Pakatan Rakyat Sabah ada LIMA anggota, Bukan TIGA. Anwar kali ini cuba menghuruharakan keseimbangan pertandingan PRU13 Sabah dengan mencipta berpuluh-puluh Ibrahim Ali.
ben_omaiben via email
Umang umang umang PPPS dan APS adalah ciptaan asli 'political beast', Anwar Ibrahim dalam rekayasanya untuk menguasai Sabah sekaligus merealisasikan perarakan ke Putrajaya pada 04 Mei, 2013. Misinya, pastikan Umno Sabah menang walau apa cara sekalipun. Kesungguhannya terbukti, dia malah sanggup memusnahkan partinya sendiri untuk membolehkan Umno Sabah menang dengan mudah. Walau apa cara juga sekalipun, parti-parti Sabah iaitu SAPP dan STAR-Usno harus dihalang bermati-matian agar tidak dapat menang walau satu kerusi pada pilihanraya kali ini.
Dengan itu Umno Sabah akan menang selesa dan dengan kerusi yang mereka ada akan menyeberang ke Pakatan Rakyat dengan aman. Ini Kali Lah!
Lima anggota Pakatan Rakyat Sabah, bukan tiga
Dua konconya ialah Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing. Rakyat Malaysia dan pengundi di negeri Sabah harus sedar bahawa terdapat lima anggota Pakatan Rakyat Sabah, bukan tiga.
Anggota Pakatan Rakyat Sabah ialah seperti berikut:-
Bil | Parti / Pertubuhan | Kawasan Parlimen | Kawasan DUN |
1. | PKR | 9 | 22 |
2. | DAP | 4 | 8 |
3. | Pas | 2 | 9 |
4. | PPPS (diketuai oleh Lajim) | 5 | 12 |
5. | APS (diketuai oleh Bumburing) | 5 | 10 |
PPPS dan APS bukan parti politik.
PPPS dan APS menumpang bertanding atas tiket PKR kerana kedua-duanya tidak layak bertanding dalam pilihanraya kerana hanya parti politik yang boleh berbuat demikian.
PPPS dan APS kepunyaan Lajim dan Bumburing walaupun bertanding menggunakan tiket PKR, sebenarnya BUKAN PKR. Sebaliknya mereka adalah umang yang bertenggek dengan harapan menumpang tuah dan pengaruh PKR Sabah yang tidak seberapa. Lebih-lebih lagi setelah Anwar menawarkan lampu hijau untuk mereka mengganyang SAPP dan STAR.
Calon-calon mereka dicari, disenarai pendek dan dipilih sendiri oleh Lajim dan Bumburing serta tidak ada kena mengena dengan PKR Sabah. Senarai ini mereka hantar terus kepada PKR Pusat dan diterima tanpa soal kerana agihan kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang akan ditandingi oleh PPPS dan APS telahpun ditentukan sebelumnya.
Keadaan ini sama seperti kisah Ibrahim Ali yang telah menumpang tiket Pas untuk bertanding bagi kerusi parlimen Pasir Mas dalam pilihanraya 2008 yang lalu. Kisah klasik Ibrahim Ali yang makan tuan adalah antara kesilapan bodoh paling besar ditanggung oleh Pas selain dari kesilapan cuba untuk 'bermukah' dengan Umno melalui projek rahsia Kerajaan Perpaduan (Unity Government).
Tetapi itu baru seorang Ibrahim Ali.
Sedangkan di Sabah, Anwar kali ini cuba menghuruharakan keseimbangan pertandingan PRU13 Sabah dengan mencipta berpuluh-puluh Ibrahim Ali. Apa tidaknya, lebih separuh dari calon PKR adalah kepunyaan Lajim dan Bumburing. Umang umang umang ini bertanding di 10 kawasan Parlimen dan 22 kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah.
PKR dengan ini sebenarnya hanya bertanding di 9 kawasan Parlimen dan 20 Kawasan DUN. Akibatnya sedang ditanggung oleh PKR, tetapi Anwar tidak ambil pot sebab tumpuan urusan politik dengan Umno Sabah ialah selepas pilihanraya, bukan sekarang.
PKR ori Sabah ketika ini hancur berantakan dan di kawasan-kawasan tertentu jentera pilihanraya mereka hampir lumpuh. Setakat ini diberitakan sekurang-kurangnya 4 ketua cabang cabut menyertai Umno iaitu Ketua Cabang Sandakan Mazhry Nasir, Ketua Cabang Kota Belud Saidil Simoi, Ketua Cabang Kalabakan Irianshah Yunus, Pemangku Ketua Cabang Putatan Abdul Zainal Atin dan Naib Ketua Cabang Batu Sapi Zainuddin Hassan. Itu belum lagi dikira penjawat-penjawat dan ahli-ahli PKR di seluruh negeri ini. Di Beaufort, Ketua Cabangnya Abdul Jarih @Ramli Ukin diberitakan akan menyusul bersama-sama dengan 1,500 ahli PKR manakala Naib Ketua Cabang En. Adnan Mohd Ali sedang 'selesa' bersama-sama BN berkempen untuk memenangkan calon BN Datuk Azizah Mohd. Dun.
Hubungan antara PKR ori dan PKR umang juga dilihat tidak berjalan dengan baik. Telah ada kejadian di mana permusuhan di antara ahli PKR dan PKR-APS melibatkan kes polis kerana menjadi mangsa serangan fizikal.

Ni Kali Lah, Umang umang umang!
SENARAI CALON PPPS
Calon Parlimen Sabah
1. P.175 Papar - Datuk Yahya Lampong
2. P.176 Kimanis - Jaafar Ismail
3. P177 Beaufort - Datuk Lajim Hj. Ukin
4. P.178 Sipitang - Hj Ramlee Dua
5. P.187 Kinabatangan - Abdullah Abdul Sani
Calon Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
1. N.1 Banggi - Datu Abdul Razak Datu Abdul Salam
2. N.12 Karambunai - Muali Aching
3. N.18 Petagas - Mohd Yunin Atin
4. N.21 Kawang - Kefli Safar
5. N.23 Bongawan - Tan Sri Ibrahim Menudin
6. N.24 Membakut - Narawi @ Sinar Ahmad
7. N.25 Klias - Datuk Lajim Hj. Ukin
7. N.25 Klias - Datuk Lajim Hj. Ukin
8. N.26 Kuala Penyu - John Christopher Ghani (sebelum ini APS mengaku Ghani sebagai calon mereka)
9. N.27 Lumadan - Abdul Rahman Yakub
10. N.28 Sindumin - Harunsah Ibrahim
11. N.50 Lahad Datu - Dr Hamid Awong
12. N.56 Apas - Alizaman Jijurahman
SENARAI CALON APS
Kawasan Parlimen
1. P.168 Kota Marudu - Datuk Maijul Mahap
2. P.170 Tuaran - Datuk Wilfred Bumburing
3. P.181 Tenom - Masidin Tumas
4. P.182 Pensiangan - Datuk Dr. Richard Sakian Gunting
5. P.183 Beluran - James Miki
Kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah
1. N.20 Moyog - Terrence Siambun
2. N.22 Pantai Manis - Fred Gabriel
3. N.29 Kundasang - Satiol Indong
4. N.31 Paginatan - Amru Abdul Kadir (Sebelum ini PPPS juga mendakwa Amru adalah kepunyaan mereka)
5. N.32 Tambunan - Wilfred Win Ponil
6. N.34 Liawan - Paul Gitang
7. N.36 Kemabong - Biou Suyan
8. N.37 Sook - Liberty Lopog
9. N.40 Labuk - Datuk Tan Yong Gee
10. N.47 Kuamut - Binson Ingam
Artikel yang Berkaitan
0 comments:
Post a Comment