Home » , , , , » Najib & 10 Pepatah Dayak, Selurus-lurus Ekor Anjing

Najib & 10 Pepatah Dayak, Selurus-lurus Ekor Anjing

Written By Unknown on Thursday, 14 March 2013 | 08:15

Di kala rakyat bimbang dan risau dengan kenaikan harga barang-barang keperluan seharian dan perkhidmatan, Najib pula sibuk main Facebook dan Twitter dan mengumpulkan peminat.


ben_omaiben via emel

10 Peribahasa orang-orang Dayak Ngaju yang patut direnung-renungkan oleh Ah Jib Gor

#1. Munduk lelep mendeng tambukep

Duduk tergenang, berdiri melayang, menunjukkan keadaan serba salah.
Beginilah keadaan Najib sekarang, serba salah hendak bubar parlimenkah atau belum.

#2.Ampit biti, tingang kanderange

Badannya burung pipit, tapi bunyinya seperti burung enggang. Ungkapan ini menunjukkan barang pekerjaan atau perbuatan yang tidak seimbang/sesuai.
Najib adalah Perdana Menteri pipit kerana belum pernah diuji di dalam pilihanraya, tetapi bercakap seolah-olah dia sangat hebat.



#3. Duan kulate ilihi batange

Ambil jamur tinggalkan pohon. Ungkapan bermaksud mau enaknya saja, sakitnya tidak mau.
Najib yang ingin terus berkuasa tetapi sentiasa teragak-agak tidak sanggup menguji pengaruh di gelanggang pilihanraya.

#4. Neweng kayu hapa pisau, mandirik hapa baliyong

Menebang pohon menggunakan pisau, membabat menggunakan kapak, yakni menggunakan segala alat tidak pada tempatnya. 
Di kala rakyat bimbang dan risau dengan kenaikan harga barang-barang keperluan seharian dan perkhidmatan, Najib pula sibuk main Facebook dan Twitter dan mengumpulkan peminat.
#5. Buju-bujur ikoh aso

Lurus selurus ekor anjing yang bermaksud nampak zahirnya baik, tapi sebenarnya pembohong. 
Najib dengan lantang melaung-laungkan slogan 1Malaysia. Tetapi di balik tabir, manusia-manusia Umno mewujudkan berpuluh-puluh NGO ultra-melayu berhaluan kanan seperti PERKASA yang setiap hari mencetuskan api perkauman dan ketuanan Melayu di kalangan rakyat Malaysia.

#6. Aku raja, aku tamanggung, aku damang

Saya raja, saya temenggung saya damang. Ungkapan ini merujuk kepada orang yang tidak mau rendah hati karena merasa dirinya orang besar.
Rosmah, isteri Najib. Bermati-matian mempertahankan bahawa dia adalah Wanita Pertama Malaysia walaupun gelaran ini sebenarnya lebih layak diberikan kepada Raja Permaisuri Agong.

#7. Kahem badue bisa ije

Karam berdua, yang basah satu, yakni berdua melakukannya, tetapi sendirian menanggungnya.
Najib dan Rosmah dua-dua sama saja borosnya, tetapi Najib seorang yang menanggung beban dan bahana yang menyebabkan dia bakal disingkirkan oleh rakyat.

#8. Bisa bulue dia belange

Basah bulunya tidak belangnya, merujuk kepada pekerjaan yang tidak mendatangkan penghasilan.
Program Transformasi anjuran Najib adalah termasuk dalam pekerjaan yang sebegini.

#9. Kalah batang awi sampange

Kalah sungai kerana anak sungainya, yang bermaksud hilang arah semula kerana ulah yang kemudian.
Program Transformasi Besar-besaran kerajaan yang hilang arah kerana terlalu banyak bagainya. Hujungnya hanya satu yang boleh dilihat iaitu menabur wang tunai kepada penduduk Malaysia untuk meraih undi.

burung tinggang

#10. Tingang manganderang into bitie

Burung enggang menabuh di badannya yakni hebat omong saja, tapi tidak bekerja.
Lihat Program 1Malaysia. Segala slogan dibuat supaya kelihatan cukup menarik dan menjadi perhatian, tetapi tiada hasil apa-apa pun sehingga kini.

Baca juga Najib, Jangan Jadi Ayam Mati oleh ben_omaiben
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger