Home » , , , » Musa Aman, Umno Sabah & Tian Chua: Oppa! Ayam Style

Musa Aman, Umno Sabah & Tian Chua: Oppa! Ayam Style

Written By Unknown on Wednesday, 10 April 2013 | 07:44


Tian Chua bukan pengganas Sulu, dia bukan pengganas komunis atau sebarang agen subversif yang boleh menghuruharakan negari Sabah. 

awang_tongkol via email

Perkara paling bodoh dilaksanakan oleh Musa Aman sejak membubarkan Dewan Undangan Negeri ialah dengan menghalang Tian Chua dari memasuki negeri Sabah. Mungkin kerana mengikuti teladan Tok Uban di Sarawak, Musa pun tumpang sekaki mencuba.

Sebelum ini Najib dan konco-konco Umnonya telah cuba menghukum Tian Chua dari segi moral dan melanyaknya saban hari di media arus perdana beserta dengan beratus-ratus laporan polis atas kesalahan yang tidak wujud pun. Sampai pakcik makcik yang tidak tahu apa-apa dan tidak pun membaca kenyataan sebenar Tian Chua menangis meraban marahkan Tian Chua di kaca TV dek hasutan Umno.

Sekarang dengan tindakan menghalang masuk ke Sabah sebenarnya Musa Aman dengan sendiri telah membuktikan bahawa Tian Chua tidak bersalah dari segi moral. Sekatan ini menimbulkan persepsi umum bahawa Umno menyembunyikan sesuatu di Sabah dan Tian Chua wajar dihalang dari membongkarnya.

Tidak perlu apa-apa sekatan kemasukan ke atas Tian Chua. 

Beliau bukan orang biasa, tetapi seorang wakil rakyat penggal lepas yang dipilih oleh rakyat sama seperti Najib, Hishamudin dan Musa Aman. Selain dari menghuruharakan Umno, Tian Chua bukan pengganas Sulu, dia bukan pengganas komunis atau sebarang agen subversif yang boleh menghuruharakan negari Sabah. 

Lagi pula beratus-ratus ribu PATI boleh masuk ke Sabah, telah diberikan kerakyatan oleh Barisan Nasional dan diberi layanan VIP sehingga mampu mengisytiharkan diri menjadi Sultan seperti Datuk Dr. Akjan dan Mudarasulalil Kiram. Tidak harus pula Tian Chua dijadikan kambing hitam.

Tindakan menghalang ini kelihatan amat ganjil sekali, seperti mana ganjilnya cerita Rosmah dengan cincin RM24 juta, ha ha ha...
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger