Home » , , , , , , » Ketegangan di Lahad Datu 2: Hentikan Bayaran Cession Money RM5,300 kepada Waris Sultan Sulu

Ketegangan di Lahad Datu 2: Hentikan Bayaran Cession Money RM5,300 kepada Waris Sultan Sulu

Written By Unknown on Saturday, 23 February 2013 | 22:28

"Jika tidak dibayar sudah tentu menimbulkan masalah, dibayar setiap tahun tetap juga menimbulkan masalah, jadi tiada bezanya" 


Terdapat tiga tanah di mana kerajaan Malaysia membayar wang serah hak (cession money) yang diwarisi dari zaman penjajah setiap tahun. 

Tanah terbabit ialah Pulau Pinang, Seberang Prai dan Sabah. Bagi Pulau Pinang dan Seberang Prai, wang serah hak sebanyak RM18,800 adalah dibayar kepada Sultan Kedah manakala bagi Sabah, wang untuk tujuan yang sama berjumlah RM5,300 diberikan waris kesultanan Sulu. 

Tidak banyak masalah yang timbul bagi Pulau Pinang dan Seberang Prai kerana ia melibatkan Sultan Kedah yang juga berada di dalam Persekutuan Malaysia. Tetapi bagi Sabah ia adalah melibatkan pembayaran ke luar negara, inilah jadinya. Setiap tahun wang berkenaan dibayar oleh Pejabat Duta Malaysia kepada peguam yang mewakili keturunan Jamalul Ahlam.


Jika tidak dibayar sudah tentu bakal menimbulkan masalah. Akan tetapi, setelah dibayar setiap tahun tanpa gagal sejak 1963 tetap juga menimbulkan masalah, jadi tiada bezanya.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia di Sabah, tuntutan ini sebenarnya dianggap tidak lebih dari momokan dan aksi lelucon sekumpulan badut dari kepulauan Filipina yang sinonim dengan masalah. Segala yang berkaitan dengan mereka adalah masalah, masalah dan masalah. Sejak merdeka Sabah dibanjiri oleh pendatang tanpa izin dari sana yang meminta makan, mengadu untung nasib dan tidak kurang merupakan barah sosial yang tidak kunjung padam. Sekarang, tidak cukup dengan sekadar meminta makan, kini mereka hendak meminta negeri Sabah.

Momokan di sebelah pihak kita. Akan tetapi di sana perkara ini adalah suatu hakikat perjuangan. Setelah diapi-apikan oleh 'sultan-sultan' sebenarnya isu 'hak Sulu' ke atas Borneo Utara telah menjadi idealisme gerakan diaspora tausug yang semakin popular sejak akhir-akhir ini. Memiliki negeri Sabah adalah suatu impian, kepercayaan dan tanah Sabah merupakan utopia yang menjanjikan harapan kehidupan yang lebih baik bagi mereka yang lebih mundur, kurang pendidikan, miskin dan dipinggirkan oleh kerajaan Filipina.

Dua kenyataan berikut boleh dijadikan kayu pengukur betapa Sabah adalah terkandung di dalam berahi mereka.

Setiausaha Pertahanan Filipina Voltaire Gazmin berkata 'kesultanan Sulu' mungkin mempunyai asas dalam tuntutannya ke atas Sabah dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Kuala Lumpur membayar kesultanan lebih kurang RM5,000 sebagai sewa tahunan untuk kawasan berkenaan "Jika anda dibayar, maka anda mempunyai tuntutan kan? Itu adalah asasnya. Walau pun tanpa berkata apa-apa, tetap juga hakikatnya anda sedang dibayar. Maksudnya, apalah tujuan RM5,000 berkenaan?", tambah beliau.

(asianewsnet.net) Keluarga Kiram berkata mereka sedang menimbang untuk membawa tuntutan mereka ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Beberapa tahun lepas mereka malah mengeluarkan sijil kerakyatan 'Sultan Sulu' untuk pendatang tanpa izin di Sabah, lihat "PTI 'Warga Sultan Sulu' Dipenjara dan 3 Sebatan".

Wang sekecil RM5,300 sebenarnya tidak bererti apa-apa untuk kerajaan Malaysia. Bayar, bayar, bayar dan terus membayar selagi ada bulan dan bintang di angkasa, seperti yang tertulis di dalam perjanjian bulan dan bintang 1878.

Tetapi untuk apa? Untuk menjaga hubungan diplomasi dan menjaga hati manusia yang percaya kepada keupayaan senjata api sebagai penyelesaian yang berkesan.

Wang serah hak ini patut diberhentikan pembayarannya serta merta kerana tiada sebab ia harus diteruskan.

Selepas kematian Jamalul II dulu, pejabat Konsul British sendiri pernah memberhentikan pembayaran kerana President Manuel L. Quezon tidak mengiktiraf pengganti si mati.

Implikasi jika kerajaan Malaysia meneruskan polisi samar dan pengabaian ke atas isu ini di masa hadapan, ia sentiasa berpotensi mengundang masalah besar yang tidak kunjung padam. Kecenderungan manusiawi orang-orang di wilayah ini adalah bersifat militan. Bolehlah difahami kerana dengan kemunduran, kemiskinan dan kurangnya pendidikan yang dialami mereka memang tiada apa-apa untuk ditinggalkan. Jadi mengambil keputusan berani mati dengan mengangkat senjata bukan sesuatu yang berat bagi orang yang tiada apa-apa.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger