Home » , , , , , » Ketegangan Di Lahad Datu 4: Benarkan Orang Sabah Memiliki Senjatapi

Ketegangan Di Lahad Datu 4: Benarkan Orang Sabah Memiliki Senjatapi

Written By Unknown on Tuesday 26 February 2013 | 12:22

"senjatapi di tangan rakyat Malaysia lebih boleh dipercayai berbanding dengan yang berada di tangan penyangak"


Ketegangan di Lahad Datu ini sepatutnya membuka mata kerajaan terhadap potensi masalah yang bakal timbul di Sabah. Terutamanya bahawa perairan negara boleh dicerobohi dengan senang, semudah A-B-C. Kedua, penyangak-penyangak dari negara jiran tidak tertakluk kepada mana-mana undang-undang termasuk kerajaan Malaysia hatta kepada larangan membawa senjatapi.


Selama ini rakyat Malaysia di negeri Sabah patuh kepada sekatan pemilikan senjatapi oleh kerajaan. Rakyat juga akur bahawa pemilikan senjatapi kepada orang awam  terhad kepada senapang patah untuk menjaga kebun. Proses untuk mendapatkan lesen berkenaan bukannya mudah selain memerlukan jangkamasa yang panjang. Ini merupakan antara sebab kenapa terdapat segelintir rakyat memilih jalan mudah dengan membuat sendiri senapang patah dikenali dengan nama 'bakakuk', 'proton', 'ginsuk', 'guli' dan sebagainya.



Tetapi tragedi Bosnia patut menjadi teladan yang berguna kepada kita.

Peperangan di Bosnia-Herzegovina (01 Mac 1992 - 14 Dis 1995) terjadi lebih kurang dua dekad yang lampau. Kawasan ini merupakan bekas wilayah republik Yugoslavia yang  telah  berpecah. Ia berlaku di antara kerajaan orang orang Islam (dipanggil Cetnik)  Bosnia di satu pihak dengan orang orang Croat dan Serb di sebelah pihak yang lain.

Pembersihan etnik di Bosnia.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan larangan kemasukan senjata ke kawasan ini untuk mengawal peperangan dari merebak dalam skala penuh. Oleh itu kerajaan Bosnia yang patuh kepada arahan tidak mempunyai senjata yang mencukupi untuk menghadapi musuh. 
-------------------------------------------------------------------------
Anda boleh teruskan membaca artikel-artikel berkaitan:
-------------------------------------------------------------------------
Lain halnya dengan penyangak-penyangak daripada etnik Croat dan Serb. Mereka tidak pernah patuh kepada arahan berkenaan malah dibekalkan dengan senjatapi canggih dari negara jiran sebangsa yang  menjadi batu api iaitu Republik Croatia dan Republik Serbia, di mana kedua-dua republik ini  juga merupakan bekas wilayah Yugoslavia.  Sebagai penyangak, segala tindakan melanggar pengisytiharan PBB ini hanya diiringi dengan amaran demi amaran oleh pasukan pengaman yang tidak berbuat apa-apa dan selama-lamanya tidak diendahkan.

Natijahnya orang-orang Cetnik sentiasa menjadi mangsa kekejaman yang tidak terperi, pembunuhan beramai-ramai dan wanita-wanita mereka diperkosa terutamanya oleh orang-orang Serb. Terdapat laporan di mana mereka dipaksa menggali lubang besar beramai-ramai sebelum ditembak dan dihumban ke dalam lubang berkenaan.
Salah satu kubur mangsa pembunuhan beramai-ramai
Demikian peperangan ini dinamakan oleh beberapa pihak sebagai sebagai penyembelihan atau pembersihan etnik Cetnik (ethnic cleansing), kerana sifatnya yang berat sebelah. Sebabnya mudah. Orang-orang Cetnik patuh kepada larangan bersenjata, militia Croat dan Serb kerana sifat mereka menyangak tidak.  Jadi 'mati katak' adalah satu-satu pilihan yang ada.

Jadi dengan apa cara sekalipun, tragedi ini harus dielakkan dari berulang di Malaysia.

Saluran diplomasi sudah tentu merupakan pilihan terbaik untuk sesiapa sahaja yang cintakan keamanan. Tetapi  yang namanya penyangak tidak akan pernah cintakan keamanan. Pembunuhan beramai-ramai di Maguidanao (57 orang) pada 2009 adalah contoh bahawa realiti kehidupan kawasan negara jiran ini adalah berbeza dibandingkan dengan Malaysia.

Pembunuhan beramai-ramai di Maguindanao
Sudah tentu sebagai rakyat Malaysia, penduduk Sabah patuh kepada undang-undang negara, tetapi penyangak tidak

Sudah tentu sebagai rakyat Malaysia, penduduk Sabah percaya dan menghormati kemampuan anggota keselamatan yakni Pasukan Polis Di Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, tetapi penyangak tidak.

Sudah tentu kerajaan berpendapat sekatan pemilikan senjatapi di kalangan rakyat Malaysia perlu untuk meneruskan keamanan, tetapi jelas bahawa penyangak-penyangak yang berkeliaran melihatnya sebagai satu kelemahan.

Sudah tentu kerajaan berpendapat pemilikan senjatapi berleluasa di kalangan rakyat Malaysia bakal mengundang masalah sosial yang lain. Akan tetapi mana satu yang lebih boleh dipercayai, senjatapi yang dipegang oleh rakyat Malaysia sendiri atau senjatapi yang berada di tangan penyangak dan penceroboh keluar masuk dan menimbulkan ketakutan penduduk?

Senjatapi buatan sendiri bukan tandingan senjata mereka.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger