Home » , , , » Najib Jangan Jadi Ayam Mati

Najib Jangan Jadi Ayam Mati

Written By Unknown on Wednesday, 13 March 2013 | 21:08


"Najib harus ambil iktibar dari orang-orang Dayak"


ben_omaiben via emel

Najib tidak harus melengah-lengahkan pilihan raya. 

Bak kata pepatah orang-orang Dayak, bangsa pahlawan tersohor di Borneo, 
Tidak usah risau kalau berhadapan dengan masalah. Jika tidak boleh selesai, ia tetap tidak boleh selesai. 
Tidak usah risau kalau berhadapan dengan masalah. Jika boleh selesai, ia akan diselesaikan.


Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah Bapa Kemerdekaan Malaysia.
Tun Abdul Razak pula merupakan Bapa Pembangunan Malaysia.

Tetapi setakat ini Najib sebagai Perdana Menteri telah mencipta beberapa sejarah tersendiri yang akan dikenang sampai bila-bila. Tiga daripadanya ialah:

#1. Bapa 'NOMBOR 1' Malaysia
Dia adalah Perdana Menteri pencinta tahyul yang cukup takjub dengan angka '1'.

#2. Bapa Tabur Wang Malaysia
Perdana Menteri yang cuma membazirkan dan menabur wang tanpa tujuan melalui program transformasinya.

#3. Bapa Penangguh Pilihanraya
Beliau mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang melengahkan-lengahkan pilihanraya  umum sehingga tamat tempoh pada 8 Mac, 2013. 

Ambillah iktibar dari pepatah orang-dayak. 

Tidak usah risau kalau berhadapan dengan Pilihanraya ke 13. Jika tidak boleh menang, ia tetap tidak akan menang.
Tidak usah risau kalau berhadapan dengan Pilihanraya ke 13. Jika boleh menang, ia tetap akan menang.

Baca juga Najib & 10 Pepatah Dayak, Selurus-lurus Ekor Anjing oleh ben_omaiben
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger