Home » » Yang afdhalnya bukan Shafie

Yang afdhalnya bukan Shafie

Written By Unknown on Tuesday, 12 May 2009 | 16:05

Written by WaJiD Manis

Shapie Apdal bukan pemimpin terkemuka mana. Satu-satunya sumbangan Shafie yang aku ingat ialah apabila dia menjadi jururunding Malaysia dengan kumpulan Abu Sayyaf dalam insiden penculikan di Sipadan pada tahun 2000 yang lalu.

Guruku Machiavelli 2

Nampaknya Perdana Menteri baru kita yang belum sempat duduk kerana sibuk mendengar denyut nadi orang Malaysia di merata ceruk rantau.

Denyut nadi naik dan turun…

Datuk Seri Najib Tun Razak, mencuba slogan 1Malaysia. Alamak, kami di Sabah dah lama sikit ada 1Borneo lah Datuk Seri...

Tapi Tahniahlah kerana Datuk Shafie Apdal atas kapasiti beliau sebagai Naib Presiden Umno dilantik jadi Ketua Perhubungan Umno negeri Kedah.

Tahniah.

Bayangkan anak Sabah menjadi pemimpin Umno Kedah.

Malaysia BOLEH!

Ibarat Hikayat 1001 Malam Shafie Apdal (bukan Afdhal) diterbangkan dengan permaidani mejik dari bucu paling hampir dengan Republik Filipina ke kawasan paling hampir dengan tanah Thai untuk memimpin Umno Kedah.

Ini merupakan kebanggaan yang tiada taranya kepada orang-orang Sabah setelah 52 tahun Malaya merdeka dan setelah 46 tahun North Borneo menyertai Persekutuan Malaysia.

Bukan orang Perlis.

Bukan orang Johor.

Bukan juga orang Pahang, tetapi orang Sabah.

Sedang di kampung-kampung di Kedah, sebut saja Sabah, mereka masih terbayang stereotaip klasik hasil rekaan minda sempit di zaman lampau yang belum sempat diperbetulkan sehingga kini

“Oghang Sabah mai Malaysia”
“Oghang Sabah dok ataih pokok”

Tak mengapa, kali ini persepsi berkenaan akan diperbetulkan.

1Malaysia bah.

Betulkah aku ikhlas memuji? Tidak.

Ini adalah langkah pelik yang dibuat oleh Pak Jib.

Ianya adalah bukti bahawa Umno terkial-kial hendak memenangi orang-orang Umno Sabah. Tidak cukup dengan 4 menteri penuh, timbalan-timbalan menteri, sekarang tawaran jawatan melangkah ke peringkat negeri. Kubu kuat terakhir Umnolah katakan...

Inilah juga masalahnya. Bukan soal kenegerian sempit yang melulu, tetapi sentimen dan sensitiviti yang perlu. Ya, Sabah, Kedah sama-sama orang Malaysia. Tetapi ini adalah bersangkutan dengan persepsi umum. Agaknya keadaan ini sama seperti warna sos cili. Rasanya akan sama saja sama samada diwarna dengan warna merah , biru atau kelabu tahi anjing, tetapi sos yang berwarna merah mungkin akan lebih berjaya di pasaran...

Orang Pahang mana faham citarasa orang Kedah. Sedangkan orang Kedah sendiri sukar memenangi hati rakyat, inikan pula seorang yang diimpot dari Sabah.

“La ni oghang ha' dok ataih pokok mai Malaysia teghuih jadi ketua depa nooo”

Cabaran menggunung untuk anak si Apdal. Shafie haruslah merupakan seorang pemimpin yang berkualiti unggul untuk menjadi orang penting di Kedah.

Akan tetapi kualiti Shafie tidaklah seunggul mana.

Orang Pahang juga mana faham citarasa org Sabah. Shafie Apdal bukan pemimpin terkemuka mana. Satu-satunya sumbangan Shafie yang aku ingat ialah apabila dia menjadi jururunding kerajaan Malaysia dengan kumpulan Abu Sayyaf dalam insiden penculikan di Sipadan pada tahun 2000 dahulu.

Oh ya, peristiwa ini jugalah yang menyebabkan ramai yang tiba-tiba bercakap banyak pasal Shafie di warung-warung kopi. Misalnya ada yang mempersoalkan latarbelakang beliau …

Comments

kura2 - aphdal |2009-05-13 13:57:03
Artikel yang baik. Banyak orang mengata di blog sapiee apdal ni asalnya bukan orang Sabah, betulkah?

pelesit - title |2009-06-03 11:52:37
kita ada 4 mazhab, hnbali, maliki , syafie, dan 1 lg aku pn lupa dh, jd dlm 4 mazhab yg paling afdal kita ikut ialah mazhab syafie,... jd jgn lupa undilah syafie apdal... kuang3....
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger