Home » » Bila semua ahli politik biadap!

Bila semua ahli politik biadap!

Written By Unknown on Tuesday, 25 March 2008 | 20:15

Written by anak_semenanjung

Kali ini saya nak provoke your free mind with biadap issue.


MB Terengganu

Dua tiga minggu lepas, Lim Kit Siang dari parti DAP dikatakan biadap kerana memboikot majlis perlantikan Menteri Besar Perak. Ini kerana masalah perlembagaan negeri dan keputusan DYMM Sultan Perak.

(Erm, betul ke keris Taming Sari ada di Perak macam yang ditulis oleh si Chua yang suka serkap jarang tu? Hari tu aku bebulu gak ngan blog dak cina sorang ni)

Sultan amik keputusan untuk melantik Mohammad Nizar jadi Menteri Besar yang baru dari parti Pas.

Apa lagi, jenuh ler si polan dan si polan yang mendukung daulat raja dan semestinya berkepentingan; bertempik dan bersepanduk, "Lim Kit Siang biadap", "jangan hina raja", "jangan biadap" bla, bla, bla...

Alahai... Lim Kit Siang cepat gak sedar diri. Lagi plak dah menang apa nak gaduh2 ye tak. Dia mintak maaf, pastu dia pun datang bertandang ke majlis angkat sumpah berkenaan.

Tapi masih ada gak yang tak puas hati, siap berdemo kat padang, siap masuk berita jam 8.

Tu citer Lim Kit Siang, sakit gak jadi pembangkang ni. Kalau kalah kena kutuk, menang lak kena seranah. Agak2 bagi "Tun" ke, "Tan Sri" ke kat dia ni memang berbaloi.

Tapi bagaimana dengan Terengganu?


23 ADUN BARISAN NASIONAL MEMBOIKOT PELANTIKAN MENTRI BESAR TERENGGANU!!!


Bukan itu jer, MB yang baru ni kena pulau habis dek YB2 yang berkenaan – (agaknya dorang ni tak takut kena daulat kot...)

Pendapat I yang tak seberapa ni begini. Kalau kita nak ukur sesuatu kena le ukur dengan pembaris yang sama ye tak?

Seinci sana sama gak ngan seinci sini, sama le plak ngan ukuran metrik. Satu cm sini kat sinun pon 1 cm gak.

Jadi jika perilaku si Lim Kit Siang "biadap", molek le kesemua 23 ADUN Terengganu berkenaan ditempik jugak. Patutnya mereka disepandukkan jugak, dan juga di"biadap"kan seluruhnya, dari baju kot sampai spenda dorang.

The point is that, I totally agree with Giin Buagas (ini Jin Beragas, betul tak?), ini bukan masa untuk orang-orang BN bersukaria. Bagi saya yang tak bape pandai ni, entah Pak Lah boleh lepas sampai lima tahun dari sekarang ke tak, wallahu alam bissawab.

Rasanya gitu le. I tak tahu nak komen pasal perlembagaan negeri, banyak negeri kat Malaysia ni. Nak komen satu2 tiga hari I naip pun lom tentu abis. Korang jer le komen pasal yang tue yek...

anak_semenanjung

Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kadayanchronicles.blogspot.com mengenai hal ini - Kaawai Tanah.

Comments

KaaWai ^TaNaH^ - Re: Bila semua ahli politik bi |SAdministrator |2008-03-28 13:23:41
Jasmadi [via emel]

tak dapat bukak pun ...
KaaWai ^TaNaH^ - Re: Tak dapat bukak pun ... |SAdministrator |2008-03-28 13:25:28
> tak dapat bukak pun ...

sdr,
kadang-kadang memang cam tu, pasal heavy traffic sekarang ni, orang ramai
nak view.

biasa tunggu 10 min, lepas tu mesti dapat.

kalau lepas 10 min pun tak dapat, refresh browser anda...

tq kerana terus menyokong
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger