ben_omaiben via email
Begitulah yang dipasakkan ke mata, telinga dan benak setiap rakyat Malaysia setiap saat.
Hanya Umno segala-gala dan satu-satunya.
Hanya Umno.
Hanya Barisan Nasional.
Hanya Umno yang membela hak orang-orang melayu.
Hanya Umno yang mempertahankan untung nasib orang-orang melayu. Hanya Umno yang mempertahankan raja-raja melayu.
Hanya Umno yang memperjuangkan agama Islam.
Hanya Umno yang beranakkan Barisan Nasional.
Hanya Barisan Nasional yang membangunkan negara.
Hanya Barisan Nasional yang membawa kemakmuran kepada Malaysia.
Hanya Barisan Nasional yang menepati janji dan berbudi kepada rakyat Malaysia.
Pendek kata, Umno dan Barisan Nasional adalah segala-galanya yang menentukan untung nasib dua keping tanah sekangkang kera bernama Malaysia yang terletak di planet bumi dan dipisahkan oleh laut China Selatan.
Selepas Allah mencipta langit dan bumi, Dia mencipta Umno, begitulah.
Mukjizat 'nabi' Umno terakhir iaitu Najib antara lain ialah mampu mendengar denyut nadi rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia mesti faham bahawa Umno hanyalah sebuah parti politik. Berjasa atau tidak, parti seperti manusia juga mengalami proses penuaan. Era parti-parti lama yang paling berkuasa di awal gelombang kemerdekaan seluruh Asia telah berlalu.
Parti Kongress India dah tenggelam. Golkar Indonesia dah lemas. Nationalist Filipina dah habis. Kuo Mintang Taiwan juga luput ditelan zaman.
Sebut pasal penuaan, Umno sekarang adalah parti tua yang gagal mengalami proses peremajaan semula. Walau dimekapkan oleh APCO syarikat yahudi, masih juga hodoh.
Tambahan lagi hidup, nafas dan geraknya sekarang diteruskan oleh generasi kedua dan ketiga pemimpin Umno asal dan mereka ini hidup dilimpahi oleh kemewahan yang sukar dibayangkan oleh rakyat jelata. Lihat saja Najib, hidupnya adalah diluar jangkauan fikiran rakyat Malaysia. Isterinya Rosmah 1Lady 1Permata boleh beli gelang dan beg beratus ribu, cincin sebentuk harganya berpuluh juta. Selama menjadi perdana menteri dia cuma tahu membazir dan menabur wang tunai seperti menghambur padi untuk ayam makan. RM57 bilion wang rakyat dibazirkan untuk BR1M, untuk beli tayar, untuk beli henfon segala bagai.
Perkara ini harus kita rakyat Malaysia yang waras hentikan. Inilah masa untuk kita bangkit.
Ayuh, bangunlah, asalkan bukan Umno!
Artikel yang berkaitan
Sudah 19 Tahun Sabah Diliwat Umno
Skim Saraan Umno, Boleh Jadi YB Sampai Kiamat
0 comments:
Post a Comment