"Grampa, since it is impossible to safeguard the area, those people will keep coming in whether we pay RM200 million or a mere RM5,300"
Harris Salleh had just spoken with every last teeth that he has.
(Skrol ke bawah untuk edisi Bahasa Malaysia)
The rusty iron-man that is well-known as a person who speak his mind and walk the talk that sometimes, even without using his head. He that becomes the ultimate creator of Pairin and PBS in 1984 and eventually the reason why the United Mamak National Organisation became a de facto power monopoly in Sabah until now. If we use the same spin that being practised by mainstream media such as RTM, TV3 and Utusan Melayu for ages, it is safe to say that it was Harris that bring UMNO to Sabah.
A person who had given away the whole 98 km sq. island of Labuan to federal government for nothing in 1981, while by giving away a mere 4,931 ha of Putrajaya area, Selangor enjoy a lump sum payment amounting to RM200 million and RM7.5 million annually.
KUALA LUMPUR, Nov 7 (Bernama) -- Selangor will receive RM200 million cash besides RM7.5 million a year over an indefinite period from the Federal Government following the signing of an agreement making the 4,931-ha Putrajaya a Federal Territory. The agreement was signed by the Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah for the Federal Government while the Regent of Selangor Raja Idris Shah signed for the state.
We, Sabahans, trusted him for almost eight year (BERJAYA government 1976 - 1984), and we lost Labuan forever because of him. If we listen to him now, we are going to lose RM200 million for nothing, with lot of uncertainty remains.
He suggests Malaysia's goverment, as per the above newspaper report, to pays RM200,000,000.00 to the non existence 'The Sultan of Sulu and North Borneo'. The logic according to him, is because it is impossible to safeguard the 1,000km long seashore area of Sabah, from intruders.
Hello Grampa, since it is impossible to safeguard the area, those people will keep coming in whether we pay RM200 million or a mere RM5,300.
Knowing that there are many different group of pretender to the throne of the defunct sultanate, giving out a goodie bag to a specific group will trigger the same idea to the other. And the truth is that, whether the seashore is 1,000km or 1,000,000km stretch long area, it is part of Malaysia since 1963. Unless of course we have reasons to believe that the independence process was somewhat illegal back then, Sabah was brought into Malaysia by illegal means and /or until now is still legally owned by 'The Sultan of Sulu'.
"He-who-lost-in-every-election-no-matter-what" is now the sidekick of Musa Aman, everybody knows. Hopefully not the shortcoming in safeguarding the seashore was the reason that he ceded away Labuan to federal government back in 1981.
It is also interesting to note that he cited the 'malay stock' as the reason for such proposal. It was the same Harris Salleh that said many years ago, that 'there is no such thing as malays in Sabah'. To why now he sympathize the cause of 'malay stock', the non-existence stock of Sabah, only God knows.
But of course, there are current arousing interest of the need to pamper 'the malay', 'the malay unity', and the like because of political reasons even here in Sabah. Many of the 'malay stock' of this kind might as well become the prime target of RCI, should in the tinniest possibility, RCI is to works as we expect.
With RCI on the other side, these 'malay stock' which is also form a huge chunk of Sabah voters. With the PRU13 is around the corner, soothing statement like this become a glue for them to stick with Barisan Nasional. "I help you, you help me", as what Najib said.
----------------------------------------------------------
Edisi Bahasa Malaysia
Harris Salleh mula bersuara dengan tinggalan beberapa batang giginya yang masih ada.
"Lelaki besi" batagar** yang terkenal sebagai seorang yang bercakap lancang dan melaksanakan apa yang difikirannya walaupun kadang-kadang, kelihatan kurang menggunakan kepalanya. Dialah sebenarnya pencipta Pairin dan PBS pada tahun 1984 dan akhirnya menjadi penyebab Kenapa United Mamak National Organisation menjadi monopoli kuasa de facto monopoli di Sabah sehingga kini. Jika kita menggunakan kelentong zaman berzaman amalan media arus perdana seperti RTM, TV3 dan Utusan Melayu, selamat untuk mengatakan bahawa sebenarnya Harrislah punca yang membawa UMNO ke Sabah.
Dialah orangnya yang telah menyerahkan seluruh pulau Labuan dengan keluasan 98km persegi kepada kerajaan persekutuan tanpa sebarang pampasan pada tahun 1981, manakala dengan menghadiahkan hanya 4.931 ha. kawasan Putrajaya, Selangor menikmati bayaran sekaligus berjumlah RM200 juta dan RM7.5 juta setahun.
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) - Selangor akan menerima wang tunai sebanyak RM200 juta selain RM7.5 juta setahun selama-lamanya daripada Kerajaan Persekutuan berikutan menandatangani perjanjian mewujudkan Wilayah Persekutuan Putrajaya seluas 4931 hektar. Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi Kerajaan Persekutuan manakala Pemangku Raja Selangor Raja Idris Shah menandatangani bagi negeri.
Kami rakyat Sabah mempercayai Harris hampir lapan tahun (kerajaan BERJAYA 1976-1984) dan kita telah kehilangan Labuan selama-lamanya kerana dia. Jika kita mendengar cadangannya sekarang, kita akan buta-buta kehilangan RM200 juta dengan banyak ketidaktentuan masih tinggal untuk diselesaikan.
Beliau mencadangkan kerajaan Malaysia, seperti yang tersebut di dalam laporan akhbar di atas, untuk membayar RM200, 000,000.00 kepada 'Sultan Sulu dan Borneo Utara' yang tidak wujud. Logik menurut beliau kerana adalah mustahil untuk melindungi sepanjang 1,000 km pesisir pantai di Sabah daripada penceroboh.
Oii Atuk, kalau dah mustahil hendak melindungi kawasan ini, maksudnya penyangak-penyangak tetaplah akan datang sama ada kita membayar RM200 juta atau cuma RM5,300.
Kiralah berapa ramai kumpulan yang mendakwa mereka adalah perwaris takhta kesultanan yang telah lenyap ini. Bagi wang pada satu kumpulan akan mengundang kumpulan-kumpulan lain juga untuk tumpang sekaki. Hakikatnya sama ada pesisiran pantai adalah cuma 1,000 km atau 1,000,000 km panjangnya, semua ini adalah sebahagian daripada Malaysia sejak tahun 1963. Kecualilah kita kita mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa proses kemerdekaan ketika itu dibuat secara tidak sah, Sabah telah dibawa masuk ke Malaysia dengan secara haram dan sehingga kini sebenarnya masih sah dimiliki oleh 'Sultan Sulu'.
"Dia yang tidak pernah menang dalam setiap pilihan raya" sebenarnya kini merupakan konco Musa Aman. Mudah-mudahan la kesukaran menjaga pesisiran pantai bukan sebab kenapa Harris telahmenyerahkan pulau Labuan kepada kerajaan persekutuan pada tahun 1981.
Menarik juga untuk diperhatikan bahawa 'rumpun melayu' diutarakan sebagai alasan untuk cadangan tersebut. Harris Salleh ini lah orang yang pernah mengatakan bertahun-tahun yang lalu, bahawa 'tidak ada orang Melayu di Sabah'. Mengapa kini dia bersimpati punca 'rumpun melayu' yakni rumpun bangsa yang tidak wujud di Sabah, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Tetapi sudah tentu, sekarang terdapat minat yang membuak-buak untuk membangkitkan keperluan untuk 'menjaga melayu', 'perpaduan orang Melayu'dan sebagainya kerana sebab-sebab politik termasuklah di Sabah. Ramai 'rumpun melayu' spesis jugalah sebenarnya yang bakal menjadi sasaran utama RCI, jika dalam mana-mana kemungkinan yang paling tipis, RCI benar-benar bekerja seperti yang kita harapkan.
Selain cerita mengenai RCI, 'rumpun melayu' ini juga merupakan bahagian yang besar di dalam daftar pengundi Sabah. Dengan PRU13 menjelang tiba, kenyataan yang menenangkan seperti ini menjadi gam bagi mereka tetap melekat dengan Barisan Nasional. "Saya membantu anda, anda membantu saya", seperti kata Najib.
**berkarat.
Artikel-artikel dalam siri ini:
0 comments:
Post a Comment