Home » , , , » PRU13 SABAH~Undilah Ikut Calon, Bukan Ikut Parti Politik

PRU13 SABAH~Undilah Ikut Calon, Bukan Ikut Parti Politik

Written By Unknown on Saturday 12 May 2012 | 09:36

Kalau betul-betul Umno BN tumbang di Semenanjung, muka-muka 'malays' Sabah inilah yang akan bersama-sama PR. 

Ke mana terbang bangau kalau bukan ke belakang kerbau.
Ke mana terbang Umno kalau bukan ke FELDA. 



Kubu-kubu kuat Umno yang tinggal ialah kawasan-kawasan Felda. Nampak? Sebab itulah dengan tidak samena-mena keluarkan RM15,000 untuk setiap keluarga Felda. 

Umno sekarang bukan lagi ketua tetapi pengikut.

Pembangkang buat perhimpunan datang 250,000 tanpa menghiraukan sama ada keselamatan terjamin, tidak hirau kena tangkap kah tidak. Umno kemudian mengikut buntut. Buat perhimpunan 'raksaksa' mengingati '66 tahun'. 

Mabukkah apa? 'Umno BARU' didaftar 1987. Usianya baru 25 tahun. 

Lagi pun apahal 66 tahun. Jubli perak 25 tahun. Jubli Emas 50 tahun. Diamond Jubilee, Jubli Intan 60 tahun. Semua tanggung. Bas, tambang, duit poket, "duduk canggung, berak tong". Kerah kakitangan kerajaan, NGO, budak-budak kolej datang supaya nampak ramai.  Hasilnya Stadium Bukit Jalil yang berkapasiti duduk maksimum 87,411 pun tak penuh. Tak sampai 50,000 orang datang. Kalau belanja purata semua tu RM200 seorang x 50,000 orang, lebur juga RM10 juta belanja untuk tengok 'bapa rasaksa' rambut uban, bibir merah dan jarang gigi bertempik dan menyemburkan airliur setengah malam.

Sekarang ini pun, di sana-sini pahat sudah berbunyi. Cakap-cakap semakin lantang bahawa Umno BN akan kalah di Semenanjung pada PRU13.


Bagaimana dengan Umno BN Sabah? Ini lah yang paling menarik untuk diperkatakan.

Sebenarnya Sabah bukan 'fixed deposit' siapa-siapa kalau ikut sejarahnya baik sejarah Umno atau sejarah politik Sabah. 

United Malays National Organisation. 

United $$$Money$$$ National Organization adalah. 

Bak kata orang, di mana ada gula disitu banyak semut. 'Malays' yang mana di Sabah. Contoh, Bahagian Umno Penampang adalah dianggotai dan diterajui oleh orang-orang Kadazan beragama kristian. Malays?

Datuk John Ambrose - Umno Penampang
Kalau betul-betul Umno BN tumbang di Semenanjung, muka-muka 'malays' Sabah inilah yang akan bersama-sama PR. 

Ya, ini merupakan congak ahli-ahli politik, risiko yang sudah diambilkira, 'calculative risk', untuk menentukan 'survival' politik dan kesinambungan kewangan mereka.

Jadi pilihan raya yang akan datang, undilah berdasarkan calon. Pilih calon terbaik yang bertanding di kawasan anda dari mana-mana parti pun. 

Mereka akan bersama-sama siapa yang memerintah. Bukan fixed deposit, bukan kerana 'malay' dan bukan kerana PR atau BN.


Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger