Home » , , » Anwar 'Membunuh' PKR Beaufort Demi Lajim

Anwar 'Membunuh' PKR Beaufort Demi Lajim

Written By Unknown on Monday 25 February 2013 | 16:13

"Semua 15 orang AJK PKR Beaufort keluar dari parti dan menyertai UMNO"

Umum tahu bahawa Lajim Ukin telah keluar Barisan Nasional dan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Pakatan Perubahan Sabah (PPS). Langkah yang serupa juga dibuat oleh Wilfred Bumburing, Angkatan Perubahan Sabah (APS).

Langkah kedua-dua ahli politik veteren ini ada tujuannya. PPS konon difokuskan untuk meraih sokongan bumiputera Islam, manakala APS adalah untuk bumiputera bukan Islam yang bertujuan memecahkan lagi sokongan parti-parti pembangkang Sabah terutamanya iaitu Star + + (Dengan kumpulan Usno yang tidak berdaftar membentuk United Borneo Alliance -UBA) dan SAPP. Kerangka kerja pecah dan perintah ini merupakan ajaran dari pertubuhan rasis nombor wahid Malaysia, United Malay National Organisation. 

Lajim, seperti juga Bumburing tidak menyertai PKR secara langsung, tetapi pertubuhan mereka dijadikan pertubuhan mesra-Pakatan Rakyat. Dengan ini mereka boleh mempunyai kuasa tawar menawar atas dasar rakan kongsi (equal partner) sebagai dua tambahan 'komponen' kepada Pakatan Rakyat selain PKR, Pas dan DAP. 

Namun begitu di kawasan P.177 Beaufort yang merupakan kubu kuat Lajim, penerimaan Anwar Ibrahim dengan tangan terbuka terhadap PPS adalah sehingga ke tahap membunuh cabang PKR Beaufort sendiri.

Segala aktiviti PKR telah di'hijack' oleh kumpulan Lajim sehingga semua jentera cabang PKR asal di sana benar-benar dipinggirkan dan sengketa antara 'PKR ori (AJK Cabang) dan PKR palsu (PPS)' merupakan rahsia terbuka yang dibicarakan di mana-mana. Ada lawatan Anwar, kumpulan PPS dihadapan. Ada majlis ceramah, PPS yang disambut sehingga mengundang rasa tidak puas hati ahli jawatankuasa cabang parti dan menimbulkan sengketa dalam diam sejak tahun lepas.



Sebagai kemuncak dari  ketidakpuasan hati ini, semua 15 orang AJK PKR Beaufort diketuai oleh Naib Ketua Cabang PKR Beaufort En. Adnan Mohd Ali telah bertindak keluar dari parti dan menyertai UMNO.

Yang tinggal ialah ketua PKR Beaufort yang juga merupakan adik kepada Lajim.

Share this article :

1 comments:

  1. Lajim telah termakan politik oleh Anwar Ibrahim dengan janji menjadikan beliau Ketua Menteri Sabah.Apa yang telah Anwar Ibrahim ditawarkan orang Beaufort? Tiada apa-apa.

    ReplyDelete

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger