Home » , , » PKR Sabah adalah Versi Miskin Umno : Oppa! Sabah Style

PKR Sabah adalah Versi Miskin Umno : Oppa! Sabah Style

Written By Unknown on Monday, 8 April 2013 | 12:30

Anwar tahu Ansari bukan 'winnable candidate di Tuaran'

awang_tongkol via email


PKR Sabah adalah Umno. Lebih tepatnya adalah versi miskin Umno. 

Terlalu ramai orang pandai politik di Sabah. Tak tumbuh tak melata, tapi sekaya-kaya Umno sekalipun pun tidak mampu untuk mengambil semua orang-orang yang pandai ini kerana semua pun masing-masing ingin jadi bos dan merasa wang Umno.

*** Jadi adalah orang-orang Umno/BN yang terpinggir dan terasa dipinggirkan.
*** Orang-orang Umno/BN terketepi kerana ditimpa tarikh luput.
*** Orang-orang Umno/BN yang mengorak langkah awal kerana mengelak tarikh luput dan dipinggirkan.

Kebanyakan dari mereka ini, orang-orang *** yang disebut di atas sekarang berkerumun di dalam PKR.Halik Zaman, Karim Ghani, Lajim Ukim, Wilfred Bumburing, Musli Oli, sekadar menyebut beberapa nama. 

Sebagaimana layaknya orang-orang yang pandai, mereka membawa bersama segala auta dan kemahiran teknik sepak terajang ke dalam PKR . Untuk Lajim dan Bumburing, ya, hujungnya tetap juga PKR kerana NGO pimpinan mereka akan menumpang tiket PKR supaya boleh bertanding dalam pilihanraya.

Bayangkan dilemma yang terpaksa dihadapi oleh Anwar menghadapi orang-orangnya. Antara  penyokong asal, penyokong baru dan golongan yang dianggap aset dan winnable untuk parti, loyalty belakang kira.  Di Beaufort, Anwar membiarkan Cabang PKR Klias mati demi Lajim. Di Tuaran, Anwar tahu Ansari bukan 'winnable candidate' di Tuaran. Itu salah satu sebab kenapa Bumburing diterima ke dalam PKR walaupun harus melalui jalan belakang. 

Tentulah Ansari dan orang-orangnya sudah tidak tahan dengan aksi Bumburing. Kumpulan ini  melakukan pancingan maut kononnya kepada Anwar dengan mengisytiharkan tujuh orang 'calon pilihan' PKR Sabah, hanya untuk ditolak Jawatankuasa Pusat PKR pada keesokan harinya.

PKR Sabah hanya bersandarkan kepada orang Umno/BN yang terpinggir dan terasa dipinggirkan, terketepi kerana ditimpa tarikh luput dan yang mengorak langkah awal kerana mengelak tarikh luput dan dipinggirkan. 

Jadi kepada mereka ini kah yang kita harapkan untuk mengganti Umno di Sabah? Kalau inilah orangnya, mereka tiada bezanya dan tidak lebih baik dari Umno sekarang.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger