Home » , , , , » Ketegangan Di Lahad Datu 6: Pertempuran Meletus, 14 Terbunuh

Ketegangan Di Lahad Datu 6: Pertempuran Meletus, 14 Terbunuh

Written By Unknown on Friday 1 March 2013 | 14:16

KEMASKINI 

3.20pm: The Philippine Inquirer menyebut bahawa Jamalul Kiram menafikan laporan bahawa adiknya Azzimudie telah ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia.

6.45pm: Pesuruhjaya Polis Sabah Hamza Taib mengesahkan dalam kenyataan akhbar bahawa 12 orang bersenjata Sulu telah terbunuh di dalam operasi berkenaan, di samping dua orang komando Malaysia.

FELDA SAHABAT (LAHAD DATU) (STAR): Sekurang-kurangnya dua orang militia Sulu dipercayai terbunuh dan tiga anggota polis cedera dalam pertempuran di kampung Tanduo pagi ini. Mengikut laporan pertama dari kampung Tanduo, ketiga-tiga anggota polis berkenaan diterbangkan ke Sandakan. Sehingga 12.45 tengahari, penduduk kampung mengatakan mereka masih mendengar bunyi tembakan di kawasan berkenaan.


LAHAD DATU (harakah): Beberapa terbunuh apabila pertempuran meletus antara polis dan tentera dengan tentera kesulatan Sulu, Sultan Jamalul Kiram 111 pagi ini.


Menurut radio Filipina yang memetik keluarga Jamalul, termasuk adiknya, Azzimudie Kiram, sudah beberapa terbunuh apabila pertempuran mula meletus antara mereka dengan polis dan tentera Malaysia. Bagaimanapun laporan itu tidak menjelaskan berapa ramai yang terkorban sehingga kini.

Akhbar Philippine Star melaporkan, pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kira-kira 60 penceroboh bersenjata itu.


Artikel berkaitan:

Ketegangan Di Lahad Datu 6: Harris Salleh Pergilah Kutip RM200 juta Untuk Labuan
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger