Home » , , » Betulkah perarakan Bersih 3.0 tempohari menarik 250,000 orang?

Betulkah perarakan Bersih 3.0 tempohari menarik 250,000 orang?

Written By kadayan chronicles on Thursday, 24 May 2012 | 21:07

Kalau betul ada, sudah tiba masanya penyokong Bersih mendidik peniaga-peniaga kecil palsu yang telah berminggu-minggu membuat kerja bodoh membuli perempuan ini. Bukan peniaga kecil namanya jika boleh menawarkan cabutan bertuah berhadiahkan dua kereta mewah bernilai lebih sejuta setengah. Menyamarlah sebagai peniaga kecil, 'taiko-taiko' yang di belakang tetap boleh diteka. Ibarat longkang di belakang rumah, dengan menyusuri bau hamis dan hapak ke hulunya, anda akan sampai ke punca paling hujung iaitu Umno, sang desperado. 


Sehingga sekarang tidak ada pula yang berhimpun, menjual burger atau membuat senaman punggung di hadapan rumah Anwar Ibrahim atau Nik Aziz sedangkan mereka juga terlibat dengan perarakan Bersih 3.0. Hendak membuli pun berpilih-pilih, disasarkan kepada mangsa yang paling lemah, seorang wanita Malaysia berbangsa India.

Jamal, pemilik restoran francais dan wakil penjual kereta mewah malah telah menawarkan dua kereta mewah bernilai sejumlah RM1.5 juta untuk menarik orang untuk menyokong perjuangan mereka.

Sekumpulan peniaga yang diketuai oleh ahli perniagaan Jamal Md Yunus merancang untuk mengadakan pasar lambak menjual barang dan makanan di tempat di Bukit Damansara bermula 03:30 hari ini untuk membantah kerugian perniagaan yang dikatakan semasa Bersih 3.0 pada 28 April.

Satu lagi kumpulan Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia yang diketuai oleh Presidennya Shahrul Nasrun Kamarudin akan mengadakan bantahan mereka sendiri pada 4:30 dipanggil Halau 1.0 (mengusir) sebagai protes kepada gerakan untuk pilihanraya yang bersih dan adil (malaysiakini).

Malulah orang-orang yang mengaku peniaga, dan kebetulan berbangsa melayu dan beragama Islam membuli orang yang lemah. Orang Islam percaya reziki datang dari Allah SWT. Petani di kampung pun faham hal ini. Padi yang ditanam bukan semestinya berhasil setiap musim. Nelayan ke laut bukan semestinya mendapat ikan dalam jumlah yang sama setiap kali. Bersih 3.0 cuma sehari. Kalau betul-betul pendapatan terganggu, cuma sehari ia terganggu iaitu semasa perarakan berkenaan diadakan. Berminggu-minggu mengedar burger di hadapan rumah wanita India itu namanya mengganggu pendapatan sendiri dan juga mengakibatkan kehilangan pendapatan, lebih dari yang hilang akibat Bersih. Kecualilah ada yang menaja serta bakal mendapat habuan yang lebih besar dari si penaja yang tidak kelihatan.

Betulkah perarakan Bersih 3.0 tempohari mampu menarik 250,000 orang?

Jika benar, sudah tiba masanya penyokong-penyokong bersih berbuat sesuatu kepada perbuatan membuli dan provokasi keterlaluan oleh konco-konco Umno ini.

10 peratus daripada 250,000? 25,000 orang. Cukup jika 25, 000 orang yang menyokong  berkumpul di perkarangan rumah Ambiga untuk menyatakan bahawa tindak tanduk orang-orang yang berkenaan adalah meloyakan tekak. Kumpulan 'peniaga kecil' palsu ini tidak mempunyai asas untuk wujud, tiada raison d'etre selain dari membuli dan mendapat publisiti murahan. 

Bersih menuntut pilihanraya yang adil dan telus. Kami di Sabah tahu maksudnya pilihanraya yang tidak telus. Ubah sempadan berkali-kali sehingga sempadan setiap kawasan pilihanraya menjadi pelik dan bersimpang siur. Pengundi hantu. Rasuah semasa pilihanraya dan seribu satu bagai penipuan yang lain.  

Sedang apa yang diperjuangkan oleh peniaga burger percuma ini cuma tembolok mereka sendiri yang sudah penuh sendat membusung, cuma sampai ke saat ini belum juga meletup kekenyangan. Tapi tentu sebenarnya sudah cukup-cukup kenyang, buktinya mereka mampu 'berak tanpa kerja' berminggu-minggu dengan memberi burger percuma di hadapan rumah Ambiga.
Share this article :

4 comments:

  1. memangla Bersih tu 1 hari, tp orang awam xkan trus dtg ke tempat tu dlm 3-4hari lepas kejadian malah ada yg sampai berminggu2.. ok la, ko beli tiket flight p filipine besok. malam tu ko dgr berita dkt airport filipine tu ada rusuhan/pergaduhan. aku rasa mesti ko pikir banyak kali juga nk pergi ke x. pikir logik la der... ko letak diri ko as a public figure.bukan main cakap ikut sedap mulut je..

    ReplyDelete
  2. Ala, Bersih ke Berjuta belia ka..yang jadi mangsa orang tak berkepentingan. Semua tukar tajuk untuk jadi yang Halal atau Tak Halal.
    Biar marah kerana betul menyusahkan, bukan marah kerana kepentingan sendiri tak dibela

    ReplyDelete
  3. Anonymous 8:32 AM,
    Jamal sendiri mengaku dia protes sebab tutup bisnes 28 Apr tuh. Ko cam lebey pandai dari dia plak "Protes itu dianjurkan untuk mendapatkan ganti rugi kerana para peniaga terpaksa menutup premis perniagaan mereka pada 28 April lalu ekoran dari protes ‘duduk dan bantah’ Bersih 3.0 yang diketuai Ambiga."

    http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/22/penggerak-bersih-4-0-orang-umno/

    Takde pun dia cakap rugi sebab sminggu bisnes tak jalan. Ko asal jawab jew, dasar cybertrooper BN.

    ReplyDelete
  4. Inilah Si Jamal, pejuang Umno
    http://www.erapasca.com/2012/05/tokan-dadah-jadi-tokei-ikan-bakar.html?m=1

    ReplyDelete

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger