Home » , , , » TATAP BN: Skim Saraan Umno, Boleh Jadi YB Sampai Kiamat

TATAP BN: Skim Saraan Umno, Boleh Jadi YB Sampai Kiamat

Written By Unknown on Saturday, 27 April 2013 | 12:41

Orang putih bilang, talk is easy, talking is cheap. Sabah masih merupakan negeri yang miskin di Sabah. Buat apa hendak dibandingkan dengan Kelantan, cuba bandingkan dengan Selangor.

kiriman awang_tongkol

'TATAP BN'


Untuk para pembaca yang tidak faham, maksudnya bukan 'tenung BN'. Tatap adalah slanga Sabah bermaksud tetap,  yakni akan  tetap bersama BN.

Pemimpin-pemimpin Umno BN Sabah nampaknya  sudah bertekad menjadikan kerusi-kerusi Parlimen dan kawasan dewan undangan negeri ini kepunyaan mereka sehingga kiamat shugra berlaku ke atas diri masing-masing. Ertinya milik mereka sampai mati.


Pada pilihanraya kali ini adalah dua tiga kerat orang baru ditampilkan, itupun tak boleh pakai kalau hendak dijadikan contoh. Isnin Aliasneh, calon DUN Klias cuma berpeluang menjadi calon kerana Janang Gayuh Lajim sudah menyeberang. Yusuf Apdal di Lahad Datu kerana abangnya Shafie Apdal. Yang lain, TATAP Boleh Niaga terus....

19 tahun dan TATAP bertanding

Hampir semua calon Umno BN TATAP dikekalkan. Ada yang telah menjadi YB sejak dari 1984 macam Pairin. Bagi Umno rata-ratanya telah menjadi YB sejak 1994, maksudnya sudah mendekati 19 tahun TATAP menjadi YB. Ramai muka-muka pelapis Umno di seluruh negeri kecewa teramat sangat dan mengadakan protes diam di luar dan menyindir di dalam laman-laman sosial kerana peluang tidak diberikan kepada mereka sebagai proses untuk mempertahankan sokongan terhadap Umno BN yang semakin merosot di seluruh negara.

Untungnya jadi ahli politik Umno BN di Malaysia. Kalau setakat Skim Saraan Baru atau Skim Saraan Malaysia atau mana-mana skim perkhidmatan tetap dan berpencen, jangan mimpilah hendak melawan skim Saraan Umno. Kalau masuk skim Saraan Umno, jawatannya adalah tetap sampai mati dan kenaikan gaji tahunan adalah ikut suka..

Asas perjuangan BN adalah untuk kepentingan dan keutamaan rakyat dan bukannya untuk kepentingan individu - Sapawi Ahmad

Calon BN bagi Parlimen Sipitang yang juga penyandang kerusi tersebut Datuk Sapawi  Ahmad melahirkan keyakinan bahawa rakyat akan mengekalkan sokongan kepada BN untuk parlimen dan juga dua DUN.  “Kita yakin rakyat tidak akan beralih arah sebaliknya akan terus memberikan sokongan kepada BN,” katanya ketika ditemui selepas penamaan calon di pusat penamaan calon di dewan di sini kelmarin.  

Sapawi berkata rakyat tidak mungkin berubah kerana BN sudahpun membuktikan perjuangan yang sebenar. Katanya perjuangan BN adalah berasaskan kepada kepentingan dan keutamaan rakyat dan bukannya untuk kepentingan individu.  Menurutnya apa yang diperjuangkan oleh BN membolehkan rakyat menikmati kesejahteraan, keharmonian dan juga kemakmuran.
 

Malah, katanya manifesto BN juga telah digantikan kepada aku janji di mana BN akan melaksanakan apa yang tercatat dalam manifesto itu.  “Ia bukan manfiesto semata-mata tetapi ia adalah aku janji dan rakyat yakin dengan apa yang diperkatakan oleh BN,” katanya dan menambah, rakyat sendiri telah melihat bukti jelas apa yang telah dilakukan oleh BN. Beliau memberitahu BN mengotakan apa yang dijanjikan kerana kepentingan rakyat perlu diutamakan.

Selepas 19 tahun BN berjuang untuk kepentingan dan keutamaan rakyat....



Orang putih bilang, talk is easy, talking is cheap. Sabah masih merupakan negeri yang miskin di Sabah. Buat apa hendak dibandingkan dengan Kelantan, cuba bandingkan dengan Selangor.

Selepas 19 tahun BN berjuang, rumah yang berhormat menjadi lebih makmur dari sebelumnya. Ada yang terlebih-lebih makmur berbanding dengan rumah biasa rakyat Sabah. Jangan kata untuk sebuah rumah, belanja untuk buat pagar hadapan rumah mereka pun cukup untuk membina dua tiga buah rumah orang miskin. Itu baru rumah, yang di dalam rumah belum dikira lagi.

Rumah Sapawi Ahmad

Rumah Ramli Marhaban
Rumah Japlin Akim
Rumah Musa Aman

Rumah Sakaran Dandai
Jangan pula kata kemewahan ini datang dari elaun sebagai menteri atau wakil rakyat. Kalau ikut jadual senarai gaji Perdana Menteri, menteri-menteri dan elaun ahli parlimen yang disertakan di bawah ini, tidak akan mampu membinanya. Sekalipun kedekut macam Rosmah yang berusaha menabung RM24 juta untuk membeli sebentuk cincin.

Lihat pula rumah orang miskin di Sabah.






Jadi BN masih berani cuba berbohong dan bermulut manis berjuang untuk kepentingan rakyat. Kunun lah.

TATAP BOHONG!


Lampiran: Gaji PM & Menteri serta elaun Ahli Parlimen(info)

Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia :

Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri –    RM 18,168.15 sebulan
Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen -  RM   7,187.40 sebulan
Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79
Elaun-elaun Menteri: Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung.
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari
        
 Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM150 sehari sehari.

Elaun Hiburan : RM1,500
Elaun Istimewa : RM1,500
Elaun Pengangkutan : RM1,500
Elaun Telefon : RM900
Elaun Pemandu : RM1,200
Komputer peribadi : RM6,000 (maksimum)
Elaun kehadiran di Parlimen : RM200 sehari
Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan  : RM150 sehari
Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi  : RM350 semalam (maksimum)

Lain-lain kemudahan:

Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya:

    a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.
    b) Parking dan bayaran tol
    c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi
    d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti
    e) Airport service charge mesti disokong dengan resit
    f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan
    g) penerbangan kelas perniagaan
    i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi
    j) lesen kenderaan
    k) bilik kelas pertama di hospital
    l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000
    m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000

Formula untuk pengiraan elaun mantan Ahli Parlimen:

Pencen: 1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji
Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40. Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat.
Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sessi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
Gratuiti: 1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Jikalau gaji Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen adalah tertakluk di bawah peruntukan kerajaan persekutuan, namun untuk Menteri Besar, gaji Exco negeri-negeri adalah di bawah peruntukan kerajaan negeri.

Setiap negeri ada enakmen mereka dan gaji ni semua adalah di bawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan). Di bawah ini adalah contoh gaji Menteri Besar dan exco di sebuah negeri.

        Menteri Besar – RM14,175.15
        Anggota Exco kerajaan negeri – RM6,109.29
        ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) – RM4,112.79
   
Artikel yang berkaitan
Mari pakat ramai-ramai saman BN Sabah
Sudah 19 tahun Sabah diliwat Umno

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger