Jika ada sebarang gelombang perubahan yang dicetuskan oleh slogan 'Ini Kalilah', ianya hampir pasti datang dari SAPP-STAR-Usno bukan dari Pakatan Rakyat Sabah.
ben_omaiben melalui email
Pakatan Rakyat (PR) memang menggiurkan di Semenanjung, tidak dinafikan. Dari tahun 2008 Umno tinggal nyawa-nyawa ikan, sekarang cuma bergantung kepada duit Transformasi yang untuk bernafas menyambung nyawa.
Tapi kalau di Sabah ini, harap-harap wajah-wajah yang mendabik dada mendongak langit sekali-sekala boleh meregangkan tangan meraba kaki yang kian tempang menopang bumi. Ini Sabah bah.
Teraju PR Sabah tidak syak lagi dipegang oleh PKR. DAP yang kehilangan naib pengerusi negeri akan terus berkubang di dua tiga perlimbahan yang mereka biasa. Pas pula tetap terkapai-kapai mencari identiti. Pas mungkin mampu meraih undi di beberapa kawasan di Pantai Timur jika mereka mampu memenangi hati pengundi-pengundi baru Sabah, tetapi untuk menang itu cerita lain.

Berbalik kepada PKR Sabah. Antara PKR dan Umno, orang Sabah hampir pasti akan memilih Umno. Orang Sabah gagal memahami perbezaan antara PKR dengan Umno. PKR adalah Umno, Umno adalah PKR. Jadi buat apa hendak memilih versi miskin Umno, baik pilih versi Umno yang kaya. Maksudnya status quo.
Ada sedikit bias di sini, tetapi pakatan SAPP-STAR-Usno (juga dikenali dengan 'United Borneo Alliance', Agenda Borneo atau pendeknya UBA) mempunyai akar yang lebih kukuh bertapak berbanding dengan PR walau pun selama ini cuma dipanggil parti nyamuk. Atau budak belasahan, kerana tidak dapat ditolak kemungkinan BN atau PR akan melanyak mereka kiri dan kanan sama seperti yang dilakukan ke atas SNAP semasa pilihanraya negeri Sarawak yang lepas. BN cakap SNAP kacau undi, PR kata SNAP ejen BN.
Tapi Ini Kalilah!
Tapi Ini Kalilah!
Jika ada sebarang gelombang perubahan yang dicetuskan oleh slogan 'Ini Kalilah', ianya hampir pasti datang dari UBA bukan dari PR Sabah. Memang betul SAPP mensasarkan 40 kawasan DUN dan STAR mensasarkan 41 DUN pula. Maksudnya jika dicongak 40 campur 41 kerusi jumlahnya adalah 81, yakni lebih 21 kerusi berbanding dengan kawasan sebenar DUN negeri Sabah. Tetapi jika diteliti, selepas ditolak dengan 21 kawasan bertindih ini, sebenarnya masing-masing mempunyai lebih kurang 20 DUN yang tidak diganggu gugat oleh anggota samada SAPP atau STAR sendiri, sekaligus menunjukkan taraf keyakinan mereka di kawasan teras masing masing.
Dalam kata-kata yang lebih mudah, congak pakatan UBA adalah seperti begini. SAPP akan bertanding bersendirian di 20 kawasan, STAR 19 kawasan dan yang selebihnya 21 kawasan itu akan berlaku pertindihan. Tetapi bagi 21 kawasan kelabu yang dianggap bertindih pula, tidak mustahil ia sebenarnya kawasan yang bakal ditandingi oleh calon-calon Usno yang menumpang sama ada tiket SAPP atau STAR. Ini kerana Usno sehingga kini masih merupakan entiti politik yang tidak berdaftar, jadi selasai cerita. Jadi mengambilkira keadaan ini, sebenarnya pakatan UBA ini adalah lebih berpakat dari yang disangka.

PKR dan Pas tidak meraih sebarang kerusi DUN Sabah pada pilihanraya lepas, dan tiada sebarang anjakan paradigma yang membuatkan mereka akan memenangi sebarang kerusi pada PRU13 yang menjelang tiba. Tidak. Jika terus bertanding juga, maksudnya PRlah yang bakal memecah undi para pengundi Sabah kali ini, bukan UBA. PRlah juga yang akan mempastikan kemenangan BN Sabah dengan bergaya. Kemudian seperti biasa selepas keputusan pilihanraya diketahui, maka pesta lelong kerusi pemenang akan bermula.
Ini kalilah!
0 comments:
Post a Comment