Home » , , , » PRU13: Grand Design Anwar Ibrahim untuk Sabah, Bidaknya Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing

PRU13: Grand Design Anwar Ibrahim untuk Sabah, Bidaknya Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing

Written By Unknown on Sunday, 21 April 2013 | 11:29

Anwar Ibrahim bukan malaikat manakala Najib Razak bukan pula wali


ben_omaiben via email

Setelah membaca posting bertajuk "Lajim Ukin Tajaan Umno, Anwar Sudah Kena Kencing" saya bersetuju dengan beberapa hujah terakhir penulis berkenaan.

Selesai sudah penamaan calon semalam. Calon-calon yang bertanding telah dimuktamadkan. Akan tetapi meneliti calon-calon PPPS (Lajim) dan APS (Bumburing) tidak syak lagi sebahagian besar mereka bukan 'winnable candidates'.


Jauh benar bezanya dengan apa yang dilaung-laungkan oleh Anwar sendiri. Kalau inilah orang-orang yang menjadi ayam tambatan beliau untuk merealisasikan impian untuk menawan Putrajaya, ibaratnya adalah jauh panggang dari api.

Tetapi rasanya penulis berkenaan tidak menggambarkan keadaan sebenar yang lebih besar dalam kegiatan broker kuasa politik negara. 

Yang saya maksudkan ialah rekayasa politik nasional termasuk rekayasa Anwar Ibrahim untuk menggenggam Putrajaya sebelum ayam berkokok 6 Mei 2013.

Kemungkinan Lajim dan Bumburing memang tidak dinafikan. Akan tetapi siapa dalangnya?

Sebenarnya dilaporkan bahawa Anwar Ibrahim dan Najib Razak telah senyap-senyap mengadakan pertemuan dan ada yang mengaitkan Nurul Izzah menjadi perantaraan mereka untuk urusan ini, sila rujuk uncle Google untuk perincian.

Ya, anda tidak salah membaca baris di atas.

Ya, Najib Razak merujuk kepada Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri 1Malaysia.

Ya, rekayasa bermaksud 'grand design' di dalam bahasa Inggeris.

Dan ya, Anwar Ibrahim bukan malaikat manakala Najib Razak bukan pula wali.

Kedua-dua mereka merupakan 'political beast' yang datang dari acuan yang sama samada kita sedar atau tidak.

Rekayasa Anwar Ibrahim bukan untuk PKR menang tetapi sebaliknya memastikan Umno Sabah menang mudah. Pengaruh SAPP dan STAR harus dicantas kerana Yong Teck Lee dan Jeffrey Kitingan adalah sukar dikawal dan sentiasa dengan semangat Sabah mereka. Jadi PKR bertanding untuk membantu memecahkan undi pembangkang dan mengacau undi supaya Umno Sabah menang saja, bukan untuk benar-benar bertanding untuk menang. Selepas menang nanti, Umno Sabah akan menyeberang ke Pakatan Rakyat jika PKR, DAP dan Pas menang di semenanjung.

Jadi bagaimana pula rekayasa Anwar dan Najib? Ini adalah perkara yang lebih gila. Umno-PKR akan membentuk pakatan selepas pilihanraya jika tiada sebarang majoriti yang jelas terbentuk.

Gila, ya politik memang gila. Pada tahun 2008 pengaruh Kerajaan Perpaduan (Pas-Umno) telah meresapi Pas dan menjadi barah sehingga disebutkan Nasharuddin Mat Isa, Mustapha Ali dan Tn Guru Hj. Hadi Awang adalah menyokong ide ini. Perkara ini hanya dapat dibendung kerana campurtangan Tn. Guru Datuk Nik Aziz. Lihat sekarang Ustaz Nasha ke mana perginya kalau bukan ke pangkuan Umno. Ini adalah cerita Pas iaitu parti yang berdisplin dan menjadikan agama sebagai teras perjuangan mereka. Sedang Pas boleh tergugat, apa lagi PKR yang diberanakkan oleh Umno.

Itulah sebabnya saya katakan penulis berkenaan tidak melihat bigger picture tentang rekayasa sebenar iaitu Grand Design Anwar Ibrahim untuk Sabah, manakala bidaknya Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing. Anwar bukan mangsa yang kena kencing di sini. Sebaliknya dia adalah tukang kencing. 

Bila ditakdirkan juga dia kena kencing, itu adalah terkena kencingnya sendiri.

Posting ini adalah respon kepada artikel Lajim Ukin Tajaan Umno, Anwar Sudah Kena Kencing


Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger