Lajim bosku, ini pilihanraya bukan macam pilih ketua darjah saja tau. Bukan semua orang yang tiada pelajaran macam kau boleh berjaya dalam politik. Calon-calonmu dari Sindumin sampai ke Kawang gerenti bungkus punya.
kiriman eleleh_monong
Sebagai ahli PKR Cabang Beaufort yang dihimpit sehingga lumpuh oleh PPS NGO pimpinan Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Hj. Lajim Hj. Ukin, saya tetap memerhati dengan penuh minat perkembangan terkini politik di kawasan kami ini walaupun masih merasa keliru sampai sekarang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjanjikan otonomi pemerintahan kepada rakyat Sabah. Tetapi macam cakap tidak serupa bikin. Apabila Ketua Cabang Tuaran Tn. Hj. Ansari mengisytiharkan tujuh bakal calon PKR Sabah untuk bertanding di dalam PRU13, Azmin Ali menyangkal keputusan berkenaan pada keesokan harinya dan menyatakan ia sebenarnya hanya satu 'cadangan' PKR Sabah dan bukan muktamat. Betullah pula, bukan muktamad. Dari tujuh yang diisytiharkan hanya dua yang diterima sehingga Ansari dan kawan-kawan patah hati menopang dagu dan ada yang sudah lari ke parti lain.
Umum berpendapat ia berkaitan dengan isu calon yang lebih berpotensi untuk menang. Datuk Wilfred Bumburing, ketua NGO APS yang mesra PR lebih 'boleh menang' di Tuaran jika dibanding dengan Ansari. Alasan yang sama juga di Beaufort di mana Lajim adalah lebih 'boleh menang' berbanding dengan pucuk pimpinan PKR Cabang Beaufort yang diketuai oleh Sdr. Ramli Ukin dan Sdr. Adnan Mohd Ali sebelum ini. Sekarang Ramli sudah ditelan masuk ke PPS manakala Sdr. Adnan 'lari' ke Umno bersama Datuk Azizah Mohd Dun.
Jadi isunya ialah kualiti calon. Pucuk pimpinan PKR mementingkan kualiti calon dan sama ada 'Boleh menang' atau tidak menjadi ukuran dalam pertandingan. Lajim dan Bumburing adalah muka-muka 'boleh menang' punya...
Mungkin ya, mungkin tidak. Tetapi itu adalah untuk diri Lajim dan Bumburing sendiri yang punya badan.
Ada dua perkara di sini yang perlu diambil perhatian.
Pertama, sebelum keluar dari BN tahun lepas kedua dua tokoh ini sebenarnya berunding bersama Tengku Razaliegh Hamzah dalam strategi untuk mengadakan 'kuasa ketiga' dalam politik negara. Maksudnya kuasa penentu yang membolehkan kerajaan ditubuhkan jika terjadi kebuntuan di mana, tiada parti yang menang majoriti yang jelas. Kuasa ketiga ini boleh lompat ke mana-mana selepas pilihanraya, sama ada ke BN atau PR dan jumlah kerusi yang mereka ada akan membolehkan pihak yang mereka sebelahi membentuk kerajaan.
Tujuan AMANAH pertubuhan bukan kerajaan tajaan Ku Li dilaporkan sebagai berikut
"Dengan percaya, berteraskan sesiapa yang masih mengagumi perjuangan Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Ku Li nampaknya sedang membentuk apa yang dipanggil sebagai "Kuasa Ketiga" (Third Force) dalam sistem politik negara ini"
Ku Li adalah sangat veteren dalam kong kalikong politik dan merupakan orang BN tegar seumur hidup walaupun pernah menubuhkan parti Semangat 46 satu waktu dahulu. Apabila sama-sama orang BN berbincang dan berstrategi maka ukurannya ialah sama ada menguntungkan BN atau tidak di masa hadapan. Oleh itu rakyat di bawah seperti anda dan saya mesti menyingkap dalang yang menaja dan menjanjikan kemewahan yang berganda-ganda besarnya kepada Lajim dan Bumburing sehingga sanggup menyertai PR.

Kedua, calon 'boleh menang' jadi ukuran Anwar dalam PRU13 sehingga menolak calon-calon yang dikemukakan oleh PKR Sabah. Tetapi kesilapan paling besar Anwar dalam pilihanraya kali ini ialah kerana menerima bulat-bulat calon-calon yang dikemukakan oleh Lajim dan Bumburing tanpa soal jawab. Lajim mungkin boleh menang, Bumburing belum tahu.Tapi calon-calon yang mereka pilih alahai...
Malas sudah berbasa basi, ya lebih baik lagi cakap lepas saja kerana nasi sudah menjadi bubur dan besok ialah hari penamaan calon yang memang kompom akan kecundang. Pemilihan calon PKR-PPS tidak syak lagi asal tangkap muat macam tiada manusia lain yang hidup di kawasan-kawasan ini. Lihat saja calon pilihan PPS umpamanya di kawasan-kawasan DUN dan Parlimen dari Sindumin, Lumadan dan Membakut hinggalah ke Kawang.
Entah apa ukuran pilihan Lajim menjadikan mereka calon. Ini calon-calon yang 'boleh kalah', bukan 'boleh menang'. Ingatkan Lajim cuma pendek badan, rupanya pendek akal juga.
Ada manusia yang balik-balik kalah lagi teruk dari Ansari kali ini terus dijadikan calon. Kalau kemungkinan Ansari untuk menang dikategorikan 4 dari skala 0 hingga 10, sebahagian calon-calon yang diletakkan oleh Lajim boleh dikatakan antara 0 - 2!
Calon yang tiada pelajaran pun ada. Memang dalam politik tidak perlu diploma atau ijazah, Lajim sendiri dengan LCE sajapun boleh berjaya. Tetapi sekurang-kurangnya adalah sedikit ketokohan atau sejarah kejayaan dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan atau perniagaan yang boleh diceritakan oleh para pengundi, ini SPM pun kabarnya tidak lepas dan tanpa sebarang pengalaman yang boleh dibanggakan.
Ada di antara calon yang aktiviti pekerjaan dan kemasyarakatan mereka sebelum ini pun langsung tidak diketahui oleh masyarakat setempat, apatah lagi berpolitik, tiba-tiba timbul dalam senarai calon PPS dan bakal bertanding atas tiket PKR.

Janang Gayuh Lajim bosku, walaupun kau sudah lama dalam politik, biarlah juga saya ingatkan. Ini pilihanraya bukan macam pilih ketua darjah saja tau. Bukan semua orang yang tiada pelajaran macam kau boleh berjaya dalam politik. Silap-silap semua calon-calonmu dari Sindumin sampai Kawang gerenti bungkus punya.
Betul-betul Anwar kena kencing oleh Lajim.
Jawapan kepada artikel ini
Grand Design Anwar Ibrahim, Bidaknya Lajim Ukin dan Bumburing
Jawapan kepada artikel ini
Grand Design Anwar Ibrahim, Bidaknya Lajim Ukin dan Bumburing
0 comments:
Post a Comment