"Tiada yang perlu kita takutkan. Negeri Sabah memang sudah termiskin, hendak jatuh ke mana lagi"
Tukar!
Kali ini adalah peluang terbaik untuk negeri Sabah menukar kerajaan dan terus membangun. Kita telah berada di dalam pemerintahan kerajaan Umno BN selama 19 tahun.
Apa yang belum cukup untuk membangunkan rakyat dalam tempoh begitu lama. Hampir dua dekad. Sejarah mengajar kita bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz adalah pemerintah yang diagung-agungkan dan dikenang sebagai pemerintah Islam gemilang dari dinasti Umayyah. Dikenang dan kisahnya diceritakan sehingga ke hari ini.
Berapa lama beliau memerintah? Cuma dua tahun Setengah.
Maksudnya kalau benar-benar ikhlas hendak menjadi pemimpin yang baik, dua tahun setengah pun cukup untuk membangunkan negeri. Bukannya 19 tahun dan masih juga tamak tidak cukup-cukup, hendak berkuasa sampai mati.
Maksudnya kalau benar-benar ikhlas hendak menjadi pemimpin yang baik, dua tahun setengah pun cukup untuk membangunkan negeri. Bukannya 19 tahun dan masih juga tamak tidak cukup-cukup, hendak berkuasa sampai mati.
Kanak-kanak yang lahir pada 1994 dulu sekarang sudah pun boleh jadi bapa budak dan Sabah masih juga miskin. Tanah-tanah dibangunkan oleh syarikat-syarikat luar dan pendatang-pendatang asing dijadikan pekerja, orang-orang Sabah merempat mencari pekerjaan di Semenanjung, Singapura dan merata ceruk rantau untuk mencari sesuap nasi.
Hari ini kita menyambut hari buruh sedunia. Perjuangan buruh yakni perjuangan masyarakat pekerja sehingga diiktiraf dan dikenang ke hari ini adalah melalui jalan yang berliku-liku dan sangat panjang dan melalui jalan yang amat sukar. Perjuangan mereka untuk mendapatkan pembelaan dan hak bekerja dengan lebih baik adalah bermandikan keringat dan darah bukan seperti sekarang sekadar mengetuk keyboard dan terpekik terlolong di Facebook dan di Twitter.
Perjuangan buruh adalah perjuangan masyarakat marhaen (bawahan) yang sentiasa ditindas oleh golongan proletor (yang berkuasa).
Keadaan di mana sebahagian kecil manusia dalam sesebuah negara memiliki segala-galanya sedangkan sebahagian besar yang lain ditindas dan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Maksudnya yang kaya hanya dua tiga orang, berjuta-juta yang lain miskin, melarat dan hampir papa kedana. Ajaran Islam mengatakan bahawa 'kepapaan itu hampir membawa kepada kekufuran'. Kufur kerana tidak mampu untuk keluar dari penindasan. Akan sentiasa ditindas dan terus digula-gulakan semahu mahunya.
Sebabnya kerana agihan kekayaan yang tidak adil. Hanya dua tiga orang yang kaya, dan semua saluran kekayaan dipegang oleh orang yang sama dari dulu sampai sekarang. Semua peluang pekerjaan dan perniagaan yang menguntungkan dibolot oleh ahli keluarga dan kroni-kroni dari nenek mereka hingga ke anak-anak, sepupu sepapan, cucu dan cicit.
Tukar!
Hanya dengan menukar rejim kerajaan, Sabah boleh membangun. Tiada yang perlu kita takutkan. Negeri Sabah memang sudah termiskin, hendak jatuh ke mana lagi. Ibarat sudah jatuh ke laman rumah, sakit macam mana pun tidak akan boleh jatuh lebih ke bawah.
Tukar!
Hanya dengan kerajaan baru agihan kekayaan negeri boleh dipegang oleh orang lain. Saluran kekayaan di buat untuk orang lain. Peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan yang menguntungkan jatuh ke tangan orang lain, selain dari orang yang telah memegang tampuk pemerintahan begitu lama dan masih juga menjadikan negeri kita miskin.
Sempena bersantai cuti umum hari perkerja ini, hargailah perjuangan golongan pekerja. Hargai keadilan pengagihan semula kekayaan negeri. Hargai peluang pekerjaan dan perniagaan yang lebih adil di masa hadapan.
Artikel berkaitan
Sabah Termiskin, Salah BN
Sabah, Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional
0 comments:
Post a Comment