Bilangan DUN Sabah cuma 60 kerusi. 40 sasaran SAPP + 41 sasaran STAR = 81. Aiyaaa...
awang_tongkol via email
Satu pakatan yang paling menarik di Sabah, dalam pilihanraya yang akan datang.
Pakatan parti-parti tempatan SAPP-STAR-Usno. Mereka membentuk pakatan tersendiri sejak tahun lepas di bawah ikatan longgar yang dinamakan United Borneo Alliance (UBA). Tetapi sekarang ikatan ini ditebalkan dan semakin diheret ke sana ke mari setelah parti-parti Sabah dipinggirkan terus oleh Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR.
PKR dengan haloba telah mengenepikan terus dan menutup pintu rundingan kepada SAPP setelah menemui dua orang tokoh politik yang mereka anggap sebagai 'winnable allies' (sekutu yang boleh menang) iaitu Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing.
Menariknya pakatan ini kerana acuannya adalah mengikuti gagasan rasis-nasionalis BN cuma tinggal tidak diluahkan. Konon STAR untuk kawasan luar bandar, Usno untuk kawasan di pantai timur manakala SAPP akan menumpu di kawasan bandar. Sebenarnya apa yang ingin dicakapkan ialah STAR untuk kawasan bumiputera bukan Islam, Usno adalah untuk kawasan bumiputera Islam dan SAPP ialah untuk kawasan cina. Aiyaaaa....
Akan tetapi jika sekadar mengikuti acuan tiada masalah apa-apa pun. Perkara ini telah berjaya dijalankan oleh Umno/BN sejak sekian lama dan dasar pecah dan perintah merupakan norma yang diterima oleh masyarakat Sabah, apa yang hendak diherankan.
Masalah paling besar ialah kerana jumlah kawasan yang akan ditandingi mereka adalah lebih banyak dari bilangan DUN Sabah. Kawasan DUN sasaran SAPP adalah tidak kurang dari 40. STAR pula menyasarkan untuk bertanding di 41 DUN, manakala Usno tidak disebutkan, mungkin mana-mana yang selebihnya.
Tetapi tunggu.
Bilangan DUN Sabah cuma ada 60 kerusi. Jika mengambilkira 40 sasaran SAPP + 41 sasaran STAR = 81, maksudnya terdapat 21 kawasan bertindih di antara SAPP dan STAR, Usno punya belum kira lagi.
Kalau sudah begitu banyak bertindih maksudnya tiadalah sebarang muafakat dan tiada apa yang hendak dipakatkan.
Tidak dapat difahami apa jenis pakatan yang SAPP+STAR+Usno hendak laksanakan. Jika begini rasanya lebih baiklah buat pakatan sekat mulut saja, iaitu setakat memahami musuh sebenar ialah Umno/BN dan tidak akan menyerang satu sama lain semasa berkempen tetapi tetap juga masing-masing bertanding di 60 kawasan DUN.

0 comments:
Post a Comment