Home » , , » Tian Chua Menjijikkan, Biadap, Menghina Perajurit, Lucutkan Kerakyatannya, Balik Negerilah!

Tian Chua Menjijikkan, Biadap, Menghina Perajurit, Lucutkan Kerakyatannya, Balik Negerilah!

Written By Unknown on Tuesday, 12 March 2013 | 09:57

"mana satu yang biadap, Si biadapkah atau yang melanyak membabi buta tanpa  ruang untuk membela diri"


Menjijikkan, Biadap, Menghina Perajurit, Balik Negeri, lucut kerakyatan, bla, bla, bla.... 
Siaran media arus perdana tanpa henti melanyak YB Chua Tian Chang (nama ikut 'siang' cina) atau lebih dikenali sebagai Tian Chua (nama ikut English surname).

Demo yeop... demo
ben_omaiben via emel

Siap dengan jerkah dan sedu sedan penuh emosi mengenepikan sopan santun pada menyatakan bantahan.  "lucutkan kerakyatan", "kalau berani mari ikut berperang" dan "biadap" adalah  nistaan yang biasa. Keadaan ini mengundang persoalan pada akal yang waras, sama ada terdapat perbezaan atau tidak di antara Tian Chua yang dikatakan biadap dengan para budiman yang melanyaknya (ruffians vs gentleman).

Dengan audio visual yang dipaparkan di kaca TV, sempadan di antara dia yang dikata menjijikkan (disgusting) dengan orang yang mengatakannya begitu hampir, sehingga yang menyiarkan dan mengutuknya kelihatan menjijikkan.

Cerita Tian Chua adalah berkait dengan pencerobohan Lahad Datu. Hanya sejak minggu lepas gerombolan penceroboh berkenaan dilebelkan sebagai pengganas, penjenayah yang kejam dan penceroboh bersenjata dan merbahaya. Tetapi selama seminggu sebelum itu sebelum itu, perbincangan rahsia diadakan secara berterusan untuk memberi peluang kepada mereka melupakan niat gila dan berundur pulang secara aman. Tetapi setelah diberi peluang mereka tetap memilih untuk menumpahkan darah. Dari sudut ini, kita telah bersikap budiman kerana satu ciri budiman ialah memberi ruang yang adil dan peluang untuk  musuh membela diri walaupun dari mula kita tahu mereka bukan orang baik-baik.

Tetapi lain halnya dengan Tian Chua. Dia langsung tidak diberi ruang untuk membela diri. Kerajaan merestui media perdana untuk melanyaknya saban hari. Media penghasut 1Malaysia menjadi batu api bagi pihak Umno dan menjadi pencetus api kebencian dengan menyiarkan berita tentang sebelah pihak, iaitu hanya yang mengandungi bantahan terhadap Tian Chua. Dipercayai sebilangan besar  manusia-manusia yang mendapat liputan membantah itu tidak pun pernah membaca kenyataan Tian Chua sendiri. Asal ada orang bantah, tumpanglah sekaki untuk bantah walaupun tidak tahu apa-apa..

Jadi, soalnya entah mana satu yang biadap, sama ada Si biadapkah atau yang melanyak membabi buta tanpa menggunakan akal fikiran  dan menafikan ruang untuk yang dituduh membela diri. Kerajaan telah memberi ruang tiga minggu kepada penceroboh untuk berunding sementara YB Tian Chua dilanyak dari hari pertama sehingga sekarang dengan lebih 200 laporan polis dibuat terhadap beliau dan tiada satu saat pun ruang untuk beliau bersuara di kaca TV.

Sah, Tian Chua akan menang pilihanraya akan datang.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger