"entah kerana dek kebodohan sendiri atau kerana terlampau pintar, keadaan ini umpama meludah ke muka sendiri"
kiriman tasya_rotikaya
Kita pakat-pakat saman kerajaan Barisan Nasional Sabah selepas pilihanraya nanti.
Di Selangor agen-agen Umno yang berselindung di sebalik pengguna air dan golongan ibu tunggal telah mengambil langkah menyaman kerajaan negeri konon kerana gagal menunaikan janji pilihanraya.
(berita harian) Mahkamah tolak permohonan MB ketepi saman 711 pengguna air, Sebelum ini Khalid gagal sekat tuntutan 2,020 ibu tunggal
Shah Alam: Kerajaan Selangor dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam, gagal mengetepikan saman 711 pengguna air negeri itu atas dakwaan tidak menunaikan janji dalam manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 (PRU-12).
Kali kedua kerajaan negeri dan Menteri Besar Selangor gagal mengetepikan saman tuntutan janji PRU-12. Pada 23 Januari lalu, Mahkamah Tinggi di sini juga mengetepikan permohonan kerajaan negeri dan Abdul Khalid terhadap saman 2,020 ibu tunggal atas dakwaan tidak memberi elaun seperti dijanjikan pada PRU-12.
Kali kedua kerajaan negeri dan Menteri Besar Selangor gagal mengetepikan saman tuntutan janji PRU-12. Pada 23 Januari lalu, Mahkamah Tinggi di sini juga mengetepikan permohonan kerajaan negeri dan Abdul Khalid terhadap saman 2,020 ibu tunggal atas dakwaan tidak memberi elaun seperti dijanjikan pada PRU-12.
Entah kerana dek kebodohan sendiri atau kerana terlampau pintar, keadaan ini umpama meludah ke muka sendiri. Sejak Malaya merdeka 1957 sehingga 2013 ini ada bertan-tan janji manifesto pilihanraya kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional yang tidak tertunai.
Syukur jugalah kerana apabila kerajaan Selangor tidak dapat mengenepikan kes ini, ia dengan sendirinya menjadi 'landmark case'. Kejayaan kes mercu tanda permulaan boleh dijadikan ikutan dan diperluaskan kepada kes-kes kerajaan Barisan Nasional tidak menepati janji yang dibuat semasa pilihanraya di seluruh negara.
Di Sabah, pada PRU 1994 Umno BN menjanjikan pembangunan negeri Sabah dalam masa 100 hari pemerintahan mereka. Setelah 19 tahun, negeri Sabah masih mundur dan miskin. Ini satu janji yang tidak ditepati.
Mungkin terlalu lama. Kalau mahu yang lebih baru kita boleh mulakan dengan dengan PRU12 iaitu penggal Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri yang baru lepas.
Sapawi Ahmad, calon Parlimen P.178 Sipitang pada ketika itu menyatakan
Oleh itu beliau berazam untuk meneruskan pergerakan pembangunan yang sedia ada di kawasan berkenaan dengan sedaya upaya jika terpilih nanti.
Sapawi bertanding lagi kali ini, TATAP BN. Selepas lima tahun kita boleh perincikan apa bentuk pembangunan yang ada di daerah Sipitang pada ketika itu dan betulkah beliau telah meneruskan pergerakan pembangunan yang dimaksudkan.
Calon Umno BN pada PRU12 Ahmad Bujang calon N.28 Sindumin pula mempunyai wawasan berikut
BN mempunyai wawasan untuk rakyat dan kawasan Dewan Undangan Negeri Sindumin. Calonnya berazam untuk mengubah wajah daerah Sipitang menjadi daerah pertanian yang aktif dan berkembang maju sekiranya terpilih kelak.
Ahmad juga masih TATAP bertanding kali ini. Juga selepas lima tahun (2008 - 2013) kita boleh mengukur keaktifan pertanian yang telah berlaku di Sipitang seperti yang diwawaskan oleh beliau.
Manifesto, janji dan azam.
Peranan ketiga-tiganya sama sahaja iaitu untuk memberikan harapan dan memberikan kecenderungan untuk rakyat memilih calon yang bertanding di kawasan mereka. Kalau tidak ditunaikan, saman saja. Jadi dalam masa 19 tahun kalau kita korek sini sana, gerenti berlori-lori janji BN yang tidak ditepati. Jadi selepas ini mari pakat ramai-ramai saman BN Sabah.
Artikel yang berkaitan
Sudah 19 tahun Sabah diliwat Umno
Skim Saraan Umno, Boleh Jadi YB Sampai Kiamat
0 comments:
Post a Comment