"Itulah beza antara profesional dan amatur. SAPP bikin slogan, biar STAR pakai. Sekarang inilah masa untuk hentam balik orang-orang yang tambirang"
ben_omaiben via email
ben_omaiben via email
Selama ini STAR mewar-warkan bahawa parti mereka yang berpengkalan di Sarawak itulah yang memulakan gelombang popular "Ini Kali Lah". Bagi rata-rata pengikut STAR, seolah-olah slogan ini adalah "eureka moment" STAR yang asli dan merupakan sumbangan terunggul mereka dalam menggerakkan sentimen umum PRU13, selain menjadi ikutan dan menyatukan semangat semua aliran pembangkang negara.
Sebenarnya gelombang ini dimulakan oleh SAPP.
Lebih tepat lagi ialah pasukan yang diketuai oleh Hj. Amde Sidik (bersama-sama dengan Kamis Daming dan Jamain Sarudin) yang telah bekerja secara tersusun sejak empat tahun lalu. Mereka merupakan pasukan yang sangat dedikasi dan dalam diam-diam telah merangka semangat "Ini Kali Lah!" untuk diterapkan dalam bingkai kerja aktiviti lapangan di kawasan masing-masing.

Sehingga kini mereka membiarkan saja STAR memungut kredit dan menghebohkan ke sana ke mari kerana berpendapat lebih ramai yang menggunakannya, lebih baik. Lagipun apa salah kalau STAR juga menggunakannya.
Sangat pasti bahawa ungkapan "Ini Kali Lah" yang dilaung-laungkan oleh semua parti pembangkang Malaysia pada PRU 13 ini BUKAN DIMULAKAN OLEH PARTI STAR. Sebaliknya ia adalah suatu siri teaser kempen aktivis SAPP berkenaan bermula pada pertengahan bulan September, 2011. Kemudian pada awal Oktober tiga versi kickstart video "Ini Kali Lah" disiarkan (versi 1 bermula 7 Oktober, sementara versi 2 dan 3 dimuatnaik pada 17 Oktober 2011) melalui progam publisiti media yang mereka namakan sebagai saluran harapanTV, di laman YOUTUBE.
Ketiga-tiga versi ini dipadatkan bukan untuk berdiri sendiri (standalone) tetapi dibuat untuk menjadi pembuka (intro) atau penutup (closing) bagi semua klip video harapanTV. Jadi klip-klip video yang dimuatnaik ke dalam saluran harapanTV @youtube mengandungi slogan "Ini Kali Lah" sama ada pada bahagian pembukaan, penutup atau kedua-duanya. Anda dipersilakan menyemak semua video yang terdapat pada saluran ini.
Adalah diketahui umum bahawa jentera SAPP telah bergerak dengan sistematik di kala STAR masih merupakan parti yang bersepah dan belum tersusun ketika itu. Mengimbas kembali, hampir sepenuh masa arena kegiatan pengikut STAR tertumpu di Facebook saja.
Klik gambar ini untuk mengunjungi Saluran harapanTV |
Dari sana STAR menciplak slogan "ini kali lah" dan sekarang mengutuk sesiapa yang menggunakan "ini kali lah" macam dorang punya saja kunu.
Onduu, tengoklah bah haribulan dalam tu video ver.1 sana, 7 Oktober, 2011.
Mana bah kamurang STAR punya kickstart slogan "Ini Kalilah". Mari lawan tengok haribulan, yang saya jumpa mengikut pemimpin kamurang paling awal pun Mac 2012, iaitu 6 bulan selepas kickstart kempen harapanTV. Bangas sudah pun baru kamurang mula ha ha ha ...
Oktober 2011, itu musim STAR jangankan mau cakap "ini kalilah". Kamurang punya parti pun sikit-sikit lagi mau "ini kali mati lah" bah. Masa itu kamurang tumpang-tumpang sama SAPP punya group, SAPP punya pages aiyaaaaa, kasian diloo.
Sila klik gambar-gambar video di bawah dan mainkan sehingga penghujung klip. Di sana anda akan mendapati suara lunak seorang kanak-kanak mengungkapkan perkataan "Ini Kali Lah" untuk pertama kalinya!

Ini Kali Lah, Ver.1
Sikarang nampak sudah? Jadi mulai hari ini kedapatan STAR ikut tui saja. SAPP telah menanamkan semangat ini di ground zero, di laman rumah, di kampung-kampung selama dua tahun bukan setakat di Facebook saja.
Inilah perbezaan antara profesional dan amatur. SAPP bikin slogan ini untuk disemai dalam kepala orang kampung sementara STAR pula pakai untuk tambirang.
Kalau mau pakai, pakai sajalah bah, tapi janganlah tambirang kestau konon ini kamurang punya, jadi sampai masa sudah untuk hentam balik orang-orang yang suka-suka mengaku.
Pendeknya SAPP adalah adalah pelopor gerakan Ini Kali Lah!
0 comments:
Post a Comment