Home » , , , » TATAP BN: Sudah 19 Tahun Sabah Diliwat Umno

TATAP BN: Sudah 19 Tahun Sabah Diliwat Umno

Written By Unknown on Wednesday, 1 May 2013 | 11:55

Kejadian di Sabah itu bukan kali terakhir. Pada tahun 2009 Umno di bawah pimpinan Najib sekali lagi meliwat di Perak.

kiriman barabara_berebere

Anwar Ibrahim dua kali dituduh meliwat. Paling kuat kena tuduh pada tahun 1997 dan 2008.  Adalah lagi dua tiga tuduhan pelik, tetapi sehingga kini tuduhan meliwat belum ada yang membuktikan beliau bersalah. Kes liwat Anwar pun jadi macam tahi hanyut. Dilanda arus deras timbul, bila air tenang tenggelamlah pulak.


Itu kisah seorang manusia yang dituduh meliwat beberapa manusia lain dan tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah Malaysia. 


Liwat yang bermaksud memasukkan 'anu' melalui jalan belakang.

Kata kuncinya ialah 'jalan belakang'. Umno berkuasa di Sabah melalui jalan liwat pada tahun 1994, iaitu 19 tahun yang lalu. 

Lajim Ukin adalah senjata kelelakian yakni 'anu' Umno untuk berkuasa melalui jalan belakang pada masa itu. Apabila Lajim melompat dari PBS ke Umno BN maka kerajaan negeri Sabah yang dibentuk oleh PBS plus telah punah dan tidak pernah kembali lagi sehinggalah PBS menyertai Barisan Nasional pada awal alaf ini.

Jangan kata Umno tidak mahir meliwat untuk berkuasa. Kejadian di Sabah itu bukan kali terakhir. Pada tahun 2009 Umno di bawah pimpinan Najib sekali lagi meliwat di Perak. Kali ini tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat menjadi 'anu' Umno, manakala kerajaan Zambry Kadir pula jadi anak angkat hasil liwat berkenaan.

Berbalik ke Sabah. Aksi liwat Mahathir dan Umno bukan setakat membeli wakil rakyat. Terlebih dahulu sebelum meliwat Mahathir memperkosa pengundi Sabah dengan mencipta lebih 1 juta pengundi baru daripada pendatang asing yang berkerumun di Sabah dengan menjadikan mereka sebagai rakyat Malaysia. 

Perkara ini diakui oleh Mahathir sendiri. 

Soalnya bagaimana sekarang. Setelah 19 tahun apa pembangunan yang Umno bawa kepada rakyat Sabah. Kalau setakat jalanraya bertambah baik, itu bukan namanya pembangunan. Itu adalah hutang kerajaan kepada rakyat Sabah. Kenapa menunggu masa sehingga 1990an baru hendak membina jalanraya, sedangkan di semenanjung jalanraya merentas semenanjung (pan peninsula highway) telah siap seawal 1930 lagi. 

Kalau setakat mengadakan ladang kelapa sawit, khabarnya syarikat-syarikat Malaysia juga membuka ladang sawit yang luas di Sumatera dan Kalimantan iaitu wilayah Indonesia. Adakah ini bermaksud rakyat Indonesia di sana berhutang budi kepada kerajaan Barisan Nasional juga?

Sekarang rakyat Sabah sedang hendak terus diliwat lagi sebelah menyebelah oleh Umno dan Pakatan Rakyat. Senjata liwat Umno satu ketika dulu, Lajim Ukin kini berada di sebelah Anwar Ibrahim dan menumpang tiket PKR untuk bertanding dalam PRU13. Desas desus menyatakan beliau dijanjikan untuk menjadi Ketua Menteri Sabah jika Pakatan Rakyat menang. Kalau menang dia jadi Ketua Menteri. Maksudnya orang Sabah bakal diliwat lagi. Katalah dia kalah, maksudnya Umno BN yang menang. Maksudnya orang Sabah bakal diliwat lagi hingga ke 24 tahun.

Bangunlah rakyat Sabah.

Tolonglah jangan biarkan Sabah diliwat lagi. 

Asalkan Bukan Umno. Asalkan Bukan Peliwat!

Artikel yang berkaitan

Mari pakat ramai-ramai saman BN Sabah

Skim Saraan Umno, Boleh Jadi YB Sampai Kiamat
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger