Home » , , » TATAP BN: Sayangi Barisan Nasional

TATAP BN: Sayangi Barisan Nasional

Written By Unknown on Thursday, 2 May 2013 | 08:02

"mereka adalah dewa kayangan dan tuhan, boleh melakukan apa saja dan tidak akan pernah melanggar undang-undang"

kiriman barabara_berebere


Biar dunia kiamat esok, anda tetap akan bersama-sama Barisan Nasional kerana mengikut Mahathir satu ketika dulu "ada orang lahir saja menggunakan tangan kanan, manakala ada pula yang menggunakan tangan kiri (kidal), apa boleh buat".


Pas kata TIDAK akan bekerjasama dengan Barisan Nasional.
DAP kata TIDAK akan bekerjasama dengan Barisan Nasional.
Anwar kata TIDAK akan bekerjasama dengan Barisan Nasional.
Yong Teck Lee kata TIDAK akan bekerjasama dengan Barisan Nasional.
Jeffrey Kitingan kata TIDAK akan bekerjasama dengan Barisan Nasional.

Semua kata TIDAK akan bekerjasama dengan BN. Pilihanraya kali ini tidak syak lagi adalah titik paling lemah BN sejak Malaya merdeka. Kalaulah boleh di saat ini, Barisan Nasional sendiri pun akan berkata TIDAK akan bekerjasama dengan Barisan Nasional.

Bapa PERKASA - TUKAR!
Tetapi sebagai peminat tegar BN, anda tidak akan kisah itu semua. BN adalah segala galanya. Bagi anda bukan saja negara ini, malah Amerika Syarikat, Jepun, China dan Russia juga akan lumpuh kalau BN tidak lagi memerintah. BN adalah anugerah Allah kepada umat Malaysia. Siapa pulak nanti yang akan menjaga kalimah Allah kalau BN tidak lagi memerintah. Atau menjaga ketuanan melayu, atau raja-raja Melayu. Kesianlah Ibrahim Ali dan PERKASA yang akan keseorangan mengambil semua tanggungjawab berkenaan.

Poodah. 

Macam cerita ayam jantan yang temberang mempunyai kokok yang lantang. Si ayam ini sentiasa mendabik dada menyangka setiap malam kokoknyalah yang berupaya menjelmakan pagi. Binatang-binatang lain yang tinggal sereban sampai bengang tahap gaban dan geram tahap cipan. Sampai ke tahap tidak mampu bertahan dan pada suatu malam mereka berpakat menyuruh si ayam jantan jangan berkokok. Di situlah auta ayam jantan terbongkar kerana, walaupun ia tidak berkokok tetaplah juga siang menjelma.

Tetapi walau apapun, sebenarnya hanya anda yang memahami diri anda sendiri.

Tentu ada seribu satu macam sebab kenapa anda masih bersama-sama BN di kala semua orang sudah tidak hinginkannya. Mungkin kerana keluarga dari atuk, nenek, pakcik, makcik, sepupu dan anak buah atau anda sendiri mencari makan dengan pekerjaan dan perniagaan yang bersangkut paut dengan BN. Kaki dan tangan dah terikat, mulut pulak kena sumbat, kalau kena cabul sekalipun tahan saja asalkan terus hidup.

Tetapi anda mesti tumbangkan BN. 

Anda para peminat BN perlu tumbangkan parti kesayangan ini jika benar-benar menyayanginya demi  meremajakannya semula dan  menjamin kelahiran semula parti yang lebih berkualiti. Kata pepatah orang putih "when the situation gets tough, only the tough gets going". 

Tumbangkan Barisan Nasional untuk kali ini, untuk satu penggal.

Ia adalah ibarat mencantas pokok bunga supaya kemudiannya tumbuh dengan lebih subur dan buahnya menjadi lebih bermutu. Orang-orang India telah membuktikan bahawa dengan menumbangkan parti Kongres India, ia lahir semula, diremajakan semula dan mempunyai visi memerintah yang lebih jelas dengan anggota-anggota yang lebih berkualiti. 

Rahul Gandhi dan Parti Kongress India - Bangkit Semula!

Anda akan membantu mencantas kabel-kabel projek, sumber-sumber rasuah yang keterlaluan, kronisme zaman berzaman dan kebocoran dalam sistem penyampaian program-program kerajaan. Dengan menumbangkan BN anda membantu negara mengagihkan semula kekayaan serta memindahkan pusat kuasa dari tangan golongan super elit yang menguasai negara dari zaman berzaman. 

Golongan super elit ini bilangannya kurang setengah peratus (0.5%) dari seluruh penduduk, tetapi menguasai lebih sembilan puluh peratus (90%) kekayaan dan kekuasaan negara. 

Golongan ini merasakan mereka adalah dewa kayangan dan tuhan, boleh melakukan apa saja. Apa saja yang mereka lakukan tidak akan pernah melanggar undang-undang kerana bukan seperti rakyat jelata, mereka berada di atas undang-undang. Umpamanya mereka boleh menipu dalam pilihanraya dan tidak akan dihukum. Atau mereka boleh mengambil berjuta-juta pendatang asing untuk dijadikan rakyat Malaysia untuk menjamin kemenangan mereka. Harta negara bagi mereka adalah  seolah-olah kepunyaan peribadi.

Manakala dalam masa yang sama 99.5% penduduk yang selebihnya setiap masa akan berebut-rebut mengambil sisa 10% kekayaan negara, termasuklah anda yang menjadi orang barisan hadapan BN, kita semua. Kita dan kita yang gembira dan sampai sanggup masuk TV kerana mendapat dua tiga keping  zink, sebiji tangki biru, atau  RM50 saguhati mengundi, atau segala bantuan segera yang menjadi gula-gula di musim mengundi serta mengutip wang tunai yang mereka taburkan dan sebenarnya dicuri dari khazanah negara.

Sayangkan Anak tinggal-tinggalkan
Sayangkan Isteri tinggal-tinggalkan.
Sayangkan Umno tumbang-tumbangkan. 

Tukar!

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger