Home » , , , , , , , » Ketegangan di Lahad Datu 3: Sabah Adalah Negeri Merdeka

Ketegangan di Lahad Datu 3: Sabah Adalah Negeri Merdeka

Written By Unknown on Monday, 25 February 2013 | 12:16

"Sila tukar baris tiga terakhir dan baris terakhir lagu Sabah Tanah Airku"


Sekarang ini adalah kurun ke-21. Negeri Sabah dicerobohi oleh anasir luar yang lengkap bersenjata dan mendakwa negeri ini adalah kepunyaan nenek moyang mereka.

Pada kurun ke-20, Penduduk Sabah telah memilih untuk merdeka dengan menyertai Persekutuan Malaysia. Memerdekakan diri maksudnya bertekad penuh  membebaskan diri dari  semua bentuk cengkaman luar dan himbauan masa lampau.

Bebas dari petualang penjajah feudal lampau yang sudah tidak berupaya menjaga negeri lalu menggadaikan negeri dengan menerima sekupang dua  setiap tahun asalkan dapat hidup selesa. Bebas dari penjajah yang menerima gadaian dan menyusahkan orang Sabah turun temurun. Bebas dari aksi petualangan penggadai dan penerima gadaian yang bermaharajalela memperjudikan negeri tanpa pengetahuan orang Sabah sendiri. Merdeka maksudnya termasuk juga berhenti membayar 'cession money' walaupun cuma RM5,300.00 setahun kepada orang luar.

Kenyataan bahawa 'Sabah negeri merdeka' ini bukan pandai-pandai penulis cipta sendiri. Demikian ia termaktub di dalam lirik lagu rasmi negeri Sabah yang dinyanyikan saban hari. 

Lagu ‘Sabah Tanah Airku’

Sabah tanah airku
Negeri kita yang tercinta
Pemuda pemudi 
Semua marilah 
Bangunlah bersatu semua 
Marilah bersama serta maju jaya 
Merdeka sepanjang masa 
Bersatu segala bangsa sentosa 
Sabah negeri merdeka

Lagu ini boleh juga ditonton dan didengar di YOUTUBE.

Adakah lagu ini tidak bermakna apa-apa?

Jika ia hanya sekadar nyanyian pembuka majlis supaya pemimpin-pemimpin negeri Sabah boleh bersenaman dengan berdiri setiap kali, silalah tukar baris tiga terakhir dan baris terakhir lagu ini menjadi 

Dijajah sepanjang masa 
Bersatu segala bangsa sentosa 
Sabah hak Sultan Sulu

Artikel-artikel dalam siri ini:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger