebagai orang gasar.

Tapi orang gasar ini sekalipun masih teragak-agak untuk melanggar perlembagaan negaranya.

10 hari …

Di Perak cuma 5 jam.

Kemudian gambar speaker DUN yang diheret keluar dengan paksa tersebar ke seluruh dunia. Boleh agaklah, lepas ni mengambil gambar persidangan DUN bakal diharam.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger