Najib paling untung dari isu ini dan manusia yang paling disyakki berbanding dengan Anwar, sebarkan
tasya_rotikaya via email
Terlalu banyak cerita-cerita yang tidak munasabah tentang tindakan segerombolan militia dari wilayah Filipina di Lahad Datu.
Anwar kononnya merupakan dalang dalam petualangan ini. Anwar sebagai dalang? Matai na ko, otak simpan di lutut.
Sebenarnya dalam mana-mana kejadian pun, yang paling disyakki menjadi dalang ialah yang paling mungkin mendapat untung besar daripadanya.
Moro (MILF) di Perhimpunan Agong UMNO |
Dalam keadaan darurat, kerajaan tidak perlu mengadakan pilihanraya selama mana yang mereka mahu. Darurat di Malaya pernah berlaku selama 12 tahun (1948 - 1960). Darurat di Brunei dilaksanakan dari 1962 sehingga sekarang, yakni mencapai 51 tahun.
Jadi Najib adalah manusia yang paling disyakki berbanding dengan Anwar.
Dalam satu perkembangan lain satu lagi kumpulan pemberontak Filipina, MNLF memberi amaran bahawa tindakan kekerasan kerajaan Malaysia akan mengundang 'Perang Saudara' kerana ada lebih kurang 8,500 Tausug militan Sabah akan bersedia bertindak balas.
Militia Tausug |
Wanita-wanita Pemilik Sabah |
Sebenarnya sejak zaman berzaman tiada pihak yang lebih prihatin terhadap orang-orang di selatan Filipina selain dari Malaysia. Segala macam bantuan termasuk wang ringgit dihulur tanpa putus atas nama simpati dan persaudaraan dalam gerakan militan mereka menuntut pemisahan dari Republik Filipina sejak zaman berzaman. Perkara ini difahami oleh kerajaan Malaysia, tidak hairanlah kenapa mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh mencadangkan sekali lagi Malaysia menabur wang berjumlah RM200 juta kepada mereka. Sekarang nampaknya hendak menggigit tangan yang selama ini memberi mereka makan.
Sebab utama kenapa perjuangan di Selatan Filipina tidak berjaya adalah berpunca kerana asyik bercakaran sesama sendiri selain berebut bantuan yang dihulurkan oleh pihak-pihak luar yang bersimpati. Perang ke atas Filipina pun mereka tidak mampu sejak zaman berzaman, sekarang pula hendak berperang dengan kerajaan Malaysia. Sehingga kini yang mereka mampu lakukan ialah setakat menindas orang mereka sendiri, menimbulkan letupan di sana sini, tembakan curi dan membalas dendam serta penculikan di sana sini yang berperanan menyebarkan ketakutan dan kegusaran di kalangan rakyat.
Untuk berhadapan dengan tindakan sebegini, kerajaan harus membenarkan kami memiliki senjatapi.
Untuk berhadapan dengan tindakan sebegini, kerajaan harus membenarkan kami memiliki senjatapi.
0 comments:
Post a Comment