Home » , , , » Pertama salak, kemudian rayu. Kalau tak boleh juga auta lah~ Umno

Pertama salak, kemudian rayu. Kalau tak boleh juga auta lah~ Umno

Written By Unknown on Friday 11 May 2012 | 16:19

Adakah Malaysia sebenarnya "negara haram"? 

Kalau dari segi politik Machiavelli, UMNO adalah yang terbaik. Sekarang pada peringkat menipu, lantaklah dengan agama atau lain-lain. Yang penting jalan. 


Mula-mula mereka tidak membenarkan perhimpunan. Kemudian memujuk, "ini bukan budaya kita". Akhirnya perhimpunan tersebut berjalan juga jadi kini mereka menipu dengan mengeluarkan fatwa, hukum agama. 

Kenyataan dari mufti-mufti

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah. 

Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria - kewajipan rakyat mentaati titah sultan. 


Kini Majlis Ulama 

Majlis Fatwa Kebangsaan dalam Mesyuarat kali ke-99 telah membuat keputusan bahawa perhimpunan Bersih dan tunjuk perasaan itu adalah haram. 

Jadi akhirnya mereka bersuara. Serius, orang-orang bijaksana telah berkata-kata. 

Kepala mereka pasti, hampir semuanya, dilindungi oleh serban yang bagus. Pengetahuan yang mereka miliki tiada tandingannya dengan orang lain di Malaysia. Mereka adalah ulama, umarak. Pewaris Nabi. 

Secara ringkas, mereka adalah yang terbaik dari yang terbaik. 

Hanya mereka tahu tafsiran terbaik Al-Quran, hadis-hadis dan semua kitab-kitab muktabar. 

Maka mengikut hukum perhimpunan itu haram, dilarang dalam Islam. Kemudian datanglah berbagai-bagai soalan. 

Jika ia kini haram, adakah ia haram juga pada masa lalu?
Kerana dalam tempoh 1946 - 57 terdapat perhimpunan besar-besaran oleh pihak Umno dan lain-lain, atas pelbagai tujuan seperti untuk menentang Malayan Union, perjuangan kemerdekaan, dan lainnya. Jadi perhimpunan begitu tentu haram juga hukumnya. 

Bukankah haram untuk menentang pihak berkuasa?
British adalah pemerintah sebenar dan penguasa yang sah pada masa itu. Sultan-sultan pun mengiktiraf malah sangat bergantung hidup kepada mereka. Jadi perhimpunan haram oleh rakyat British Malaya dan atas tujuan haram. 

 

Boleh hasil haram menjadi halal? 
Perhimpunan, haram, antara benda lain menghasilkan Malaysia. Negara kita.

Adakah Malaysia sebenarnya "negara haram"? 


Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger