Home » , , » Debat Ayam Harris vs Jeffrey Tak Akan Terjadi

Debat Ayam Harris vs Jeffrey Tak Akan Terjadi

Written By Unknown on Tuesday 29 May 2012 | 21:19

Sejak dijatuhkan oleh abang Jeffrey, Harris dipencenkan sehingga kini oleh rakyat Sabah dan tidak pernah menang dalam mana-mana jua pun kawasan yang ditandinginya, atas parti apa pun jua. Jeffrey pula  melompat dari satu parti ke satu parti dalam usahanya sendiri untuk mencipta "Kolonialisasi Jeffrey ke atas rakyat Sabah" sebagai Ketua Menteri, juga belum berjaya sehingga ke saat ini.



Kiriman Oleh Awang Tongkol

Tak payahlah hendak dicanangkan lagi kerana debat kedua-dua ahli politik ini tidak akan terjadi. Bak kata orang putih, "NEVER, in zillion years".

Dr. Jeffrey mencabar Musa Aman berdebat tentang isu "Kolonialisasi Kuala Lumpur ke atas Sabah". Ini  bukan kali pertama Musa diajak berdebat dan dipandang sepi olehnya. Semasa pilihanraya kecil Batu Sapi, Yong Teck Lee juga mencabar beliau berdebat, juga dipandang sepi.

Harris pula dalam usaha untuk menonjolkan semula muka lusuhnya dan menunjukkan bahawa dia sekarang adalah sekutu kepada Musa, tiba-tiba menyampuk bersuara lebih sudu dari kuah. Dia mengajak Dr. Jeffrey berdebat dengannya, tetapi pun sekadar ajak-ajak ayam. Mana tidaknya, Harris mencadangkan sekutu kuatnya di masa lampau, Hamid Egoh atau Herman Luping menjadi pemudahcara debat jika ia menjadi kenyataan. Hendak berdebat pun bawa 'geng'. Bukankah sudah dapat kelihatan  tidak serius. Carilah pemudahcara yang akan jelas tidak berpihak dan saksama jika bersungguh-sungguh hendak berdebat.

Jeffrey kemudian menyahut cabaran Harris dengan ajak-ajak itik pula. Minta segala bagai media luar negara untuk membuat liputan. Hendak berdebat, debat sajalah Jeff. Kan lepas kamurang berdebat boleh upload di YouTUBE. Bila sudah diupload warga planet Marikh pun boleh ditonton asal boleh berhubung dengan Measat II dan capaian jalur lebar 1Malaysia oleh Maxis.

Hakikatnya, kedua-dua ahli politik berkenaan sebenarnya tidak pernah berdebat tentang apa-apa isu  sekalipun termasuk cerita ayam di sepanjang karier mereka. Harris merupakan contoh di mana wang bukan segala-galanya yang menentukan kejayaan karier politik. Sejak dijatuhkan oleh abang Jeffrey pada tahun 1984, Harris dipencenkan terus oleh rakyat Sabah sejak dua dekad lampau. Jika Musa mengambilnya sebagai sekutu dengan harapan untuk menambah undi, anggapan ini adalah salah. Harris adalah liabiliti, bukan aset politik.  Setelah dipencenkan beliau tidak pernah menang lagi dalam mana-mana kawasan yang ditandinginya, atas tiket parti apa pun jua. Rakyat Sabah sudah terang-terang tidak mahukan Harris. 

Jeffrey pula di masa lampau menonjol di dalam PBS kerana abangnya dan kemudian melompat dari satu parti ke satu parti dalam usahanya sendiri untuk mencipta "Kolonialisasi Jeffrey ke atas rakyat Sabah" sebagai Ketua Menteri, juga belum berjaya sehingga ke saat ini.

Terbaru, Harris tambah ajinomoto kepada Jeffrey, "Jangan jadi ayam" minta segala liputan antara bangsa kalau hendak berdebat. 

Harris lupa bahawa dialah sebenarnya yang memulakan cerita ayam dan sekarang menuduh Jeffrey yang jadi ayam. Debat Ayam ini tidak akan jadi kenyataan.


Share this article :

3 comments:

  1. hahahah.... dua-dua org ni mmg ayam mati!!!! Harrislah yg jual Labuan dulu. Star pula cuma mengutuk kerajaan di fb

    ReplyDelete
  2. bagus tanding siapa hensem...kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Bro-bro Sabahan...sebenarnya semua pemimpin Barisan Nasional Sabah boleh diibaratkan sebagai katak-katak yang dimasukkan dalam sebuah kuali yang kononnya membawa perjuangan Sabah dari dalam kuali tersebut. Walau bagaimnanapun, keadaan kuali itu disediakan sedemikian rupa sehingga katak-katak dalam kuali itu merasa selesa dan selamat. Namun satu yang mereka tidak sedar ialah, kuali tersebut perlahan-lahan dipanaskan tanpa disedari oleh katak-katak di dalam kuali tersebut. mereka yang sedar akan cepat melompat keluar daripada kuali tersebut, namun malangnya kaki mrka DIPATAH-PATAHKAN sehingga mereka tidak bermaya. Manakalah mereka yang tidak menyedari atau sedar tidak mahu keluar dari kuali tersebut kerana takut berhadapan dengan perubahan, akhirnya mati tanpa sempat melompat....pikir-pikirkan

    ReplyDelete

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger